Annuar Selar Anwar Selamat Deepavali Tapi Bagi Bakul Saja
Setahun Anwar diberi peluang, tiada juga perubahan
KEMAMAN: Orang Melayu-Islam telahpun menunjukkan penolakan kepada parti-parti liberal, sosialis dan sekular pada PRU15 lalu, namun kerana politik manipulasi gabungan tersebut dapat membentuk kerajaan.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, rakyat bukan sahaja telah memberi peluang selama 100 hari kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerajui pemerintahan.
Malah ujarnya, selama hampir setahun diberikan peluang secara selesa untuk mengendalikan tadbir urus dan melaksanakan idea, namun tiada perubahan dapat dilihat sehingga kini.
Bekas Setiausaha Agung Umno dan bekas Ahli Parlimen Ketereh itu berucap demikian dalam program Ceramah Perdana Pelancaran Jentera Perikatan Nasional (PN) PRK P.040 Kemaman di Padang Astaka Cukai, di sini malam tadi.
“Kita ingat adalah ‘touch of gold’, adalah sentuhan keramat, adalah kepandaian dan kebijaksanaan. Tapi hari ini setelah cukup setahun, dua kali belanjawan sudah dibentang. Dasar ekonomi sudah diperkenalkan, retorik ucapan dah berjela-jela.
“Jawabnya Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya adalah kerajaan yang ternyata tersangat gagal segagal-gagalnya. Tak ada satu perkara yang boleh disebut janji untuk menurunkan kos sara hidup ataupun nak menurunkan harga barang.
“Ataupun nak memperbaiki ekonomi, nak menambah peluang pekerjaan ataupun nak mengawal inflasi ataupun nak mengawal hutang negara. Tak ada satu pun indikator sebuah kerajaan yang boleh membawa kejayaan pada negara.
“Saya tidak dapat bayangkan untuk setahun, dua tahun ke hadapan kalau prestasi kerajaannya seperti ini. Kalau prestasi Menteri-menterinya seperti yang ada sekarang. Dan kalau dasar-dasar yang ada pada hari ini yang cukup membimbangkan,” ujarnya.
Katanya, apabila melihat belanjawan dibentangkan oleh kerajaan, beliau meramalkan ia akan membawa kepada ekonomi yang lebih padah kerana kononnya hendak menyusun semula subsidi untuk kesan lebih besar kepada rakyat.
Menurutnya, kelompok 60 peratus rakyat akan menerima tempias tekanan kenaikan kos sara hidup yang sangat besar mulai pada tahun 2024 kerana rombakan sistem percukaian juga tidak seimbang.
“Tidak ada ‘will power’ untuk mengubah sistem percukaian yang lemah daripada SST kepada GST yang lebih rendah. Tetapi sebaliknya mengenakan cukai-cukai tertentu yang daripada sudut ekonomi akan memberikan implikasi yang besar.
“Di mana kutipan tak seberapa, tapi sumbangan kepada tekanan kos sara hidup yang lebih tinggi akan melonjak. Ini semua kita lihat bajet pertama dah selesai satu tahun hasil tak ada positif tidak ada,” ujarnya.
Beliau turut membidas ugutan untuk membeli dan menarik wakil-wakil rakyat pembangkang dengan tawaran peruntukan dengan syarat memberi sokongan kepada individu tertentu.
“Kalau tidak rasuah, apakah itu? Ini rasuah yang cuba disogokkan, yang dihalalkan secara terbuka oleh kerajaan,” tempelaknya kepada perbuatan tidak bermoral dilakukan itu.
Tan Sri Annuar turut menyelar belenggu dan serba salah kerajaan untuk menunjukkan sokongan teguh kerajaan kepada perjuangan Palestin hinggakan berlaku larangan takbir baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 11/11/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Annuar selar Anwar. Selamat Deepavali, tapi bagi bakul saja?
Lihat komen ini..
(i) Selamat Deepavali. Tahniah kepada penganut Hindu. Deepavali melambangkan perlawanan berterusan antara cahaya dengan kegelapan.
Sebagaimana semua agama dan kepercayaan, termasuk Islam, digesa dan diingatkan supaya sentiasa berada di pihak cahaya dan kebenaran, sekali gus menolak kegelapan dan kepalsuan bagi merealisasikan kehidupan yang diberkati dan sejahtera.
Deepavali: PAS ucap tahniah kepada penganut HinduDatuk Seri Takiyuddin Hassan
Di KL, PAS mengucapkan selamat sejahtera dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu sempena sambutan perayaan Deepavali bermula esok.
“Sebagai perayaan penting bagi bukan sahaja masyarakat beragama Hindu, tetapi juga bagi penganut agama Sikh dan Jain di negara ini, Deepavali adalah manifestasi kepelbagaian budaya dan kepercayaan masyarakat kita, sekali gus mempunyai tarikan dan signifikan tersendiri dalam pembentukan budaya besar Malaysia,” ujar Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan, hari ini.
Begitu sedutannya.
(ii) Apa jadi Deepavali di negara ini. K'jaan DAPmadani bagi bakul makanan walau tiada peruntukan..
KUANTAN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah Andansura Rabu melahirkan rasa syukur kerana dapat menyumbangkan bakul makanan kepada 33 keluarga kaum India sempena sambutan Deepavali.
“Alhamdulillah walaupun kita tiada peruntukan tetapi kita masih berjaya melakukannya seperti tahun-tahun sebelum ini,” ujarnya selepas menyerahkan bakul makanan kepada 33 keluarga kaum India di […](Lanjut sila rujuk HARAKAHDAILY 11/11/2023)
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar.
Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam.
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2023/11/annuar-selar-anwar-selamat-deepavali.html