Sekarang Lebih Baik Pn Umum Saja Sokongan En Bloc Kepada Anwar




Seorang lagi Ahli Parlimen PN memgumumkan sokongannya kepada kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Kali ini giliran Ahli Parlimen Gua Musang daripada Bersatu, Mohd Azizi Abu Naim yang berbuat demikian.


Bermakna sekarang sudah tiga Ahli Parlimen PN mengalih sokongan mereka di mana sebelum ini, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan) lebih dulu menyatakan sokongan mereka kepada Anwar.


Sama seperti dua rakannya, Mohd Azizi juga memberi alasan keputusannya ini adalah untuk memastikan kebajikan penduduk di Gua Musang sentiasa terbela dan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur sehingga tempoh penggal perkhidmatannya berakhir pada tahun 2027 akan datang.


Ertinya, yang dimahukan melalui tindakan mengalih sokongan ini ialah beliau akan memperolehi peruntukan kewangan sebagai Ahli Parlimen daripada dana kerajaan.


Sebagaimana ditulis sebelum ini, masalah peruntukan ini bukan cerita dongeng di kalangan Ahli-Ahli Parlimen BN dan mereka sebenarnya amat berharap kepadanya bagi memastikan khidmat kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan berkesan.


Sebab itu, adalah dijangka ada beberapa lagi Ahli Parlimen, terutamanya daripada Bersatu yang akan turut mengalih sokongan mereka selepas ini.


Dalam hal ini, tindakan Bersatu menggantung keahlian Iskandar Dzulkarnain selama empat tahun dan Suhaimi selama enam tahun, langsung tidak memberi kesan yang menakutkan kepada Ahli Parlimen yang lain.


Selepas ini Mohd Azizi dipercayai akan turut digantung keahliannya, tetapi percayalah, akan ada lagi Ahli Parlimen Bersatu lain yang akan mengalihkan sokongan mereka.


Lama-kelamaan nanti, letih begitu saja Bersatu melakukan tindakan gantung seorang demi seorang, namun sokongan yang sedia dimiliki tetap juga hilang.


Akhirnya, keadaan itu tentu saja menyebabkan parti Bersatu dan PN semakin hilang sokongan dan tidak lagi diyakini rakyat.


Bersatu dan PN memang tidak ada banyak pilihan di hadapan dan mungkin tidak mampu langsung menghalang pengaliran keluar itu daripada terus berlaku.


Tambahan pula PN sudah disedari tiada harapan lagi untuk menebuk atap dan menjatuhkan kerajaan pimpinan Anwar ini sehinggalah tibanya PRU16 akan datang.


Untuk menangani keadaan ini daripada terus berlaku, satu-satunya pilihan yang tinggal dan terbaik ialah PN harus segera mengumumkan sokongan secara terbuka dan “en bloc” kepada kerajaan dan Anwar.


Dengan demikian, tidak akan berlaku lagi pengaliran keluar sokongan secara pintu belakang oleh Ahli-Ahli Parlimen kepada Anwar, bahkan semua Ahli Parlimen PN turut beroleh peruntukan untuk kawasan masing-masing.


Dalam masa yang sama, Lembaga Disiplin Bersatu atau PN juga tidak perlu lagi kerap bermesyuarat untuk menggantung seorang demi satu wakil rakyatnya yang sudah beralih arah.


Tidakkah ini dapat mengelakkan pembaziran tenaga dan masa serta berupaya pula menjelmakan keharmonian dalam politik negara?


Nak jatuhkan kerajaan…tunggu saja PRU16 akan datang dan ketika itu “berperanglah” habis-habisan. – ShahbudinHusin 08/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/08/sekarang-lebih-baiklah-pn-umum-saja-sokongan-en-bloc-kepada-anwar.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/sekarang-lebih-baik-pn-umum-saja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Jangan Terlalu Teruja Boleh Jadi Yang Datang Beri Sokongan Adalah Umpan Saja

Anwar Jangan Terlalu Teruja Boleh Jadi Yang Datang Beri Sokongan Adalah Umpan Saja

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 194 hits
Saya adalah antara sejumlah besar rakyat Malaysia yang gembira pada mulanya apabila tiba tiba ada Ahli Parlimen blok pembangkang mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim Pada saya ini bukan saja menandakan kepimpinan Anwar ...
Simpan Pun Tak Guna Lebih Baik Bersatu Pecat Segera Dua Ahli Parlimennya Yang Kini Sokong Anwar

Simpan Pun Tak Guna Lebih Baik Bersatu Pecat Segera Dua Ahli Parlimennya Yang Kini Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 352 hits
Sehingga ini sudah dua Ahli Parlimen blok pembangkang mengumumkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim Kedua duanya adalah daripada Bersatu Iskandar Dzulkarnanin Abdul Khalid dan Suhaili Abdul Rahman Meski berada di blok yan...
Sokongan Mp Bersatu Walaupun Baik Untuk Anwar Tapi Nampaknya Meresahkan Umno

Sokongan Mp Bersatu Walaupun Baik Untuk Anwar Tapi Nampaknya Meresahkan Umno

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 277 hits
Kehadiran satu demi satu sokongan daripada Ahli Parlimen PN mungkin sesuatu yang tidak mampu untuk ditolak oleh Anwar Ibrahim walaupun realitinya kedudukan majoriti kerajaan perpaduan pimpinannya pada ketika ini boleh dikira sudah cukup sta...
Ahli Parlimen Gua Musang Umum Sokong Anwar

Ahli Parlimen Gua Musang Umum Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 174 hits
Ahli Parlimen Gua Musang umum sokong Anwar Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 7 Nov 2023 11 20PM
Bertiga Lebih Baik Dari Berdua Ini Antara 5 Trio K Drama Paling Ikonik

Bertiga Lebih Baik Dari Berdua Ini Antara 5 Trio K Drama Paling Ikonik

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 479 hits
Selain hubungan percintaan romantis antara dua watak K Drama juga ada menyajikan kepada penonton tentang hubungan yang manis antara 3 watak ARTIKEL BERKAITAN Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 trio di dalam K Drama yang akan membuatkan ko...
Tak Mustahil Lebih Ramai Sokong Anwar Jika Pn Enggan Runding

Tak Mustahil Lebih Ramai Sokong Anwar Jika Pn Enggan Runding

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 214 hits
Mohd Farhan DarwisAhli Parlimen Perikatan Nasional Suhaili Abdul Rahman dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim PETALING JAYA Fenomena Ahli Parlimen pembangkang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim ...
Mp Labuan Pula Beri Sokongan Kepada Anwar

Mp Labuan Pula Beri Sokongan Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 165 hits
MalaysiakiniSeorang lagi ahli parlimen PN menyatakan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim Kali ini ia dinyatakan Ahli Parlimen Labuan yang merupakan ahli Bersatu Suhaili Abdul Rahman Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Suh...
Tmj Anwar Perlu Lebih Tegas Tak Boleh Jaga Hati Semua

Tmj Anwar Perlu Lebih Tegas Tak Boleh Jaga Hati Semua

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 279 hits
Chia Wan RouPETALING JAYA Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu lebih tegas dalam membuat keputusan membabitkan kepentingan negara Memang niat nak buat sesuatu itu ada tapi dia perlu lak...
Annuar Selar Anwar Selamat Deepavali Tapi Bagi Bakul Saja

Annuar Selar Anwar Selamat Deepavali Tapi Bagi Bakul Saja

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 282 hits
Setahun Anwar diberi peluang tiada juga perubahanKEMAMAN Orang Melayu Islam telahpun menunjukkan penolakan kepada parti parti liberal sosialis dan sekular pada PRU15 lalu namun kerana politik manipulasi gabungan tersebut dapat membentuk ker...
Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Tempat Tempat Menarik Di Beijing China

Doa Ketika Hujan Lebat Takut Berlaku Mudarat

Konsert Dia Misha Omar 2025

Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Transcendent Two Stroke A Smokin Suzuki 125 From Taiwan

Obey The Law Top Cop Tells Turun Anwar Rallygoers

Cik B Terkejut Dengar Penjelasan Doktor Selepas Jalani Mri Scan Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singgah Pasar Malam Sekolah

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar