Sokongan Akar Umbi Kekuatan Umno Ahli Berjumlah 3 359 368 Orang




KUALA LUMPUR – Sokongan dan dokongan ahli UMNO akar umbi adalah kekuatan parti dengan keahlian terkini ialah seramai 3,359,368 orang sementara bilangan cawangan UMNO berjumlah 21,883 cawangan di 191 Bahagian. Demikian maklum Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam laporannya di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang berlangsung hari ini di Dewan Merdeka, di sini.
Dengan jumlah ini katanya, menjadikan UMNO masih kekal sebagai parti politik yang terbesar dengan bilangan ahli paling ramai di Malaysia.
“Saya ingin melaporkan bahawa walau dalam keadaan sukar begini, keahlian baru UMNO telah bertambah seramai 127,214 orang sejak 9 Mei 2018 hingga 26 Mac 2021.
“Sukacita saya melaporkan Persidangan peringkat Bahagian tahun 2020 berlangsung secara serentak di seluruh Negara pada 1hb-3hb Januari 2021 yang melibatkan 190 Bahagian dengan 759 mesyuarat Perwakilan diadakan.
“Syukur Alhamdulillah, tiada kluster Covid-19 berlaku walau puluhan ribu perwakilan telah hadir dalam 759 mesyuarat itu,” katanya.
Jelasnya, PAU 2020 ini telah dimaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS), diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan dibenarkan oleh pihak Polis.
“Kali pertama dalam sejarah 75 Tahun UMNO, Tahun Jubli Intan, Perhimpunan Agung diadakan kombinasi secara bersemuka dan secara maya. Kali pertama dalam sejarah negara kita pada Februari/Mac 2020, pertukaran kerajaan berlaku bukan secara pilihan raya dan Ahli Parlimen UMNO/BN adalah yang paling ramai dalam kerajaan campuran BN, PN, GPS, GRS ini.
“Kali pertama seluruh dunia dan negara kita berperang dengan musuh yang tidak kelihatan iaitu COVID-19 dan merbahaya kepada kehidupan dan kali pertama darurat diisytiharkan di negara ini atas sebab kesihatan. Namun Yang DiPertuan Agong telah bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang tetapi sidang Parlimen masih belum juga diadakan.
“Kali pertama politik negara ini amat tidak stabil. Kerajaan ini adalah yang paling tidak stabil dalam seluruh dunia. Pimpinannya sentiasa membilang sokongan Ahli Parlimen hampir pada setiap hari khuatir ada mereka yang menarik diri.”
Dalam laporannya, beliau juga menjelaskan bahawa ‘UMNO Prihatin Rakyat’, ‘UMNO Bantu Rakyat’, ‘UMNO Juara Rakyat’ adalah tema apabila Presiden meminta 191 UMNO Bahagian mengadakan ribuan aktiviti ziarah kasih dan memberi lebih 114 ribu bungkusan makanan kepada pihak yang memerlukan ketika COVID-19 dan banjir melanda.
“UMNO juga perlu bersiap untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 tidak kira bila ianya akan diadakan. Biasanya lepas 3 tahun daripada tarikh satu-satu pilihan raya, parti mesti menumpukan perhatian untuk satu lagi pilihan raya. Tarikh 3 tahun ini hanya sebulan sebelas hari sahaja lagi iaitu pada 9 Mei 2021.”
Sehubungan itu katanya, Pengerusi Biro Latihan di bawah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Pengerusi Biro Naziran di bawah Datuk Seri Mahdzir Khalid; Pengerusi Jawatankuasa Manifesto di bawah Datuk Seri Khaled Nordin dan Pengarah Pilihan Raya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, semuanya sudah memulakan tanggungjawab gerak kerja di bawah mereka.
Pada akhir laporannya, beliau memberikan dua rangkap pantun berkait iaitu:
Jadilah Orang, Ingin Berubah,
Tidak Semberono, Berkhidmat Rela;
Kita Berjuang, Dengan Tabah,
Semangat UMNO, Terus Menyala,
Tidak Semberono, Berkhidmat Rela,
Bertekad Panglima, Si Anak Jantan;
Semangat UMNO, Terus Menyala,
Demi Agama, Bangsa dan Watan.


MR : ini termasuk aku yang nama dimasukkan semasa pemilihan Bahagian? Ketua bahagian daftar ahli guna duit projek





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/03/sokongan-akar-umbi-kekuatan-umno-ahli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Akar Umbi Umno Akan Sokong Perjanjian Dengan Pkr

Adakah Akar Umbi Umno Akan Sokong Perjanjian Dengan Pkr

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 264 hits
March 16 2021 Timbul tanda tanya berkenaan rundingan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dalam Umno Ahmad Zahid Hamidi PETALING JAYA Bicara mengenai penjajaran politik baharu antara Umno dan PKR dilihat sebagai bukti ba...
Pilihan Akar Umbi Umno Bn Sebagai Piem T Piem

Pilihan Akar Umbi Umno Bn Sebagai Piem T Piem

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 375 hits
GERAKAN PADA PERINGKAT AKAR UMBI MEMILIH JAWATAN PIEM DAN TIMBALAN PIEMINI DARIPADA KUMPULAN YANG BERADA BERSAMA KERAJAAN PN KUMPULAN INI TELAH MEMBUAT TINJAUAN SECARA RAHSIA DI AKAR UMBI UMNO KUMPULAN INI MAHU PEMILIHAN UMNO DISEGERAKAN DA...
Bila Zahid Nafikan Kerjasama Dengan Pkr Itulah Suara Akar Umbi Umno

Bila Zahid Nafikan Kerjasama Dengan Pkr Itulah Suara Akar Umbi Umno

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 236 hits
March 25 2021Bagi aku Zahid bertindak bijak menafikan hubungan dan kerjasama dengan PKR sebelum berlansungnya Perhimpunan Agung UMNO Biarpun ianya bukan rahsian lagi Zahid secara bersendirian menulis surat menyokong Ds Anwar biarpun ditolak...
Mengapa Pemimpin Dan Akar Umbi Umno Menolak Ppbm

Mengapa Pemimpin Dan Akar Umbi Umno Menolak Ppbm

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 289 hits
Selepas 2 hari bersidang secara hybrid akhirnya Persidangan Agung UMNO 2020 melabuhkan tirainya semalam 28 Mac 2021 Seperti yang pernah laman blog ini tuliskan sebelum ini PAU 2020 bukanlah sekadar persidangan tahunan biasa tetapi PAU 2020 ...
Akar Umbi Umno Kena Kencing Dgn Slogan No Dap No Anwar

Akar Umbi Umno Kena Kencing Dgn Slogan No Dap No Anwar

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 299 hits
Makna nya lani kita takda perbincangan utk kerjasama dgn pkr bg hadapi pru15 Makna nya lepas pru15 kita bincang dan buat kira lah apabila kita tak cukop kerusi utk membentok kjaan Makna nya pkr dap tunggu standby kita akan sama2 membentok k...
Dua Ahli Majis Tertinggi Umno Suka Bocor Rahsia Mesyuarat Akan Dipecat Keahlian Zahid

Dua Ahli Majis Tertinggi Umno Suka Bocor Rahsia Mesyuarat Akan Dipecat Keahlian Zahid

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 405 hits
tuncarlos com Dua ahli Majlis Tertinggi Umno yang dikatakan dalang sering membocorkan rahsia mesyuarat MT sudah dikenal pasti Menurut laporan Utusan Malaysia yang memetik sumber hal itu dimaklumkan sendiri oleh Presiden Umno Ahmad Zahid dal...
Jika Saya Ahli Umno Saya Tolak Dasar No Anwar No Dap

Jika Saya Ahli Umno Saya Tolak Dasar No Anwar No Dap

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 233 hits
Oleh Prof Agus 1 Majoriti ahli UMNO boleh menerima penyelesaian politik yang diambil oleh pucuk pimpinan dengan syarat No Anwar No DAP Saya rumuskan sebab penolakan mereka sebagai berikut i Perjuangan Anwar adalah untuk memenuhi kepentingan...
Keterlibatan Politik Dan Perubahan Akar Umbi

Keterlibatan Politik Dan Perubahan Akar Umbi

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 218 hits
unable to retrieve full text content 160 ADA persoalan yang timbul mengenai keterlibatan gerakan Islam dalam politik kepartian dan dilihat bertentangan dengan manhaj Rasulullah SAW dalam memenangkan Islam 1 Keterlibatan politik kepartian de...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord