Adakah Akar Umbi Umno Akan Sokong Perjanjian Dengan Pkr


 


Minderjeet Kaur -March 16, 2021 Timbul tanda tanya berkenaan rundingan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dalam Umno, Ahmad Zahid Hamidi.PETALING JAYA: Bicara mengenai penjajaran politik baharu antara Umno dan PKR dilihat sebagai bukti bahawa dalam politik, tiada permusuhan yang kekal, sementara sebilangan penganalisis politik yakin ahli akar umbi Umno mungkin tidak menerima gabungan seperti itu.
Syed Arabi IdidAhli strategi politik, Syed Arabi Idid berkata, pemimpin PKR, Anwar Ibrahim perlu mengatasi beberapa persepsi masyarakat terhadap beliau, berikutan dakwaannya September lalu bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat dan boleh membentuk kerajaan.
“Anwar mungkin dianggap sekali lagi membuat dakwaan, kali ini untuk menghalang Ahli Parlimen dalam partinya melompat ke Perikatan Nasional,” kata Syed Arabi.
Namun, sekiranya Anwar dilihat bersama presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, maka beliau boleh dianggap mempunyai sokongan nyata, tambahnya.
Bagaimanapun, beliau berkata Umno dan PKR perlu mencari titik persamaan yang boleh diterima akar umbi Umno.
“Sebaik sahaja para pemimpin jumpa titik persamaan itu, mereka perlu merujuk kepada akar umbi,” tambah beliau.
September lalu, Zahid memberitahu Ahli Parlimen Umno beliau tidak akan melarang mereka menyokong Anwar sebagai perdana menteri.
Ini dinyatakan selepas Anwar mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu, tujuh bulan selepas Perikatan Nasional mengambil alih tampuk pemerintahan.
Anwar berkata, Ahli Parlimen pelbagai parti yang tidak senang dengan kepemimpinan yang sedia ada telah mendekati beliau.
Awang Azman PawiBagaimanapun, penganalisis politik Awang Azman Pawi memberitahu FMT, tidak ada musuh tetap dalam politik seperti yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir Mohamad yang bekerjasama dengan DAP dan PKR.
“Kenapa Umno tidak boleh bekerjasama dengan PKR?” soal beliau.
Lagipun, PAS biasa menggambarkan ahli Umno sebagai “kafir”, tetapi kini “tidur sebantal” dengan Umno melalui Muafakat Nasional, malah bekerjasama dengan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat, tambah beliau.
Seorang penganalisis politik lain, Azmi Hassan, berkata, pemimpin Umno Najib Razak dan Zahid mungkin telah bersetuju untuk menjalin hubungan dengan PKR, dan masih perlu dilihat sama ada ahli Umno yang lain akan bersetuju kerana PKR adalah rakan kongsi DAP dalam Pakatan Harapan.
“Ada faktor DAP yang perlu dipertimbangkan. Akar umbi Umno tidak akan setuju. (Prinsip) untuk tidak bekerjasama dengan DAP telah menjadi darah daging Umno,” kata beliau.
Azmi HassanAzmi menambah, DAP mungkin mahu bekerjasama dengan Umno selepas peristiwa yang menjatuhkan PPBM Perak.
“DAP Perak sekarang tahu bahawa mereka boleh bekerjasama dengan Umno dalam hal-hal tertentu,” kata beliau.
Namun, Azmi meramalkan kerjasama Umno dan PKR mungkin tidak akan berfungsi kerana akar umbi berat hati dengan DAP, menyebabkan Umno akhirnya berjabat tangan dengan PPBM dan PAS selepas isu peruntukan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang diselesaikan.
Baru-baru ini, tiga Ahli Parlimen PKR – Larry Sng (Julau), Steven Choong (Tebrau) dan Xavier Jayakumar (Kuala Langat) – meninggalkan parti itu dan menyatakan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/adakah-akar-umbi-umno-akan-sokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Akar Umbi Pkr Sokong Izzah Dan Rafizi Kembali Aktif

Politik Akar Umbi Pkr Sokong Izzah Dan Rafizi Kembali Aktif

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 286 hits
Pemimpin akar umbi Parti Keadilan Rakyat menyokong saranan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu dua bekas pemimpin parti itu kembali aktif dalam politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15
Akar Umbi Umno Maran Pertikai Kreadibiliti Ahli Parlimen Gesa Beliau Nyatakan Pendirian

Akar Umbi Umno Maran Pertikai Kreadibiliti Ahli Parlimen Gesa Beliau Nyatakan Pendirian

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 394 hits
MARAN Tindakan Ahli Parlimen Maran Dato Seri Hj Ismail Muttalib hadir dalam satu Program Malaysia Prihatin bersama sama YB Datuk Saifuddin Abdulllah Menteri Komunikasi Dan Multimedia di sini semalam telah mendapat kecaman daripada akar umbi...
Wajah Pengkhianat Umno Semakin Jelas Di Mata Akar Umbi

Wajah Pengkhianat Umno Semakin Jelas Di Mata Akar Umbi

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 557 hits
Pasca Pilihanraya Umum ke 14 UMNO terus menjadi mangsa fitnah dan kecaman pelbagai pihak Serangan bertali arus yang datang dari luar UMNO atau dari musuh politik UMNO adalah sesuatu yang lumrah atau tidak menghairankan Tetapi apa yang mengh...
Tolak Bersatu Datang Dari Akar Umbi Lebih 100 Umno Bahagian Senada Tok Mat Hasan

Tolak Bersatu Datang Dari Akar Umbi Lebih 100 Umno Bahagian Senada Tok Mat Hasan

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 400 hits
Ia bukan keputusan seorang dua ahli UMNO tetapi keputusan daripada lebih 100 bahagian jadi tidak timbul isu dipengaruhi sesiapa katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Muafakat Nasional Negeri Sembilan yang turut dihadiri Pes...
Up To Umno If It Wants To Work With Pkr Hadi

Up To Umno If It Wants To Work With Pkr Hadi

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 451 hits
PAS appears unopposed should its Muafakat Nasional partner Umno want to work with opposition party PKR Speaking to the media in Terengganu today PAS president Abdul Hadi Awang said the decision was up to Umno It s up to them It s not my par...
Tanpa Mandat Mt Perbincangan Umno Pkr Tiada Makna Asyraf Wajdi

Tanpa Mandat Mt Perbincangan Umno Pkr Tiada Makna Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 341 hits
Israr KhalidMac 19 2021 23 58 MYTAsyraf Wajdi berkata selagi tiada mandat MT segala cakap cakap tidak bermakna Gambar fail Astro AWANIKUALA LUMPUR Apa sahaja perbincangan membabitkan pemimpin UMNO dan PKR berhubung rundingan kerjasama antar...
Awani Ringkas Rundingan Umno Pkr Langgar Prinsip No Anwar No Dap

Awani Ringkas Rundingan Umno Pkr Langgar Prinsip No Anwar No Dap

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 495 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Menjelang Pru 15 Majoriti Sokong Kerjasama Politik Umno Ph

Menjelang Pru 15 Majoriti Sokong Kerjasama Politik Umno Ph

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 325 hits
ARIF ATANMajoriti pengguna Facebook dan Twitter bersetuju dengan kerjasama politik antara Umno dan Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 ini Keputusan undian atas talian menerusi saluran Facebook Studio Dahsyat malam ini mendapa...
Pkr Sources Hint Umno Talks Aimed At Taking Back Bersatu Seats

Pkr Sources Hint Umno Talks Aimed At Taking Back Bersatu Seats

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 487 hits
PKR s unofficial talks with Umno have been shrouded in secrecy with even Umno supreme council members Malaysiakini spoke to in the dark over what has been discussed While scarce details have led to rife speculation several PKR sources have ...
Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Mula Dinaiki Air Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Apa Itu Ai Bot Kripto Dan Bagaimana Ia Jana Income Pasif

Income Pasif Kripto Mitos Atau Realiti

Cara Hilangkan Kabus Cermin Depan Kereta

Empty Page Selamanya Chord