Sokong Palestin Bukan Bermakna Salur Kebencian Keganasan Pm




 Oleh: Mohd Helmi Foad

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pihak yang menyokong perjuangan Palestin tidak boleh dianggap sebagai penyalur kepada kebencian atau sokongan kepada keganasan.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata Malaysia menganggap apa yang berlaku di Palestin pada masa ini adalah krisis kemanusiaan yang dicetuskan oleh peperangan yang kejam dan sewenang-wenangnya.

"Akhirnya, ini bukan tentang yang mana Tuhan kita berdoa. Lagipun, lebih 11,000 mangsa di Gaza terdiri daripada orang Islam dan Kristian serta rakyat pelbagai negara.

"Ini adalah mengenai mencegah lebih banyak kematian, lebih banyak lagi penderitaan dan lebih banyak kebencian," katanya ketika berucap dalam syarahan khas bertajuk: “Super Power Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific” di University of California, San Francisco, Amerika Syarikat pada Rabu.

Perdana Menteri berkata krisis kemanusiaan di Palestin akan memberi kesan bukan sahaja kepada rakyat Palestin atau rantau Timur Tengah secara meluas, tetapi juga kepada hubungan global untuk satu tempoh yang panjang

“Apa yang berlaku di Palestin hari ini akan memberi kesan kepada kita. Implikasi kepada pertelingkahan ini amat signifikan dan akan berlarutan untuk tempoh yang panjang," katanya.

Menegaskan pendirian Malaysia, Anwar berkata negara ini menggesa diadakan gencatan senjata dan menghentikan pengeboman tanpa henti ke atas Gaza.

“Seperti yang saya nyatakan di Parlimen, tidak ada kata dua dalam perkara ini. Kita mengutuk keganasan, dalam semua bentuk, dan kita mengutuk secara mutlak tindakan membunuh, membunuh oleh yang tidak berdosa dan menjadikan wanita serta kanak-kanak sebagai tebusan.

"Begitu juga, kita mengutuk sekeras-kerasnya pengeboman orang awam, rumah dan hospital dan kekejaman yang berbangkit terhadap nyawa yang tidak bersalah, kanak-kanak, wanita, dan lelaki dilakukan siang dan malam di Gaza tanpa hukuman. Ini adalah pelanggaran yang terang-terangan terhadap antarabangsa undang-undang." katanya.

Anwar dalam rangka mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi bagi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) San Francisco, California dari 14 hingga 17 November ini.

Laporan sebelum ini menyebut pesawat kargo khas yang membawa penghantaran kedua bantuan kemanusiaan sumbangan Malaysia untuk rakyat Palestin menerusi Ops Ihsan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa El-Arish, Mesir pada 11 November lepas.

Pesawat kargo khas berlepas kira-kira 11 malam dari Terminal Kargo, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) membawa barangan keperluan utama seberat 20 tan antaranya makanan, barangan bayi serta perubatan.

Penghantaran kedua itu menjadikan jumlah barangan bantuan dihantar Malaysia mencecah kepada 40 tan setelah melakukan penghantaran pertama melibatkan barangan seberat 20 tan pada 3 Nov lepas.

Penghantaran itu merupakan sebahagian daripada 50 tan barangan berjumlah lebih RM7 juta yang dikumpulkan untuk Ops Ihsan.

Baki barangan bantuan seberat 10 tan dijangka dihantar dalam penerbangan ketiga dalam masa terdekat.

Sebaik bantuan berkenaan tiba di Mesir, barangan berkenaan akan diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir sebagai rakan kerjasama bagi membawa masuk bantuan ke Palestin melalui pintu sempadan Rafah-Gaza.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/sokong-palestin-bukan-bermakna-salur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penerbangan Bantuan Palestin Ops Ihsan Tiba Di Mesir

Penerbangan Bantuan Palestin Ops Ihsan Tiba Di Mesir

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 236 hits
Penerbangan bantuan ubat ubatan dan makanan kepada umat Islam di Gaza Palestin kali kedua berlepas malam tadi bersama sebuah pesawat kargo sewa khas Pengumpulan bantuan itu sebelum ini dijayakan dengan kerjasama Malaysian Humanitarian Aid a...
Wan Azizah Dan Istiqamah Bersama Palestin

Wan Azizah Dan Istiqamah Bersama Palestin

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 221 hits
Minum air zam zam selepas selesai menunaikan solat sunat tawaf Memohon doa agar Allah sentiasa menetapkan iman kita semua juga Allah mengangkat segala penindasan dan kemusnahan dari bumi Palestine From the river to the sea Palestine will be...
Pasukan Perubatan Bantuan Akan Dihantar Ke Palestin Kata Kkm

Pasukan Perubatan Bantuan Akan Dihantar Ke Palestin Kata Kkm

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 324 hits
Pasukan perubatan itu akan didedahkan dengan latihan persediaan bersesuaian kerana dijangka terlibat merawat mangsa peperangan PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan bersedia dan telah mengenal pasti pasukan perubatan bantuan yang boleh digerakkan...
Menteri Kesihatan Palestin Minta Icrc Desak Israel Hentikan Serangan

Menteri Kesihatan Palestin Minta Icrc Desak Israel Hentikan Serangan

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 271 hits
MENTERI Kesihatan Palestin Mai Al Kaila pada Ahad menyeru Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa untuk mendesak Israel menghentikan serangan ke atas Semenanjung Gaza Beliau berkata demikian ketika mengadakan mesyuarat tergempar dengan perwa...
Solidariti Palestin

Solidariti Palestin

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 288 hits
Kebelakangan ni mama sentiasa bersedih hati apabila buka media social Mengalir air mata melihat penderitaan saudara seislam kita di Palestin Serangan rejim Zionis Israel telah mengakibatkan ribuan nyawa menjadi mangsa dan korban Sungguh tak...
Sambutan Maulidur Rasul Saw 1445h 2023m Solidariti Palestin

Sambutan Maulidur Rasul Saw 1445h 2023m Solidariti Palestin

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 273 hits
Assalamualaikum WBTALHAMDULILLAH syukur telah berlangsung semalam Sambutan Maulidur Rasul 1445H 2023M melibatkan semua pelajar dan staf Persediaan pentas seperti selalu telah di sign darah oleh Cik Mat Kami berarak dari Dataran KKJ di Jalan...
Pengerusi Muslim Care Malaysia Cawangan Palestin Tetap Tunai Amanah Walau Cedera

Pengerusi Muslim Care Malaysia Cawangan Palestin Tetap Tunai Amanah Walau Cedera

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 173 hits
Mahaizura Abd Malikam mediaprima com myKuala Lumpur Walaupun alami kecederaan selepas rumahnya dibedil bom Israel Abu Ayesh Al Najjar tidak patah semangat untuk menyampaikan amanah rakyat Malaysia kepada penduduk yang memerlukan di Gaza Pal...
Konflik Palestin Israel Jual Rantai Sedekah Pada Anak Yatim Jika Saya Syahid

Konflik Palestin Israel Jual Rantai Sedekah Pada Anak Yatim Jika Saya Syahid

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 140 hits
Gambar wasiat kanak kanak berusia 11 tahun yang tular di media sosial hari ini PETALING JAYA Wasiat seorang kanak kanak Palestin berusia 11 tahun meruntun hati para pengguna media sosial hari ini apabila meninggalkan beberapa pesanan istime...
Pbb Lulus Undi Sahkan Kedaulatan Palestin Terhadap Sumber Asli

Pbb Lulus Undi Sahkan Kedaulatan Palestin Terhadap Sumber Asli

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 166 hits
JAWATANKUASA Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu mengenai Persoalan Ekonomi dan Kewangan atau UN General Assembly s Committee on Economic and Financial Questions mengundi menyokong resolusi yang menge
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Hypothyroid Dan Keletihan Adakah Sukar Dipisahkan

Prasangka Buruk Ku Di Bayar Tunai

Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It