Pasukan Perubatan Bantuan Akan Dihantar Ke Palestin Kata Kkm


 
Pasukan perubatan itu akan didedahkan dengan latihan persediaan bersesuaian kerana dijangka terlibat merawat mangsa peperangan. (Gambar Bernama)PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia dan telah mengenal pasti pasukan perubatan bantuan yang boleh digerakkan ke Semenanjung Gaza sebaik sahaja kebenaran diberikan.
KKM dalam kenyataan memaklumkan penghantaran pasukan berkenaan masih belum dibenarkan kerana mengambil kira keadaan semasa peperangan yang berlaku di kawasan itu.
Menurut kenyataan itu penghantaran pasukan itu akan dibuat menerusi kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN) dan agensi awam lain serta koordinasi oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.
“Pasukan perubatan itu akan didedahkan dengan latihan persediaan yang bersesuaian kerana mereka dijangka terlibat dalam merawat mangsa peperangan,” menurutnya.
Sementara itu, KKM berkata penghantaran alat guna habis “consumables” dan ubat-ubatan dalam siri penghantaran bantuan kali ketiga akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
Penghantaran bantuan kemudahan perubatan pertama dari Malaysia telah dilaksanakan pada 3 Nov, manakala penerbangan kedua dibuat pada 11 Nov, masing-masing sebanyak 20 tan.
Menurut KKM penyediaan bantuan kemudahan perubatan untuk dihantar ke Palestin itu dibuat menerusi kerjasama dengan NGO dan KLN.
Bantuan tersebut meliputi alat-alat consumable seperti pam picagari, sutur, kanula IV, peralatan pembalut luka, perkhidmatan neurosurgeri, dan pembedahan trauma, kemudahan peralatan seperti katil perubatan dan ubat-ubatan bersesuaian.
Kementerian itu memaklumkan penambahan kemudahan berkenaan bertujuan menampung keperluan perkhidmatan yang mendesak dan sangat diperlukan oleh rakyat Palestin di Gaza buat masa ini.
KKM turut menegaskan tindakan pengeboman ke atas hospital merupakan suatu tindakan yang melanggar hak asasi manusia, tidak berperikemanusiaan serta bertentangan dan melanggar Konvensyen Antarabangsa Geneva.
Menurut KKM ia perlu dihentikan serta-merta bagi membolehkan hospital yang masih beroperasi dapat terus memberikan bantuan perawatan perubatan kepada rakyat Palestin yang tercedera.
Kementerian turut memaklumkan menerusi maklumat disampaikan oleh Gaza-Medics Worldwide, daripada 35 hospital di Gaza, satu pertiga telah musnah dan memerlukan usaha pemulihan, selain menambah baik kemudahan perkhidmatan perubatan di hospital yang masih beroperasi. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/11/pasukan-perubatan-bantuan-akan-dihantar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Malaysia Tak Hantar Bantuan Tentera Ke Palestin Ini Penjelasan Yang Ramai Tak Tahu

Kenapa Malaysia Tak Hantar Bantuan Tentera Ke Palestin Ini Penjelasan Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 407 hits
Pada ketika ini pasti ramai yang telah mengetahui isu semasa konflik di antara Palestin dan Israel yang sedang berperang Setakat hari ini dilaporkan seramai lebih 3 000 nyawa telah terkoban angkara peperangan itu lapor Dalam pada itu pasti ...
Gaza Tebing Barat Perlu Disatukan Semula Bawah Pihak Berkuasa Palestin Kata Biden

Gaza Tebing Barat Perlu Disatukan Semula Bawah Pihak Berkuasa Palestin Kata Biden

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 182 hits
Gaza Tebing Barat perlu disatukan semula bawah pihak berkuasa Palestin kata Biden nbsp Dikemas kini 27 saat yang lalu Di
Penerbangan Bantuan Palestin Ops Ihsan Tiba Di Mesir

Penerbangan Bantuan Palestin Ops Ihsan Tiba Di Mesir

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 294 hits
Penerbangan bantuan ubat ubatan dan makanan kepada umat Islam di Gaza Palestin kali kedua berlepas malam tadi bersama sebuah pesawat kargo sewa khas Pengumpulan bantuan itu sebelum ini dijayakan dengan kerjasama Malaysian Humanitarian Aid a...
Pasukan Pengaman Pbb Mesti Undur Ikut Tarikh Ditetapkan Kata Presiden Dr Congo

Pasukan Pengaman Pbb Mesti Undur Ikut Tarikh Ditetapkan Kata Presiden Dr Congo

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 238 hits
PERTUBUHAN Bangsa Bangsa Bersatu mesti mempercepatkan pengunduran pasukan pengamannya dari Republik Demokratik Congo mengikut tarikh akhir yang dipersetujui kata Presiden Felix Tshisekedi pada Selasa Misi Pengaman PBB di Republik Demokratik
Ujian Kedua Sistem Roket Starship Mungkin Pada 17 November Kata Elon Musk

Ujian Kedua Sistem Roket Starship Mungkin Pada 17 November Kata Elon Musk

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 177 hits
PENGASAS SpaceX Elon Musk berkata ujian kedua sistem roket Starship mungkin akan dijalankan pada 17 November lapor Sputnik Baru sahaja dimaklumkan bahawa kelulusan pelancaran mungkin akan diperoleh untuk membolehkan pelancaran dibuat pada J...
Tiada Aduan Pekerja Diberhentikan Akibat Boikot Kata Sivakumar

Tiada Aduan Pekerja Diberhentikan Akibat Boikot Kata Sivakumar

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 269 hits
Menteri Sumber Manusia V Sivakumar berkata pihaknya akan membantu mana mana pekerja yang terjejas akibat kempen memboikot produk Israel yang semakin memuncak ketika ini PETALING JAYA Menteri Sumber Manusia V Sivakumar berkata setakat ini pi...
Jangan Makan Gula Banyak Fomca Kata Nanti Kena Kencin Maneh

Jangan Makan Gula Banyak Fomca Kata Nanti Kena Kencin Maneh

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 555 hits
Aku nak beritahu satu Statement ni bukan datang dari menteri Ini statement Timbalan SUA FOMCA Kena jelaskan sebab aku percaya walaun akan guna ini dan kata kerajaan yang keluarkan kenyataan ini Padahal yang pernah kata makan ayam banyak tak...
Kerajaan Pahang Otimis Mampu Capai Kutipan Hasil Lebih Rm1 Bilion Tahun Ini Kutipan Setakat Ini Telah Cecah Rm950 Juta

7 Tip Pandu Kereta Ketika Jalan Raya Sesak

Akmal Slams Gov T For Allowing Alcohol At Chinese School Events

Awak Ok Hari Ni

Citizens Of The World Aroma Perjalanan Cerita Dan Impian Dalam Setiap Semburan

Masa Berjaya Jangan Sibuk Dengan Kereta Mewah

Sarapan Mihun Soto Di Gerai Soto Perdana Madu 4

Puas Dok Fitnah Macam Macam Orang Murtad Jangan Percaya Lantak Ko La


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kumpulan As Bersedia Untuk Menyambung Bantuan Gaza Apabila Gencatan Senjata Berkuat Kuasa

Donald Trump Mendarat Di Malaysia Lawatan Rasmi Menandakan Hubungan Diplomatik Yang Kuat

Kelantan Bapa Tiri Didakwa Tiga Pertuduhan Amang Seksual

Rightists Use Of Buddha S Five Precepts To Frighten Chinese Away From Alcohol Is Flawed

Trump Arrives In Malaysia For Asean Summit Shares Light Moment With Anwar On Red Carpet

Pengasas Azmy Burger Azmy Bin Sanusi Meninggal Dunia