Penerbangan Bantuan Palestin Ops Ihsan Tiba Di Mesir




 Penerbangan bantuan ubat ubatan dan makanan kepada umat Islam di Gaza, Palestin kali kedua berlepas malam tadi bersama sebuah pesawat kargo sewa khas.

Pengumpulan bantuan itu sebelum ini dijayakan dengan kerjasama Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Red A Humanitarian Development Global, MERCY Malaysia, Pertubuhan Ihsan Johor, BeVital dan MAPIM sebagai koordinator utama.

Menurut Sekretariat Ops Ihsan, pengumpulan bantuan juga mendapat sokongan padu 50 buah badan bukan kerajaan dengan hampir 800 sukarelawan dari pelbagai lapisan rakyat yang menyumbang kudrat membantu urusan penerimaan, pengasingan, pengumpulan data, penyusunan barangan mengikut kluster sehinggalah ke pengurusan lojistik barangan bantuan.

Menurut Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari yang juga Presiden MAHAR, penerbangangan yang berlepas pada jam 10.45 malam tadi dijangka tiba di Lapangan Terbang Al Arish, Mesir pada jam 8.20 pagi pada 11 November.
Jismi Johari dalam sidang media malam tadi
"Setibanya pesawat sewaan khas ini di Al Arish, pengurusan barangan akan diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir untuk dibawa ke pintu Rafah setelah melalui tapisan dan pemeriksaan pihak berkuasa tempatan.

"Selepas itu gerak kerja bagi penilaian keperluan bantuan dan lojistik serta jaringan perhubungan dengan pihak-pihak berkaitan akan dilakukan bagi memastikan penghantaran barangan ke Gaza mengikut tatacara yang betul berlandaskan ketetapan prosedur oleh Kerajaan Mesir.

"Ini kerana terdapat prosedur prosedur yang perlu dipatuhi oleh setiap badan bukan kerajaan (NGO) atau kerajaan yang ingin menghantar barangan bantuan ke Gaza," katanya.

Tambah beliau, barangan bantuan kemanusiaan yang pertama Ops Ihsan pada 3 November lalu telah pun selamat sampai di Al-Arish, Mesir dan sedang menunggu giliran untuk melintas laluan Rafah sebaik sahaja dibuka bagi proses pengagihan kepada penduduk Gaza.

"Penghantaran ini merupakan salah satu fasa bantuan kemanusiaan yang dirancang oleh Ops Ihsan.

"Selain daripada menghantar barangan sumbangan rakyat Malaysia, siri kedua akan diteruskan melalui penghantaran barangan bahan mentah makanan seperti gandum, tepung, air minuman dan lain-lain dari Kaherah selepas ini," katanya lagi.

Dalam pada itu, Sekretariat Ops Ihsan merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Komunikasi dan Digital, rakan-rakan NGO, para media serta seluruh rakyat yang terus menyokong usaha gabungan itu atas nama keihsanan.

Terbaharu, penerbangan bantuan dilaporkan telah pun berjaya mendarat di Al Arish,pada pukul 2.15 petang waktu tempatan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang maklumat lanjut berkenaan #OpsIhsan boleh berhubung dengan petugas Syahrir
Azfar di talian 0132226057 emel [email protected] atau Amir Arafat di talian 014-9843965 emel [email protected].





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/penerbangan-bantuan-palestin-ops-ihsan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasukan Perubatan Bantuan Akan Dihantar Ke Palestin Kata Kkm

Pasukan Perubatan Bantuan Akan Dihantar Ke Palestin Kata Kkm

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 348 hits
Pasukan perubatan itu akan didedahkan dengan latihan persediaan bersesuaian kerana dijangka terlibat merawat mangsa peperangan PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan bersedia dan telah mengenal pasti pasukan perubatan bantuan yang boleh digerakkan...
40 Doktor Demo Gesa Kerajaan Mesir Bela Rakyat Palestin

40 Doktor Demo Gesa Kerajaan Mesir Bela Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 288 hits
Oleh Abdullah ZaidKira kira 40 terdiri daripada doktor perubatan wanita berkumpul di hadapan kedutaan Mesir pagi tadi menyatakan sokongan terhadap Palestin hari ini Perhimpunan berkenaan dianjurkan Gabungan Wanita Malaysia untuk al Quds dan...
Kenapa Malaysia Tak Hantar Bantuan Tentera Ke Palestin Ini Penjelasan Yang Ramai Tak Tahu

Kenapa Malaysia Tak Hantar Bantuan Tentera Ke Palestin Ini Penjelasan Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 276 hits
Pada ketika ini pasti ramai yang telah mengetahui isu semasa konflik di antara Palestin dan Israel yang sedang berperang Setakat hari ini dilaporkan seramai lebih 3 000 nyawa telah terkoban angkara peperangan itu lapor Dalam pada itu pasti ...
Mesir Patut Terima Pelarian Wanita Kanak Kanak Palestin Dr Mahathir Utusan Malaysia 14 11 2023

Mesir Patut Terima Pelarian Wanita Kanak Kanak Palestin Dr Mahathir Utusan Malaysia 14 11 2023

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 356 hits
PUTRAJAYA Kerajaan Mesir sepatutnya membuka pintu sempadan mereka dan memberi perlindungan kepada pelarian wanita dan kanak kanak dari Palestin Itu cadangan diberikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Mesir bagi meredakan...
Sekolah Larang Murid Guru Laung Takbir Kibar Bendera Palestin

Sekolah Larang Murid Guru Laung Takbir Kibar Bendera Palestin

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 219 hits
KOSMO PETALING JAYA Seorang guru Mohd Fadli Salleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli berkongsi satu tangkap layar perbualan WhatsApp dari seorang kenalan memberitahu terdapat sebuah sekolah yang dihadirinya baru baru ini melarang warg...
Malaysia Sokong Adakan Sidang Tergempar Oic Bincang Isu Palestin

Malaysia Sokong Adakan Sidang Tergempar Oic Bincang Isu Palestin

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 164 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau telah meminta Menteri Luar Zambry Abdul Kadir menghubungi pihak Turkiye dan Arab Saudi untuk menyatakan kewajaran mengadakan sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam Beliau memaklumkan perkara...
Bidaan Rolex Bekas Mufti Untuk Palestin Kini Cecah Rm131 000

Bidaan Rolex Bekas Mufti Untuk Palestin Kini Cecah Rm131 000

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 254 hits
MalaysiakiniKurang 14 jam sebelum bidaan untuk jam tangan jenama Rolex milik bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad untuk disumbangkan kepada Palestin ditutup jumlahnya kini mencecah RM131 000 Makluman terkini jam 9 33 pa...
Minggu Solidariti Palestin Kpm Contoh Aktiviti Garis Panduan

Minggu Solidariti Palestin Kpm Contoh Aktiviti Garis Panduan

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 246 hits
Pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di Institusi Pendidikan Bawah KPM KPM telah menganjurkan Minggu Solidariti Palestin di mana setiap sekolah seluruh negara mengambil bahagian bagi menjayakan program ini Minggu Solidariti Palestin yang ...
Pemuda Amanah Gesa Kpm Tidak Tunduk Desakan Batal Solidariti Palestin

Pemuda Amanah Gesa Kpm Tidak Tunduk Desakan Batal Solidariti Palestin

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 285 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI Pemuda AMANAH Terengganu menggesa agar Kementerian Pendidikan Malaysia tidak tunduk kepada desakan mana mana pihak supaya mengkaji semula keputusan menganjurkan minggu Solidariti Palestin Setiausahanya Muamma...
Cycling 9 Februari 2025

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan