Soalan Lazim App Mysejahtera


Click here for EnglishHubungi Kami
Soalan Lazim App MySejahteraApakah aplikasi MySejahtera?
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:
Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.
Siapakah peneraju aplikasi MySejahtera??
Aplikasi MySejahtera dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Siapakah pengguna aplikasi MySejahtera?
Terdapat dua kategori pengguna aplikasi iaitu:
Rakyat Malaysia dan warga asing yang menetap di MalaysiaPentadbir aplikasi di KKM
Apakah undang-undang yang berkaitan dengan pelaksanaan aplikasi MySejahtera?
Aplikasi MySejahtera dibangunkan untuk menyokong pelaksanaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].
Mengemukakan maklumat palsu adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Bagaimana maklumat yang saya kemukakan melalui aplikasi ini dapat membantu Kerajaan menangani penularan wabak COVID-19 di Malaysia?
Pada dasarnya, maklumat yang dikemukakan akan digunakan untuk membantu KKM merancang dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya. Oleh itu, sila bersikap jujur semasa menghantar maklumat anda bagi membantu KKM memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Apakah keperluan minimum peranti untuk menggunakan aplikasi MySejahtera?
Telefon pintar dengan sistem pengoperasian Android 4.4 ke atas atau iOS 12 ke atas.Sambungan internetBoleh menerima SMS bagi proses penghantaran One-Time-Pin (OTP).
Di mana saya boleh muat turun aplikasi MySejahtera?
Aplikasi MySejahtera boleh dimuat turun dari Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Adakah saya perlu membayar untuk muat turun aplikasi MySejahtera?
Aplikasi MySejahtera adalah PERCUMA.

Bagaimanakah proses pendaftaran sebagai pengguna aplikasi ini?
Untuk mendaftar, ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Muat turun dan pasang aplikasi MySejahtera daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGalleryLangkah 2: Tekan butang "Daftar Di Sini" untuk mendaftar pengguna baharuLangkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit dan klik "Daftar" atau klik pautan "Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar" (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)Langkah 4: Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)Langkah 5: Masukkan OTP yang diterima dan tekan "Hantar" (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam emel (jika mendaftar menggunakan e-mel)Langkah 6: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang "Sahkan"Langkah 7: Anda akan mendapat mesej "Pendaftaran Berjaya". Klik pada link "Tutup" di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log MasukLangkah 8: Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik "Log Masuk"Tahniah! Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna.
Bolehkah saya mendaftarkan ahli keluarga atau individu lain yang tinggal bersama saya?
Anda BOLEH mendaftarkan maklumat berhubung ahli keluarga atau individu lain yang tidak mempunyai nombor telefon atau akses kepada telefon pintar melalui fungsi "Urus Tanggungan" di dalam aplikasi ini. Aplikasi ini akan turut membantu anda memantau tahap kesihatan mereka.

Apakah jenis klasifikasi tahap kesihatan yang dinyatakan dalam aplikasi MySejahtera?
Setelah melengkapkan penilaian kesihatan kendiri, status kesihatan anda akan diklasifikasikan sebagai salah satu klasifikasi berikut:
#Klasifikasi Penerangan1Low RiskIndividu yang mempunyai risiko rendah terhadap jangkitan COVID-19.2Casual ContactIndividu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19.3Close ContactIndividu yang telah dikenal pasti terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19. Ini termasuk:Pekerja kesihatan yang terdedah kepada COVID-19 (termasuk memberi rawatan secara langsung kepada pesakit COVID-19 tanpa menggunakan PPE, bekerja dengan pekerja kesihatan yang terjangkit dengan COVID-19, menziarahi pesakit atau tinggal bersama pesakit COVID-19)Bekerja bersama-sama atau berada dalam bilik yang sama dengan pesakit COVID-19Mengembara bersama pesakit COVID-19Tinggal di rumah bersama-sama pesakit COVID-194Person Under Surveillance (PUS)Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19. Contoh: individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari.5Kes SuspekIndividu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19, seperti individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau yang pernah menghadiri perhimpunan ramai (mass gathering) dalam tempoh 14 hari sebelum kemunculan simptom.6Confirmed CaseIndividu yang telah diuji positif COVID-19.
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bantuan teknikal sekiranya menghadapi masalah semasa menggunakan aplikasi MySejahtera?
Anda boleh mendapatkan bantuan melalui fungsi "MySejahtera Helpdesk" dalam aplikasi MySejahtera.

Adakah maklumat peribadi saya yang dimasukkan dalam aplikasi ini selamat?
Aplikasi ini dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan diuruskan oleh KKM sebagai pentadbir aplikasi dengan dibantu oleh MKN dan MAMPU. Kerajaan memberi jaminan bahawa maklumat peribadi anda akan digunakan bagi tujuan pemantauan dan pencegahan wabak COVID-19 sahaja. Maklumat peribadi anda tidak akan dikongsi atau diberikan kepada mana-mana pihak yang lain.

Sekiranya saya dikenal pasti sebagai pesakit COVID-19, adakah identiti saya akan dilindungi?
Semua maklumat pesakit COVID-19 adalah terpelihara di bawah kerahsiaan maklumat rekod perubatan.

Semak Melalui TopikMaklumat Hospital & Klinik KesihatanSoalan Lazim Covid-19Powered by KPISOFT 
Sumber : https://mysejahtera.malaysia.gov.my/FAQ/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2021/07/soalan-lazim-app-mysejahtera.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FbXzFd+%28%23JMBELOG%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysians Vaccinated Overseas Should Be Listed On Mysejahtera Says State Rep

Malaysians Vaccinated Overseas Should Be Listed On Mysejahtera Says State Rep

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 195 hits
Malaysians who are fully vaccinated overseas should be provided a way to update their vaccination records in MySejahtera said Stulang state assemblyperson Andrew Chen Kah Eng Chen was referring to Prime Minister Muhyiddin Yassin s announcem...
Kenyataan Tular Vaksin Tanpa Perlu Mysejahtera Tidak Benar

Kenyataan Tular Vaksin Tanpa Perlu Mysejahtera Tidak Benar

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 321 hits
PPV IPT UMS tidak pernah melantik mana mana pihak sama ada individu atau syarikat sebagai ejen pengatur temu janji Kota Kinabalu Kenyataan tular mengenai pemberian Vaksin Covid 19 di Pusat Pemberian Vaksin Institut Pengajian Tinggi Universi...
Remaja 12 Hingga 17 Tahun Kini Boleh Daftar Vaksin Di Mysejahtera

Remaja 12 Hingga 17 Tahun Kini Boleh Daftar Vaksin Di Mysejahtera

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 289 hits
Remaja 12 hingga 17 tahun kini boleh mula daftar vaksin di MySejahtera Kuala Lumpur Remaja berusia 12 hingga 17 tahun kini boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid 19 menerusi aplikasi MySejahtera Sebelum ini MySejahtera hanya membenar...
Aplikasi Mysejahtera Definasi Kontak Rapat Dan Kontak Kasual

Aplikasi Mysejahtera Definasi Kontak Rapat Dan Kontak Kasual

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 805 hits
APLIKASI MYSEJAHTERAKONTAK KASUAL Baru baru ini kecoh sebentar apabila ramai pengguna aplikasi MySejahtera mendapati status mereka merupakan KONTAK KASUAL dan diklasifikasikan BERISIKO TINGGI Ramai tertanya tanya apa tindakan yang perlu dil...
Covid 19 Self Test Kits Can Be Bought Via Mysejahtera

Covid 19 Self Test Kits Can Be Bought Via Mysejahtera

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 275 hits
Covid 19 self test kits can be bought via MySejahtera MySejahtera users can now purchase Covid 19 self test kits via the application and update their test results to the Health Ministry The new Covid 19 Self Test section on the app that was...
Sepanggar Mp Why Not Vaccinate First Register With Mysejahtera Later

Sepanggar Mp Why Not Vaccinate First Register With Mysejahtera Later

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 285 hits
KUALA LUMPUR People should be allowed to get their Covid 19 vaccination first and register under the MySejahtera app later says Datuk Mohd Azis Jamman The Sepanggar MP said that in Labuan people had received Covid 19 vaccine doses without g...
Keputusan Ujian Kit Kendiri Perlu Dilapor Dalam Mysejahtera

Keputusan Ujian Kit Kendiri Perlu Dilapor Dalam Mysejahtera

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 225 hits
Keputusan ujian kit kendiri perlu dilapor dalam MySejahtera Sebarang hasil keputusan menerusi penggunaan ujian kit kendiri COVID 19 sama ada positif negatif atau tidak sah perlu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan melalui aplikasi MySej...
Indonesian Fined Rm14 000 For Mysejahtera Mykad Offences

Indonesian Fined Rm14 000 For Mysejahtera Mykad Offences

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 392 hits
The Indonesian woman will serve seven months in jail if she is unable to settle the fine GEORGE TOWN An Indonesian woman who used someone else s MyKad number to register her MySejahtera app and had a fake MyKad in her name was charged at th...
Peringatan Kemaskini Status Risiko Di Mysejahtera Dahulu Baru Hadir Ke Ppv Untuk Vaksinasi

Peringatan Kemaskini Status Risiko Di Mysejahtera Dahulu Baru Hadir Ke Ppv Untuk Vaksinasi

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 207 hits
Berikutan 204 petugas di PPV IDCC Shah Alam disahkan positif Covid 19 anda semua dinasihatkan untuk update status risiko di aplikasi MySejahtera terlebih dahulu sebelum hadir ke PPV untuk vaksinasi Ini adalah kerana untuk mengelakkan daripa...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment