Soal Pendidikan Bukan Semudah Keluarkan Duit Kwsp Bila Terdesak
Imej hiasan
SUATU ketika dahulu, seorang ibu berkongsi
di Facebook berhubung rasa bimbangnya
terhadap latihan Matematik tahun satu
berasaskan kemahiran aras tinggi
(KBAT) terlalu sukar untuk diselesaikan
anaknya yang dianggapnya bertaraf
'kayangan.'
Walaupun terdapat perasaan tidak
berpuas hati segelintir ibu bapa, KBAT
yang sudah menjadi sebahagian daripada
sistem pendidikan negara sejak 2013 perlu
diteruskan. Ini kerana majoriti ibu bapa tidak
merungut, mungkin anak-anak mereka dapat
menjawabnya.
KBAT juga selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 bermatlamat menjadikan
pendidikan di negara ini antara terbaik di
dunia.
Matlamat itu tidak mustahil dicapai kerana
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada sesi
soal jawab sidang Dewan Rakyat, 17 Februari
lalu menegaskan kurikulum persekolahan di
Malaysia setanding dengan negara Iain dan
bukanlah terlalu sukar seperti didakwa.
Katanya, kesimpulan itu dibuat
setelah Kementerian Pendidikan (KPM)
melaksanakan kajian perbandingan
kurikulum persekolahan di Singapura,
Australia, Jepun, United Kingdom dan
Finland.
Jaminan itu diberikan apabila terdapat
dalam kalangan ahli Parlimen yang
meluahkan kebimbangan tahap silibus mata
pelajaran untuk murid tahun satu terlalu
tinggi berbanding usia mereka.
Janganlah ibu bapa terlalu mahu senang
dalam soal pendidikan seperti mana mereka
mahu mendapat wang secara mudah dengan
mengeluarkan caruman Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) apabila
terdesak.
Minda anak-anak jika diasah dengan
pembelajaran KBAT sejak kecil boleh menjadi
kanak-kanak yang bijak. Sebab itu, kemahiran
sedemikian perlu diteroka dari sekolah
rendah lagi.
Ibu bapa juga mengambil tahu tahap
penguasaan anak-anak di sekolah. Bagi yang
tidak cemerlang. ibu bapa harus memastikan
anak-anak mengulang kaji pelajaran di rumah
dan tidak menyerahkan segala-galanya
kepada guru.
Bagi membiasakan murid dengan KBAT,
maka guru hendaklah sentiasa memberikan
soalan-soalan berbentuk sedemikian.
Semakin banyak jenis itu diberikan,
lebih mudah murid menguasainya.
Murid juga perlu digalakkan menyertai
aktiviti melibatkan penyelesaian masalah.
Keadaan ini akan menggalakkan murid
cenderung menggunakan kemahiran
menganalisis, mensintesis dan menilai
konsep sesuai yang boleh diguna pakai untuk
menyelesaikan masalah.
Selain matlamat menjadikan pendidikan
di negara inj antara terbaik dunia dengan
melaksanakan KBAT, terdapat beberapa
perkara lain perlu diberi perhatian. Antaranya
meningkatkan budaya membaca dalam
kalangan murid.
Amalan membaca dapat memastikan
murid dihasilkan menerusi sistem
pendidikan kebangsaan dapat menjadi
insan seimbang yang mampu berfikiran
kritis, mempunyai nilai empati tinggi dan
berpengetahuan.
GURU SEKOLAH | Sitiawan. Perak
Sumber: Utusan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cikgushare.com/2023/04/soal-pendidikan-bukan-semudah-keluarkan.html