Sebenarnya Hanya 13 Yang Terdesak Mengenai Kwsp Jika Diberikan Pun Akan Hadapi Masaalah Yang Sama Juga















Anda nak:

Keluar KWSP kali ke 5?

Nak Dividen KWSP tinggi?

Nak OPR rendah?

Nak Inflasi rendah?

Nak ekonomi mengukuh dah peluang pekerjaan banyak?

Well good luck finding that sebab tak dapat semua sekali di Malaysia. Ini orang putih kata "you can't have your cake and eat it too".

Orang kita ini kena banyak sikit membaca terutama sekali bab ekonomi dan kewangan, barulah tak senang kena pengaruh dengan sentimen dari politikus.

Untuk rekod kerajaan telah membenarkan empat pengeluaran KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas KWSP berjumlah RM145 bilion, melibatkan 8.1 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara.









Jadi kalau 4 kali pengeluaran pun masih tak selesai masalah, maknanya kalau yang kali 5 pun pasti akan sama; Insanity is doing the same thing over and over and expecting different results

Masalah dengan pengeluaran KWSP ini, asset KWSP ini majoritinya dalam bentuk bukan tunai jadi kalau nak benarkan pengeluaran kali ke 5, KWSP kena jual aset atau saham untuk dapatkan tunai. Bila jual aset atau saham, kesan dia akan nampak pada tahun kewangan yang hadapan; nanti korang pula bising bila dividen KWSP 2024 rendah.

Kemudian masalah inflasi bila ada lambakan tunai dalam market. Kena belajar sikit teori ekonomi demand and supply dan inflasi hari ini adalah sebab 33 bulan dulu tak buat apa. Secara umumnya kalau duit dalam market banyak, boleh menyebabkan peningkatan permintaan untuk barang dan perkhidmatan, yang boleh mengakibatkan peningkatan harga.

Contoh waktu Pandemik, GPU RTX 3080 keluar tapi kuantiti sangat terhad, masa itu KWSP boleh keluar pula dan jadi lagi teruk bila ada kripto miner pun demand nak GPU. Itu yang harga GPU masa itu inflated sampai 2 kali ganda sebab supply kurang, tapi demand lebih. Sekarang ini pula demand GPU dah kurang sebab kripto market dah crash dan lambakan GPU banyak di market sebab itu harga GPU adalah di bawah MSRP.

Masalah besar bila banyak wang dalam circulation, ia boleh menyebabkan peningkatan permintaan untuk barang dan perkhidmatan. Nak kawal benda ini dengan naikkan OPR supaya orang tak berbelanja dan simpan duit. Ini terbalik dengan masa Pandemik, OPR sangat rendah sebab Bank Negara nak suruh orang bebelanja untuk merancakkan ekonomi. Kalau nak ekonomi terus kukuh, kalau ikut pendapat saya terus naikan OPR 0.5 mata baru tukaran kita dengan USD kukuh dan inflasi akan dapat di kawal dengan lebih cepat.

Tapi kalau buat macam ini nanti orang yang ada loan akan sakit. Tambah sakit lagi kalau ada pengeluaran KWSP kali 5, macam orang kena kencing manis di sua cendol waktu puasa.

Bila ada survey kata 87% rakyat tak berminat pinjaman bercagar untuk KWSP, ini satu perkara yang bagus. Maknanya hanya 13% sahaja yang terdesak dan rate yang di tawarkan oleh bank yang terlibat masih lagi rendah dari pinjaman peribadi. Yang terdesak boleh guna duit pinjaman tadi untuk bayar hutang tertunggak dan bila mereka bersara nanti, mereka masih ada duit dalam KWSP untuk meneruskan saki baki hidup.

Yang tidak terdesak tak payah pinjam, macam ada adik yang saya jumpa sendiri cerita dia keluarkan duit KWSP 30K waktu covid beli macam-macam online, habisnya sekarang barang tersebut tak tahu ke mana dan duit KWSP sudah habis.

Keluar KWSP ini boleh menyebabkan ketagihan terutama sekali jika kita tak ada pengawalan diri terhadap kewangan. Sebab itu krisis ekonomi 97 dan 2008, mana ada orang keluarkan KWSP. Benda ini special case sebab orang tak boleh berkerja dan kerajaan dalam masa yang sama tak ada kewangan yang cukup untuk membantu rakyat pada waktu itu kecuali sesetengah orang yang dapat projek Janawibawa, tapi dia pula buat masuk duit dalam akaun parti.

MMMS.



 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/04/sebenarnya-hanya-13-yang-terdesak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Bernikah Hanya Kerana Terdesak Umur Tetapi Bernikahlah Apabila

Jangan Bernikah Hanya Kerana Terdesak Umur Tetapi Bernikahlah Apabila

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 251 hits
Umur 30 masih tak kawin Itu persoalan penting kalau bertemu dengan siapapun ayat ini pasti bermain di fikiran mereka Ala jangan memilih sangat Hakikatnya kita bukan lagi hidup di zaman dahulu yang perlu dipadankan oleh keluarga dan kita tak...
Survei Cisco Hanya 39 Persen Perusahaan Di Indonesia Siap Hadapi Ancaman Siber

Survei Cisco Hanya 39 Persen Perusahaan Di Indonesia Siap Hadapi Ancaman Siber

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 191 hits
Cybersecurity Readiness Index Cisco menyebutkan hanya 39 persen dari organisasi di Indonesia memiliki kesiapan di level matang yang dibutuhkan dalam menghadapi risiko keamanan siber modern saat ini
Soal Pendidikan Bukan Semudah Keluarkan Duit Kwsp Bila Terdesak

Soal Pendidikan Bukan Semudah Keluarkan Duit Kwsp Bila Terdesak

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 460 hits
Imej hiasan SUATU ketika dahulu seorang ibu berkongsi di Facebook berhubung rasa bimbangnya terhadap latihan Matematik tahun satu berasaskan kemahiran aras tinggi terlalu sukar untuk diselesaikan anaknya yang dianggapnya bertaraf kayangan W...
Rafizi Sekolahkan Pembangkang Pasal Kwsp

Rafizi Sekolahkan Pembangkang Pasal Kwsp

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 375 hits
KIM SYAZIEKelmarin Dewan Rakyat yang baru sahaja beberapa minit bersidang bertukar kecoh selepas Ahli Ahli Parlimen pembangkang menunjukkan protes dan keluar dari Dewan Ini selepas Timbalan Speaker Alice Lau enggan melayan permintaan pemban...
Dividen Pencarum Kwsp Rendah Jika Benar Pengeluaran Bersasar

Dividen Pencarum Kwsp Rendah Jika Benar Pengeluaran Bersasar

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 284 hits
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli sekali lagi menegaskan rasional kerajaan tidak membenarkan pengeluaran kali kelima caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Hal itu susulan tindakan Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan beramai ramai s...
Misi Kwsp Norazlan Tiba Di Kl Selepas 5 Hari Jalan Kaki Harian Metro 03 04 2023

Misi Kwsp Norazlan Tiba Di Kl Selepas 5 Hari Jalan Kaki Harian Metro 03 04 2023

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 333 hits
Kuala Lumpur Pemandu teksi Norazlan Ismail selamat tiba ke ibu negara malam semalam selepas lima hari berjalan kaki dari Tol Skudai Johor Bahru Johor menuju Istana Negara di sini dalam membawa misi pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan...
Wan Fayhsal Dakwa Ada Yang Jual Buah Pinggang Sebab Tak Dapat Keluarkan Kwsp

Wan Fayhsal Dakwa Ada Yang Jual Buah Pinggang Sebab Tak Dapat Keluarkan Kwsp

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 263 hits
Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebelum ini membuat dakwaan penjualan buah pinggang pada sidang media di Parlimen semalam apabila mendesak kerajaan meluluskan satu lagi pusingan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pek...
Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Pengalaman Laparoskopi Buang Cyst Ovari Dari Tanda Sampai Sembuh

Nak Tanya Bekas Ketua Polis Negeri Sarawak Apa Manfaat Vape Ni Ye

Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan

Dua Maut 16 Cedera Nahas Bas Persiaran Dengan Dua Lori

Zunar Diam Membisu Cukai 1malaysia Vs Cukai Madani Mana Korang Suka

Bank Rakyat Defends Ex Ybr Ceo S Termination Says Proper Procedures Followed


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hampir Dua Tahun Kahwin Shila Amzah Dedah Sikap Sebenar Ubai Memang Lain Macam

Top 5 Kamera Cctv Wireless Murah Senang Pasang Untuk Rumah Flat

Percutian 3h2m Ke Pulau Redang Terengganu Part 1

Opening Up Zero Knowledge Proof Technology To Promote Privacy In Age Assurance

Cara Mudah Naikkan Jualan Harian Anda Dengan Sleeve Cup Custom

Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus