Skuad Ragbi Tidak Disambung Kontrak Oleh Msn


Skuad ragbi tujuh sepasukan (7s) kebangsaan atau lebih dikenali dengan panggilan Rimau 7’s tidak disambung kontrak oleh Majlis Sukan Negara (MSN) meskipun telah meraih pelbagai kejayaan.
Meskipun ia bukan menyebabkan barisan pemain sedia ada digugurkan daripada skuad kebangsaan namun ianya mungkin akan melemahkan semangat pemain.
Menurut bekas ketua pasukan, Zulkiflee Azmi sepanjang berada di bawah naungan MSN, pasukan skuad Rimau 7’s berjaya menunjukkan peningkatan positif termasuk berjaya meraih pingat perak di Sukan SEA 2015 di Singapura dan paling manis berjaya meraih pingat emas pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.
“Kita raih beberapa kejayaan dan pamerkan peningkatan sejak adanya kontrak dan program bersama MSN. Daripada pingat perak di Sukan SEA Singapura, kita berjaya raih emas di Sukan SEA Kuala Lumpur. Bila bawah kontrak akan ada program latihan khusus yang menjamin perkembangan prestasi pemain.
“Selepas ini (tanpa kontrak) ia akan jadi sukar buat pemain kerana masing-masing perlu mengekalkan kecergasan sendiri. Sebelum ini kami duduk bersama macam sebuah keluarga, itu antara kunci kejayaan pasukan selama ini kerana meniupkan semangat pemain,” katanya kepada Bernama, hari ini.
Pada masa sama, Zulkiflee, yang dinobatkan Pemain Lelaki Terbaik Peringkat Antarabangsa bagi kategori pasukan 7’s pada Anugerah Ragbi Kebangsaan 2019, berkata situasi ini mungkin menyaksikan beliau akan menimbangkan panggilan mewakili skuad kebangsaan selepas ini.
“Dalam keadaan sekarang tanpa kontrak dan program khas bersama MSN, saya rasa saya tidak akan mewakili negara jika saya tidak cergas dan bersedia,” jelasnya.
Turut berkongsi pandangan sama adalah seorang lagi pemain Rimau 7’s, Anwarul Hafiz Ahmad yang mengakui sudah tawar hati apabila pengorbanannya selama ini termasuk menangguhkan pengajiannya sebanyak dua kali seperti tidak dihargai.
Beliau yang terkilan dengan keputusan itu turut mendakwa Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) tidak menyediakan perancangan masa depan buat pemain sedia sebaik KRM dan MSN mencapai persetujuan melaksanakan program latihan jangka panjang menuju Sukan Asia 2026 di Nagoya, Jepun.
“Persatuan tidak ada memanggil kami (pemain) untuk menerangkan tentang situasi ini malah tiada sebarang perancangan dibuat untuk kami. Kami telah capai satu keputusan yang konsisten sepanjang berada dalam program ini. Sejujurnya, saya telah tawar hati,” katanya.
KRM bersama MSN baru-baru ini, mencapai persetujuan melaksanakan program latihan jangka panjang khusus buat pasukan ragbi 7’s lelaki dan wanita negara, dengan lebih tumpuan diberikan kepada barisan pemain berpotensi berusia dalam lingkungan 22 tahun.
Ia bertujuan mempersiapkan skuad ragbi 7’s kebangsaan untuk mencabar Korea Selatan dan Sri Lanka selaku antara empat pasukan terbaik Asia, sekali gus membawa pulang pingat sulung pada Sukan Asia 2026.
Bagaimanapun, KRM menegaskan program MSN itu adalah berasingan dengan skuad kebangsaan yang akan mewakili Malaysia ke kejohanan tertinggi peringkat antarabangsa.
KRM turut memberi jaminan meskipun kontrak pemain sedia ada Rimau 7’s tidak disambung, badan induk itu tidak sesekali akan menafikan hak pemain sedia ada untuk terus mewakili skuad kebangsaan selagi mereka mampu beraksi di tahap terbaik.
— BERNAMA
Memang amat mengejutkan bilamana kes ini berlaku. Meskipun ragbi bukan sukan yang besar di Malaysia namun tetap berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa. SUkar bagi mereka yang kebanyakan pemain bukan professional untuk mengekalkan kecergasan tanpa bantuan MSN.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ligakampung.com/blog/skuad-ragbi-tidak-disambung-kontrak-oleh-msn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesatuan Ragbi Malaysia Tidak Abai Skuad Rimau 7 S

Kesatuan Ragbi Malaysia Tidak Abai Skuad Rimau 7 S

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR 1 Jun Kesatuan Ragbi Malaysia hari ini menolak dakwaan badan induk sukan itu dan Majlis Sukan Negara tidak mempunyai perancangan untuk pemain sedia ada dalam skuad ragbi tujuh sepasukan negara yang dikenali sebagai Rimau 7 s Pr...
Penyediaan Hidangan Sihat Di Hari Raya Oleh Rushda Adiba Ismail

Penyediaan Hidangan Sihat Di Hari Raya Oleh Rushda Adiba Ismail

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 542 hits
Perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun 2020 mungkin agak berbeza dari segi kemeriahan dan suasana memandangkan kita dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Semua aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang biasa dilakukan perlu dihentikan bagi menc...
Pbb Imunisasi Terhambat Oleh Pandemi 80 Juta Anak Dalam Risiko

Pbb Imunisasi Terhambat Oleh Pandemi 80 Juta Anak Dalam Risiko

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 332 hits
JENEWA Sekitar 80 juta anak di seluruh dunia dapat menghadapi risiko penyakit difteri campak dan polio karena gangguan pada program imunisasi rutin selama pandemi COVID 19 kata badan PBB dan aliansi vaksin GAVI hari Jumat Penyakit penyakit ...
Video Lama Kembali Tular Oleh Macai Ph Wanita Kelantan Harap Pemimpin Kecek Molek Isu Air

Video Lama Kembali Tular Oleh Macai Ph Wanita Kelantan Harap Pemimpin Kecek Molek Isu Air

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 454 hits
KUALA LUMPUR 22 Mei Isu air ternyata bukan perkara baharu yang sering diperkatakan oleh penduduk negeri Kelantan Terbaharu seorang wanita tampil di media sosial menegur cara kepimpinan negeri itu mengatasi masalah air Wanita yang mendakwa m...
Insurance Premium Hike In Line With Bnm S Interim Measures Says Prudential

Pasaran As Cuba Untuk Pulih Prospek Serangan As Terhadap Iran Menyokong Harga Minyak

Menteri Besar Terengganu Umum Cuti Hari Ahad 30hb Mac 2025 Cuti Kelepasan Am Sempena Aidilfitri

Menikmati Durian Black Thorn Di Titi Kerawang Stall Balik Pulau

Allahuakbar Baru Baru Ni Ada Laporan Matahari Terbenam Dengan Cara Yang Aneh Di P

Tik Tok Kena Banned

Isu Tapak Kuil Selesai Pengurusan Kuil Setuju Pindah Lokasi Baharu Dr Zaliha

Nasib Ahli Perniagaan Didakwa Pukul Pengawal Peribadi Kerana Berpuasa Diketahui Jumaat Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Waktu Paling Sesuai Balik Kampung Sebelum Raya

Muka Sembang Kari Dah Setahun Tunggu Lod Mana Dia Sanusi

Style Guide Modern Vs Traditional Mother Of The Bride Looks

Masih Hidup Ke Tu

Starvendors Kl Mega Raya Fest 2025 Festival No 1 Kembali Memeriahkan Persiapan Syawal

Selangor Govt Ordered To Release Pjd Link Impact Assessment Reports