Video Lama Kembali Tular Oleh Macai Ph Wanita Kelantan Harap Pemimpin Kecek Molek Isu Air

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Isu air ternyata bukan perkara baharu yang sering diperkatakan oleh penduduk negeri Kelantan.
                                                                                                                                                                                                                                                                   Terbaharu, seorang wanita tampil di media sosial menegur cara kepimpinan negeri itu mengatasi masalah air.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                            Wanita yang mendakwa mewakili rakyat Kelantan berkata,  kepimpinan negeri seharusnya menunjukkan keprihatinan terhadap isu air  selain tidak mempolitikan isu tersebut.
                                                                                                                                                                                              “Kita sebagai salah seorang exco sepatutnya kita bercakap lebih menampakkan kita ni berakal. Orang Kelantan kata cerdiklah.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  “Maaflah  saya bercakap ni agak lantanglah ni sebab saya melihat kepada di bulan  Ramadan dan saya merasai sendiri betapa payah tak ada air di Kelantan,  di rumah mak saya, di perkampungan-perkampungan, di kawasan pekan  terutamanya sepatutnya benda-benda ni tak boleh dibawa main,” katanya  dalam sebuah video yang dimuat naik akaun Facebook, Gang Utara Fan Club.
                                                                                                                                                                                                                                                                       Sementara  itu, wanita tersebut turut mengkritik tindakan seorang pemimpin  Kelantan yang dikatakan berseloroh mengenai isu air dengan menyarankan  penduduk terjun ke dalam Sungai Kelantan.
                                                                                                                                                                                              “Orang tak kecek (cakap)  lagu (macam) tu, sebab bagaimana mandi nak terjun lagu tu. Terjun lagu  tu, mu (kamu) lah terjun, buat po (buat apa) suruh rakyat terjun,”  kritik wanita itu lagi.
                                                                                                                                                                                              Sebelum ini, seorang  pemimpin Kelantan pernah berucap agar penduduk Kelantan terjun ke dalam  sungai berbanding beratur panjang bagi mendapatkan air di sebuah pasar  raya.
                                                                                                                                                                                              Pemimpin itu juga didakwa turut membandingkan tahap kualiti air Sungai Pahang dan Kelantan.
                                                                                                                                                                                              Walaupun perkara itu  berlaku hampir lapan tahun lalu, ia masih ditularkan pihak tertentu di  media sosial sekaligus membangkitkan semula kemarahan sebilangan besar  rakyat Kelantan.
MR :  Walaupun isu lama, walaupun permainan bodoh macai PH tapi Kerajaan Kelantan jangan pandang remeh isu ini
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/video-lama-kembali-tular-oleh-macai-ph.html