Skim Motosikal Elektrik Rebat Sebanyak Rm2400


Bagi menggalakkan rakyat Malaysia membeli motosikal elektrik (berbanding motosikal petrol), kerajaan telah mengumumkan pemberian insentif khas melalui Skim Motosikal Elektrik (MARiiCas) bagi rakyat Malaysia yang layak.
Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) ialah skim rebat pembelian atau langganan motosikal elektrik oleh Institut Automotif Robotik Dan IoT Malaysia (MARii) di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk menggalakkan rakyat beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik.
Kelebihan kenderaan elektrik Menjamin Kelestarian Alam – Menggalakkan dan mengekalkan keseimbangan ekosistem dan sumber daya alam untuk jangka masa panjang. Kos Penyelenggaraan yang Rendah – Motosikal elektrik biasanya memerlukan kos penyelenggaraan yang lebih rendah kerana ia mempunyai kurang bahagian bergerak dan kurang sukar untuk dijaga berbanding dengan motosikal konvensional dengan enjin pembakaran (internal combustion engine) yang kompleks. Sifar Pelepasan Gas – Motosikal elektrik tidak menghasilkan atau melepaskan gas yang beracun atau karbon dioksida, membantu memelihara kualiti udara dan mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar berbanding motosikal yang menggunakan enjin konvensional. Pengurangan Kos Penggunaan Bahan Api – Pemilik motosikal elektrik menikmati pengurangan kos penggunaan bahan api, kerana pengecasan bateri elektrik biasanya lebih murah berbanding pembelian bahan api untuk motosikal konvensional. Tidak Bergantung pada Bahan Api Fosil – Motosikal elektrik tidak bergantung pada bahan api fosil, membantu mengurangkan kebergantungan pada sumber tenaga yang terhad dan merosakkan alam sekitar. Apa itu MARiiCas? MARiiCas adalah satu skim rebat sebanyak RM2,400 bagi tujuan pembelian atau langganan motosikal elektrik kepada rakyat Malaysia bertujuan bagi menggalakkan rakyat untuk beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik.
Tempoh permohonan Permohonan MARiiCas boleh dibuat secara dalam talian mulai 8 Disember 2023.
Tempoh permohonan MARiiCas adalah sah sehingga 31 Disember 2024 atau sehingga kuantiti motosikal elektrik habis ditebus.
Jumlah insentif Insentif bagi Skim Motosikal Elektrik (MARiiCas) ini akan diberikan melalui kaedah berikut:
Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik ; ATAU Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan untuk permohonan langganan motosikal elektrik. Permohonan dihadkan 1 permohonan kepada 1 individu SAHAJA.
Artikel berkaitan: MEVnet: Senarai Lokasi Cas Kenderaan Elektrik (EV) Terdekat
Syarat permohonan Hanya pemohon yang memenui syarat-syarat berikut sahaja akan dipertimbangkan untuk pemberian insentif melalui Skim Motosikal Elektrik (MARiiCas) ini:
Individu yang berpendapatan tahunan sebanyak RM120,000 ke bawah. Warganegara Malaysia berumur 18 dan ke atas. Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 @ B2). Penebusan skim ini adalah melalui pembelian/langganan motosikal elektrik di mana-mana pengeluar motosikal elektrik yang telah BERDAFTAR di bawah MARiiCas.
Senarai pengeluar motosikal elektrik yang sah boleh didapati di laman sesawang https://insentif.marii.my.
Cara memohon Berikut merupakan cara-cara untuk memohon Skim Motosikal Elektrik (MARiiCas) ini:
Langkah 1: Lawati laman sesawang https://insentif.marii.my untuk pendaftaran ID Pengguna.
Langkah 2: Klik tekan butang “Daftar” bagi pengguna pertama kali. Lengkapkan maklumat terkini pemohon seperti nama, no kad pengenalan dan maklumat diri.
Langkah 3: Pengguna akan menerima emel verifikasi. Pengguna boleh juga menyemak pada tab emel spam sekiranya emel verifikasi tidak dihantar ke tab utama emel.
Langkah 4: Setelah selesai pendaftaran, pengguna hendaklah log masuk kembali untuk proses permohonan MARiiCas.
Langkah 5: Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
Langkah 6: Bayaran perkhidmatan dan pengesahan identiti pemohon sebanyak RM10 akan dikenakan bagi setiap permohonan.
Langkah 7: Pengguna akan menerima email pengesahan permohonan.
Langkah 8: Pengguna boleh membuat semakan keputusan dengan log masuk pautan https://insentif.marii.my dalam tempoh 14 HARI BEKERJA selepas tarikh permohonan lengkap dilakukan.
Persoalan dan maklumat lanjut Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut:
Emel di [email protected] Layari laman sesawang MARii, www.marii.my Ikuti media sosial MARii (Facebook, LinkedIn, YouTube & Instagram), @MARiiMalaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/skim-motosikal-elektrik-mariicas/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=skim-motosikal-elektrik-mariicas

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Motosikal Elektrik Rm2400 Melalui Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik

Bantuan Motosikal Elektrik Rm2400 Melalui Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 95 hits
Kerajaan Malaysia umum bantuan motosikal elektrik RM2400 melalui insiatif belanjawan 2024 Ini adalah merupakan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki motosikal elektrik dengan bantuan kerajaan Malaysia Bagi anda yang berminat mengeta...
Mak Jah Sebak Rosyam Nor Hadiahkan Kerusi Roda Elektrik Bagi Wang Saku Bulanan Rm500

Mak Jah Sebak Rosyam Nor Hadiahkan Kerusi Roda Elektrik Bagi Wang Saku Bulanan Rm500

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 201 hits
Pelakon veteran Mak Jah atau nama sebenarnya Maimunah Ahmad sebak apabila rakan selebriti Datuk Rosyam Nor menghadiahkan sebuah kerusi roda elektrik kepadanya baru baru ini Menerusi hantaran di TikTok pihak Rosyam Nor mengharapkan pemberian...
Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2024

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2024

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 317 hits
Subsidi Elektrik 2024 85 Pengguna Domestik Di Semenanjung Tidak Terjejas Dengan Pelarasan Tarif Elektrik Bagi Tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024 Sebanyak 85 peratus atau tujuh juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia tidak terjejas d...
Tnb Tutup Beberapa Pencawang Elektrik Di Rantau Panjang

Tnb Tutup Beberapa Pencawang Elektrik Di Rantau Panjang

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 218 hits
TENAGA Nasional Bhd telah menutup bekalan di beberapa pencawang elektrik di Rantau Panjang Pasir Mas susulan hujan dan banjir bermula malam tadi TNB memaklumkan langkah itu dibuat bagi memastikan keselamatan pengguna Berikut adalah kawasan ...
Tak Tahulah Ditunda Ke Tahun Berapa Bas Elektrik Kb Sentral Hanya Mimpi

Tak Tahulah Ditunda Ke Tahun Berapa Bas Elektrik Kb Sentral Hanya Mimpi

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 139 hits
HarapanDaily comKerajaan negeri Kelantan diterajui Pas dilihat hanya sembang sahaja apabila bas elektrik pertama nbsp bernilai RM1 2 juta yang diuar uarkan wujud pada 2018 masih tinggal hanya mimpi Sebaliknya apa yang berlaku kerajaan Kelan...
Kenaikan Tariff Air Sebanyak 20 Sangat Tinggi Kerajaan Pemalas Hanya Tahu Nak Baham Duit Rakyat Sahaja

Kenaikan Tariff Air Sebanyak 20 Sangat Tinggi Kerajaan Pemalas Hanya Tahu Nak Baham Duit Rakyat Sahaja

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 229 hits
Ketua Menteri DAP Pulau Pinang umum pagi ini bahawa harga air di negeri itu akan naik mencecah 20 peratus tahun ini Kali ke empat harga naik bagi tempoh 10 tahun selepas DAP memerintah di sana Tak apa Cecah 20 peratus sahaja kali ini Kerana...
Total Pertemuan Syl Dengan Firli Sebanyak 3 Kali Berlangsung Sejak 2021

Total Pertemuan Syl Dengan Firli Sebanyak 3 Kali Berlangsung Sejak 2021

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 64 hits
Firli pun dianggap tidak tidak menunjukkan keteladanan dalam tindakan dan perilaku sehari hari yang dapat dipertanggungjawabkan
Hiburan Pemanduan Lancar Kawalan Lebih Baik Ini Pengalaman Kami Uji Pandu Kereta Elektrik Byd Atto 3

Hiburan Pemanduan Lancar Kawalan Lebih Baik Ini Pengalaman Kami Uji Pandu Kereta Elektrik Byd Atto 3

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 174 hits
Kecanggihan teknologi menjadikan dunia tanpa sempadan Kalau dulu mungkin tidak logik kalau orang kata kereta boleh bergerak tanpa petrol sekarang segalanya tidak mustahil Dengan kereta elektrik pengalaman pemanduan bukan sahaja lebih baik t...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Will Artificial Intelligence Disappoint


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Managing Motivating Remote Teams

Mengada Pergi Laser

Barbarik Peluru Cokelat Chord

Arjuna 89 Takdir Memisahkan Chord

Resipi Ayam Masak Thai Yang Simple Tapi Sedap

Pickleball Sukan Viral Cara Bermain Dan Sistem Pemarkahan