Bantuan Motosikal Elektrik Rm2400 Melalui Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik


Kerajaan Malaysia umum bantuan motosikal elektrik RM2400 melalui insiatif belanjawan 2024. Ini adalah merupakan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki motosikal elektrik dengan bantuan kerajaan Malaysia.
Bagi anda yang berminat mengetahui lebih lanjut, boleh merujuk maklumat lengkap yang kami sediakan dibawah.
Bantuan Motosikal Elektrik RM2,400 Melalui Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)  Apakah Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)? Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) adalah merupakan skim rebat pembelian atau langganan motosikal elektrik yanmg disediakan oleh Institut Automotif Robotik Dan IoT Malaysia (MARii) di bawah Belanjawan 2024 bagi bertujuan untuk menggalakkan rakyat beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik.
Untuk pengetahuan semua, Skim rebat ini ditawarkan melalui dua (2) kaedah pemberian:
Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik ; Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan untuk permohonan langganan motosikal elektrik. Bilakah Tempoh Permohonan MARiiCas Dibuka? Tempoh permohonan bantuan motosikal elektrik RM2400 MARiiCas dibuka mulai 8 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2024 atau sehingga kuantiti motosikal elektrik habis ditebus oleh rakyat Malaysia.
Apakah Syarat Kelayakan Bantuan Motosikal Elektrik RM2400? Syarat kelayakan permohonan bantuan rebat RM2400 Mariicas ini terbuka kepada mereka yang menepati syarat-syarat seperti dibawah:
Merupakan individu yang berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah. Warganegara Malaysia berumur 18 dan ke atas semasa permohonan. Mestilah mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 atau B2). Kelebihan Menggunakan Motosikal Elektrik Terdapat kelebihan kenderaan elektrik berbanding enjin pembakaran atau petrol. Berikut adalah kelebihan menggunakan motosikal elektrik:
Dapat menjimatkan duit untuk petrol kerana tiada bahan api yang diperlukan. Bebas bahan pencemar kerana tiada asap seperti karbon monoksida. Kos penyelenggaraan yang rendah berbanding kenderaan petrol. Tiada pencemaran bunyi kerana penggunaan enjin elektrik yang prestasi sentiasa dipertingkatkan. Ikuti cara permohonan bantuan motosikal elektrik RM2400 yang anda boleh tebus segera dan kerajaan Malaysia akan bantu anda memiliki motosikal elektrik.
Panduan Permohonan Bantuan Motosikal Elektrik RM2400 untuk Rakyat Malaysia Langkah Permohonan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)  Untuk membuat permohonan hanya dibolehkan secara atas talian sahaja. Untuk anda yang ingin membuat permohonan boleh merujuk langkah-langkah seperti dibawah:
Langkah 1: Layari laman sesawang Mariicas untuk pendaftaran ID Pengguna. Langkah 2: Klik butang “Daftar” bagi pengguna pertama kali. Lengkapkan maklumat terkini pemohon seperti nama, no kad pengenalan dan maklumat diri yang lain. Langkah 3: Pengguna akan menerima e-mel verifikasi untuk pengesahan. Pengguna boleh juga menyemak pada tab e-mel spam sekiranya e-mel verifikasi tidak ditemui dan dihantar ke tab utama e-mel pengguna. Langkah 4: Setelah selesai membuat pendaftaran, pengguna hendaklah log masuk kembali untuk proses permohonan bantuan motosikal elektrik RM2400 MARiiCas. Langkah 5: Sila muat naik beberapa dokumen sokongan yang diperlukan(rujuk dibahagian bawah berkenaan dokumen). Langkah 6: Pengguna akan dikenakan bayaran perkhidmatan dan pengesahan identiti pemohon sebanyak RM10 akan dikenakan untuk setiap permohonan. Langkah 7: Pengguna akan menerima e-mel pengesahan permohonan rasmi dari Mariicas. Pengguna juga boleh membuat semakan keputusan dengan log masuk pada laman web Mariicas dalam tempoh 14 HARI BEKERJA selepas tarikh permohonan lengkap dibuat oleh pengguna. 
Bantuan Motosikal Elektrik RM2400 Melalui Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)  28 Nota: Bayaran pengguna tidak akan dikembalikan. Nama pemohon hendaklah sama dengan pemilik bank akaun pembayaran.
Dokumen yang Diperlukan untuk Permohonan Untuk membuat permohonan secara atas talian bagi bantuan motosikal elektrik RM2400 ini, pemohon perlu menyediakan dokumen seperti dibawah untuk dilampirkan:
Salinan kad pengenalan; Salinan dokumen berkaitan pendapatan tahunan. Bagi yang bekerja Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 atau B2) Slip gaji disahkan majikan beserta cop syarikat ATAU borang EA ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bagi yang bekerja sendiri Muatnaik borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bagi pesara Pesara kerajaan – slip pencen dan kad pesara ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bagi pelajar Kad Pelajar Pesara swasta borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Muat turun borang pengesahan pelajar ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kaedah Pemberian Skim dan Cara Tebus Kod QR Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)  Bantuan Motosikal Elektrik RM2400 Melalui Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)  29 Pemohon akan menerima e-mel pengesahan dan pengguna boleh memuat turun kod QR setelah permohonan disemak dan diluluskan bagi menikmati insentif yang ditawarkan bagi tujuan pembelian motosikal elektrik di bawah syarikat pengeluar yang disahkan sahaja.
Kod QR tersebut sah untuk diguna pakai dalam tempoh 30 hari sahaja dari tarikh ia dikeluarkan. Setelah tamat tempoh tersebut, pemohon hendaklah melakukan permohonan semula untuk mendapatkan kod QR baru yang disahkan.
Soalan FAQs Berkenaan Bantuan Motorsikal Elektrik RM2400 Melalui Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)  Apakah Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)? Ianya adalah merupakan bentuk bantuan motosikal elektrik RM2400 secara rebat yang disediakan oleh kerajaan.
Siapakah yang layak memohon MARiiCas? Golongan yang layak adalah berumur 18 tahun, pendapatan dibawah RM120,000 setahun dan mempunyai lesen.
Bilakah permohonan MARiiCas akan dibuka? Permohonan dibuka sejak 8 Disember 2023 dan diteruskan sehingga 31 Disember 2024.
Bagaimanakah cara untuk memohon MARiiCas? Permohonan secaras atas talian sahaja, boleh rujuk diatas.
Apakah dokumen sokongan yang diperlukan? Terdapat banyak dokumen yang perlu disediakan dan mengikut jenis permohonan berbeza-beza.
Adakah saya layak memohon sekiranya saya merupakan seorang pelajar? ya, anda layak untuk membuat permohonan bantuan motosikal elektrik RM2400 dibawah insiatif Mariicas.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/12/bantuan-motosikal-elektrik-rm2400.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skim Motosikal Elektrik Rebat Sebanyak Rm2400

Skim Motosikal Elektrik Rebat Sebanyak Rm2400

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 214 hits
Bagi menggalakkan rakyat Malaysia membeli motosikal elektrik kerajaan telah mengumumkan pemberian insentif khas melalui Skim Motosikal Elektrik bagi rakyat Malaysia yang layak Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik ialah skim rebat pemb...
Tnb Tutup Beberapa Pencawang Elektrik Di Rantau Panjang

Tnb Tutup Beberapa Pencawang Elektrik Di Rantau Panjang

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 227 hits
TENAGA Nasional Bhd telah menutup bekalan di beberapa pencawang elektrik di Rantau Panjang Pasir Mas susulan hujan dan banjir bermula malam tadi TNB memaklumkan langkah itu dibuat bagi memastikan keselamatan pengguna Berikut adalah kawasan ...
Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2024

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2024

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 329 hits
Subsidi Elektrik 2024 85 Pengguna Domestik Di Semenanjung Tidak Terjejas Dengan Pelarasan Tarif Elektrik Bagi Tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024 Sebanyak 85 peratus atau tujuh juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia tidak terjejas d...
Tak Tahulah Ditunda Ke Tahun Berapa Bas Elektrik Kb Sentral Hanya Mimpi

Tak Tahulah Ditunda Ke Tahun Berapa Bas Elektrik Kb Sentral Hanya Mimpi

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 143 hits
HarapanDaily comKerajaan negeri Kelantan diterajui Pas dilihat hanya sembang sahaja apabila bas elektrik pertama nbsp bernilai RM1 2 juta yang diuar uarkan wujud pada 2018 masih tinggal hanya mimpi Sebaliknya apa yang berlaku kerajaan Kelan...
Hiburan Pemanduan Lancar Kawalan Lebih Baik Ini Pengalaman Kami Uji Pandu Kereta Elektrik Byd Atto 3

Hiburan Pemanduan Lancar Kawalan Lebih Baik Ini Pengalaman Kami Uji Pandu Kereta Elektrik Byd Atto 3

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 179 hits
Kecanggihan teknologi menjadikan dunia tanpa sempadan Kalau dulu mungkin tidak logik kalau orang kata kereta boleh bergerak tanpa petrol sekarang segalanya tidak mustahil Dengan kereta elektrik pengalaman pemanduan bukan sahaja lebih baik t...
Mak Jah Sebak Rosyam Nor Hadiahkan Kerusi Roda Elektrik Bagi Wang Saku Bulanan Rm500

Mak Jah Sebak Rosyam Nor Hadiahkan Kerusi Roda Elektrik Bagi Wang Saku Bulanan Rm500

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 228 hits
Pelakon veteran Mak Jah atau nama sebenarnya Maimunah Ahmad sebak apabila rakan selebriti Datuk Rosyam Nor menghadiahkan sebuah kerusi roda elektrik kepadanya baru baru ini Menerusi hantaran di TikTok pihak Rosyam Nor mengharapkan pemberian...
Pekerja Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Tapak Binaan

Pekerja Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Tapak Binaan

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 212 hits
SEORANG pekerja warga asing maut selepas terkena renjatan elektrik semasa menjalankan kerja kerja kimpalan di sebuah tapak pembinaan dengan menggunakan scissor nbsp lift nbsp atau pengangkat gunting di Georgetown Sabtu lepas Jabatan Keselam...
Empat Superman Temerloh Ke Lokap Motosikal Disita

Empat Superman Temerloh Ke Lokap Motosikal Disita

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 174 hits
Amir Hamzah Nordinbhnews bh com myPolis meminta individu yang terbabit dalam video tular aksi berbahaya di LPT1 supaya tampil bagi membantu siasatan Foto ihsan Facebook JSPTTEMERLOH Tiga penuntut dan seorang pelajar yang melakukan aksi supe...
Lelaki Maut Motosikal Terbabas Masuk Ruang Solat Masjid Guar Lobak

Lelaki Maut Motosikal Terbabas Masuk Ruang Solat Masjid Guar Lobak

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 229 hits
Zuliaty Zulkiffliam hmetro com myLELAKI maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam Masjid Guar Lobak FOTO ihsan pembacaKulim Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sehingga memasuki ruang solat di Mas...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah