Skim Mesra Usia Emas Semakan Syarat Permohonan
Sudahkah anda mendaftarkan ibu bapa anda di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?
Melalui program ini ahli SMUE bakal menikmati manfaat baucer beli belah RM100.00 pada bulan kelahiran mereka setiap tahun.
Dengan mendaftar skim ini, setiap ahli SMUE akan menerima dua (2) jenis manfaat iaitu baucar beli-belah RM 100.00 pada bulan kelahiran dan juga khairat kematian bernilai RM 500.00.
Di sini kami kongsikan info lanjut tentang skim ini dan bagaimana cara untuk mendapatkan manfaat melaluinya.
Sumber: Media Selangor
Apakah Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?
SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) merupakan salah satu program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) yang kini dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).
Ia diwujudkan bertujuan untuk memberi manfaat kepada golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) di Negeri Selangor yang menepati syarat kelayakan.
Baca juga : Rumah Selangorku: Permohonan & Semakan Status Kelulusan
Skim ini dilancarkan pada bulan Ogos 2008 dan secara rasmi mula beroperasi pada 1 Oktober 2008.
Sebelum ini Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dikenali sebagai sebuah skim khairat kematian untuk warga emas dan OKU yang layak dengan nilai sebanyak RM 2,500.
Ahli SMUE akan menerima baucer beli-belah bernilai RM100 dan program akan dijalankan di pasaraya-pasaraya yang terpilih di kawasan mereka.
Pemberian manfaat yang dikenali sebagai program ‘Jom Shopping SMUE’ ini akan diberikan mengikut bulan kelahiran ahli tersebut.
Selain itu, setiap juga akan menerima khairat kematian bernilai RM 500.00.
Manfaat Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
Bermula 1 Januari 2021, setiap permohonan yang berjaya, ahli SMUE akan menerima dua (2) jenis manfaat di bawah program ini. Manfaat tersebut adalah seperti berikut:
1. Baucar Beli-Belah RM 100 (Manfaat Semasa Hidup)
Ahli akan menerima baucar beli-belah RM 100 di pasaraya terpilih pada bulan kelahiran mereka. Penyerahan manfaat akan dibuat melalui pejabat Pusat Khidmat DUN.Ahli dikehendaki untuk memastikan maklumat seperti nombor telefon dan yang berkaitan sentiasa dikemaskini bagi mengelakkan ahli terlepas daripada menerima manfaat.Pengemaskinian maklumat boleh dibuat secara atas talian di e-mesra.yawas.my atau pergi saja ke Pusat Khidmat DUN yang terdekat atau pejabat YAWAS.
2. Khairat Kematian RM500 (Manfaat Selepas Kematian)
Tuntutan khairat kematian SMUE hanya boleh dibuat sekiranya simati dan nama pewaris telah didaftarkan di bawah SMUE sahaja.Wang khairat kematian hanya dibayar secara one-off kepada nama pewaris yang didaftarkan di dalam sistem.Pembayaran akan dibuat samada dalam bentuk tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN atau pindahan wang terus ke akaun pewaris. (rujuk Proses Tuntutan Wang Khairat Kematian)Sekiranya nama simati belum didaftarkan, maka pewaris perlu membuat permohonan SMUE terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan khairat kematian di atas nama simati. (Sila rujuk syarat-syarat permohonan SMUE untuk lebih lanjut)Permohonan selepas kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh simati meninggal dunia. (tertakluk bagi kematian mulai 1 Januari 2021 sahaja)
Syarat Kelayakan
Untuk mendapatkan manfaat Jom Shopping SMUE ini, pemohon perlu mendaftar dahulu di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE).
Berikut adalah syarat kelayakan untuk mendaftar di bawah skim ini (mulai 2021).
Permohonan SMUE terbahagi kepada 2 kategori iaitu:Kategori Warga Emas (60 tahun dan ke atas)Kategori Orang Kelainan Upaya(OKU)Permohonan boleh dibuat sama ada:Semasa hidupSelepas kematianDidaftarkan oleh pewaris (rujuk Senarai Pewaris Terdekat)Kematian bermula (1 Januari 2021)Permohonan mestilah dalam tempoh 6 bulan selepas kematian
Kategori Warga Emas :
(Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021)
Warganegara Malaysia; DANBerumur 60 tahun dan ke atas; DANMasih hidup; ATAUTelah meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DANLahir di Negeri Selangor ATAU Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU**Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DANSedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja); DANPengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
Kategori OKU :
(Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021)
Warganegara Malaysia; DANMasih hidup; ATAUTelah meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DANTiada had umur bagi yang lahir di Negeri Selangor ATAU Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU**Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DANSedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja); DANPengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
NOTA: Pengundi bagi kategori OKU hanya tertakluk kepada yang layak mengundi iaitu berumur 21 tahun dan ke atas sahaja.
Cara Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE 2022)
Permohonan SMUE boleh dibuat secara manual ataupun atas talian di e-mesra.yawas.my.Bagi permohonan secara manual, pemohon boleh mendaftar di pejabat Pusat Khidmat DUN yang terdekat (dalam kawasan Negeri Selangor sahaja).Permohonan yang dibuat secara atas talian pula, pemohon perlu mencetak borang permohonan selepas selesai pendaftaran dibuatSetiap permohonan yang dibuat (manual atau atas talian) perlu melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dengan lengkap. (Rujuk maklumat di Senarai Dokumen Sokongan)Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak lengkap sekaligus melambatkan proses penerimaan manfaatPermohonan yang dibuat secara atas talian (online), boring dan dokumen sokongan hendaklah dihantar dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.Borang dan dokumen sokongan boleh dihantar di:Pusat Khidmat DUN berdekatan kawasan tempat tinggal; ATAU Pejabat YAWAS
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN SMUE 2022:
borangsmue2022Download
*Sila rujuk video di bawah untuk penerangan lanjut:
NOTA:
Permohonan atas talian boleh Klik Disini Permohonan secara manual perlu memuat turun borang dan hantar ke Pejabat YAWAS atau pusat Khidmat Masyarakat yang berhampiran. Borang permohonan boleh Muat Turun Disini Dokumen sokongan yang lengkap perlu dihantar bersama borang permohonan. Bagi permohonan atas talian borang permohonan perlu dicetak setelah mengisi maklumat permohonanPermohonan secara atas talian perlu mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh 14 hari setelah permohonan dibuatKegagalan menghantar dokumen yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak lengkap sekaligus melambatkan proses penerimaan manfaat
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Berikut merupakan senarai dokumen sokongan yang diperlukan mengikut kategori permohonan SEMASA HIDUP dan SELEPAS KEMATIAN:
NOTA PENTING:
Sekiranya hubungan pewaris yang didaftarkan bukan dalam kategori Senarai Keluarga Terdekat yang ditetapkan, maka pemohon/pewaris perlu melampirkan Surat Akuan Bersumpah yang disahkan oleh Pesuruhjaya SumpahNama pewaris yang dibenarkan untuk didaftarkan menjadi pewaris hanya tertakluk bagi dua (2) ahli SMUE sahaja. Sekiranya nama pewaris didapati telah didaftarkan di bawah skim ini melebihi daripada dua (2) nama ahli SMUE, maka pemohon perlu menyediakan nama pewaris yang lain
Baca juga : Permohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) Online 2022
Semakan Ahli & Kemaskini Permohonan
Jika anda pernah mendaftar atau pernah mendaftarkan ibu bapa di bawah skim ini, sila buat semakan terlebih dahulu dengan memasukkan nombor kad pengenalan melalui Sistem SMUE di SINI.
Sebarang pengemaskinian maklumat seperti nombor telefon, alamat, penukaran kawasan DUN, penukaran waris, maka ahli SMUE atau pewaris perlu mengisi Borang Kemaskini Maklumat yang boleh dimuatturun di laman web https://e-mesra.yawas.my atau pergi sahaja ke Pusat Khidmat DUN terdekat atau pejabat YAWAS.Jika terdapat keperluan munasabah untuk menukar nama pewaris yang baru, maka ahli SMUE/pewaris berdaftar hendaklah mengisi Borang Kemaskini Maklumat dan melampirkan dokumen yang diperlukan seperti berikut:Salinan kad pengenalan / sijil kematian pewaris lama.Salinan kad pengenalan ahli SMUE.Salinan kad pengenalan pewaris yang baru.Surat akaun sumpah / laporan polis (jika berkenaan seperti hubungan luar kekeluargaan /kematian / pewaris asal tidak dijumpai / lain-lain yang berkaitan).Lain-lain dokumen berkaitan jika perlu.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berhubung semakan status permohonan SMUE, sila layari laman sesawang http://e-mesra.yawas.my atau hubungi YAWAS Careline di talian 03-5481 8800.
E-mel :
[email protected]
Alamat: Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/skim-mesra-usia-emas-smue/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=skim-mesra-usia-emas-smue