Umno Mohon Semakan Kehakiman Jika Pindaan Perlembagaan Tak Lulus Kata Tok Mat


 
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, berkata tindakan melakukan semakan kehakiman bergantung kepada keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) terlebih dulu. (Gambar Facebook umno)PETALING JAYA: Semakan kehakiman akan dilakukan Umno sekiranya notis pindaan perlembagaan penangguhan pemilihan parti tidak diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM), kata timbalan presidennya, Mohamad Hasan.
Katanya, parti itu akan membuat semakan kehakiman dengan merayu kepada Kementerian Dalam Negeri.
Beliau berkata, bagaimanapun tindakan susulan itu bergantung kepada keputusan JPPM, yang diramal diterima pada awal Ogos.
“Kita tunggu sehingga awal Ogos, namun kita di peringkat parti sudah buat persiapan. Jika lulus (pindaan perlembagaan Umno), maka Alhamdulillah.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
“Jika tidak lulus sekali pun, jadual waktu mesyuarat peringkat cawangan dan bahagian sudah pun disusun, di mana mesyuarat cawangan akan berlangsung mulai Sept hingga Okt dan di peringkat bahagian pula sekitar Nov diikuti PAU (Perhimpunan Agung Umno) pada hujung Dis.
“Pada peringkat ini juga, jika ia lulus maka tidak perlu ada agenda pemilihan. Namun, jika tidak lulus, kita tidak boleh buat apa-apa kerana JPPM mempunyai kuasa penuh. Jika nak buat ‘judicial review’ (semakan kehakiman), kita kena rayu kepada menteri dalam negeri (Hamzah Zainuddin) terlebih dahulu,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pertemuan Bersama Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Perlis di Dewan Warisan, Kangar.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, berkata JPPM dijangka memberi keputusan terhadap notis pindaan perlembagaan Umno dalam tempoh kurang dari dua minggu lagi, iaitu awal Ogos.
Ia berdasarkan tujuh maklumat tambahan diberikan parti itu bagi melancarkan proses permohonan berkenaan.
Sementara itu, Mohamad yang juga timbalan pengerusi BN, berkata jika rayuan dilakukan sekali pun, pihaknya tidak boleh menunggu lama untuk melaksanakan pemilihan parti.
“Kalau tunggu lama nanti kita akan ‘tersepit’ kerana edah pegang jawatan dalam parti itu bertahan sehingga penghujung Dis dan jika terlalu lewat nanti, kita tak sempat untuk melakukan pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian dan ia akan menyusahkan kita nanti.
“Kita ikut proses di mana rayuan boleh dibuat kepada pihak menteri dan jika tak boleh juga hendak dapatkan lagi (keputusan JPPM), kita akan lakukan pemilihan di peringkat parti dan dalam masa yang sama membuat ‘judicial review’,” katanya.
Mengulas semakan kehakiman itu, beliau berkata ia penting kerana pihaknya ingin mengetahui sebab di sebalik kegagalan keputusan JPPM itu.
“Seandainya gagal keputusan itu, kita hendak tahu jugalah apa sebab boleh gagal kerana setiap kehendak seperti kehendak undang-undang, kehendak peraturan JPPM dan juga kehendak dalam parti kita sendiri sudah dipenuhi semuanya.
“Malah, setiausaha agung juga sudah berjumpa JPPM dan bertanyakan apa lagi permintaan diperlukan dan ia sudah pun selesai semuanya,” katanya.
Umno sebelum ini meluluskan pindaan perlembagaan parti yang membolehkan pemilihan diadakan tidak melebihi tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum, untuk memberi ruang kepada ahli fokus kepada gerak kerja pilihan raya.
Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada JPPM, pada 17 Mei. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/07/umno-mohon-semakan-kehakiman-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Lulus Usul Pindaan Perlembagaan Umno Hari Ini

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Lulus Usul Pindaan Perlembagaan Umno Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 349 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Pendaftaran Pertubuhan hari ini meluluskan usul pindaan Perlembagaan UMNO yang diputuskan parti itu sebelum ini Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kelulusan diberikan oleh ROS selepas menilai segala d...
Pindaan Perlembagaan Umno Harap Ros Beri Kelulusan

Pindaan Perlembagaan Umno Harap Ros Beri Kelulusan

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 359 hits
UMNO berharap tiada sebarang halangan bagi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan untuk meluluskan permohonan pindaan perlembagaannya Menurut Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan parti itu yakin telah melaksanakan pindaan itu mengikut prosed...
Umno Harap Tiada Halangan Ros Lulus Pindaan

Umno Harap Tiada Halangan Ros Lulus Pindaan

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 310 hits
Umno harap tiada halangan ROS lulus pindaan nbsp Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Jul 2022 10 34PM
Jika Ros Tak Lulus Umno Akan Jalankan Pemilihan Mengikut Jadual Mat Hasan

Jika Ros Tak Lulus Umno Akan Jalankan Pemilihan Mengikut Jadual Mat Hasan

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 351 hits
agendaily com15 07 2022Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan UMNO akan mematuhi arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan sekiranya diputuskan perlu mengadakan pemilihan parti pada hujung tahun ini kata Datuk Seri Mohamad Hasan Timbal...
Jangan Ingat Dap P Pinang Tak Boleh Ditenggelam Kata Tok Mat

Jangan Ingat Dap P Pinang Tak Boleh Ditenggelam Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 229 hits
freemalaysiatoday com July 24 2022 11 18 PMAhli Barisan Nasional pada pelancaran jentera parti itu di Tasek Gelugor Pulau Pinang TASEK GELUGOR Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Mohamad Hasan menuntut gabungan itu bersatu jika berhasrat me...
Bersatu Associates Demand Tok Mat S Apology Over Big Kavadi Remark

Bersatu Associates Demand Tok Mat S Apology Over Big Kavadi Remark

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 308 hits
Bersatu s associate member wing has demanded an apology from Umno deputy president Mohamad Hasan for allegedly insulting Hindus In a statement wing information chief S Gobi Krishnan said Mohamad had referred to kavadi in an insulting manner...
Tok Mat Makin Mantap

Tok Mat Makin Mantap

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 338 hits
Najib kena masuk jail dulu sebelum boleh diusahakan pengampunan diraja REALITI berani logik dan berkata benar MA63 sekali lagi tok mat cadangkan kaji semula sudah tentu ia ada kebenaran dam kebaikan Ditentang dikritik perkara biasa tokmat k...
Tahukah Anda Operasi Memburu Datuk Bahaman Mat Kilau Tok Gajah Berlangsung Dari 1895 Hingga 1896

Tahukah Anda Operasi Memburu Datuk Bahaman Mat Kilau Tok Gajah Berlangsung Dari 1895 Hingga 1896

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 299 hits
TAHUKAH ANDA Operasi Memburu Datuk Bahaman Mat Kilau Tok Gajah berlangsung dari 1895 hingga 1896 Pegawai Penjajah British dengan restu pihak istana iaitu Hugh Clifford ditugaskan untuk memburu mereka Misi bermula dari Pahang merentasi Teren...
Tok Mat Tak Patut Sebut Ma63 Baharu Abang Jo Enggan Lihat Penubuhan Malaysia Dipersoal

Tok Mat Tak Patut Sebut Ma63 Baharu Abang Jo Enggan Lihat Penubuhan Malaysia Dipersoal

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 269 hits
Premier Sarawak Abang Johari Openg tidak bersetuju dengan cadangan dibuat Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Mohamad Hasan berhubung Perjanjian Malaysia baharu PETALING JAYA Premier Sarawak Abang Johari Openg menyifatkan kenyataan Timbalan...
Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Seramai 2 603 Orang Mangsa Daripada 8 104 Keluarga Berada Di 68 Pusat Pemindahan Sementara Di Pahang Setakat Pagi Ini

Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

T10c10 Kenapa Tunggang Motosikal

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Kenapa Tangan Kita Tiba Tiba Terjadi Lebam Tanpa Sebab

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

5 Kesilapan Biasa Orang Baru Dalam Dunia Kripto