E Pengambilan Pdrm Permohonan Polis Semakan Panggilan
e-PENGAMBILAN PDRM : CARA PERMOHONAN POLIS, SEMAKAN UJIAN SPIER & PANGGILAN TERKINI 2022
Untuk makluman sahabat-sahabat semua, sekiranya anak-anak / saudara-mara / rakan-rakan / kenalan rapat, mungkin ramai yang berminat untuk menyertai pasukan Polis, tetapi tak tahu bagaimana cara membuat permohonan jawatan di PDRM.
Permohonan jawatan biasanya boleh dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang terkini yang telah disediakan oleh pihak PDRM iaitu E-Pengambilan PDRM pada tarikh yang ditawarkan jawatan.
Bagi pengguna pertama kali membuat permohonan melalui laman sesawang E-Pengambilan PDRM anda hendaklah mendaftar sebagai pengguna baru dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
Sila pastikan alamat email anda berfungsi dengan baik bagi memastikan tidak berlaku sebarang masalah.
NOTA: TIADA KEKOSONGAN JAWATAN YANG DITAWARKAN BUAT MASA INI
Baca juga: mySikap JPJ: Panduan Pendaftaran Online & Login Kali Pertama
Lebih 11,000 perjawatan dalam PDRM setakat 31 Januari 2022 – Sumber berita : BERNAMA, 18 Mac 2022 (https://bernama.com/bm/news.php?id=2063106)
Rujuk penerangan lanjut dan cara pendaftaran di bawah:
Apakah e-Pengambilan PDRM?
ePengambilan PDRM ialah Sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik.
Melalui laman web ini juga, pemohon boleh membuat semakan status panggilan pada tarikh yang dimaklumkan dengan cepat dan mudah.
Proses pengambilan PDRM akan dibuka pada SETIAP TAHUN.
Pemohon yang berkelayakan boleh membuat semakan di laman web ePengambilan PDRM.
Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran online bagi jawatan Polis menerusi laman web https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.
Klik pada butang untuk membuat pendaftaran.Isikan maklumat pengguna dan klik pada butang Serah.Tunggu dan semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula laman e-Pengambilan klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] untuk tujuan pengaktifan akaun.Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan [Lupa Kata Laluan].Sekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan baru, klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan].
Semakan Jawatan
Jika terdapat kekosongan jawatan ditawarkan, anda boleh membuat semakan pada Skim Jawatan berkenaan.
Rujuk cara membuat semakan di bawah:
Klik pada tab Skim Jawatan untuk menyemak syarat-syarat
kelayakan memohon.Sekiranya anda berminat, klik pada tab Iklan untuk menyemakJawatan yang di buka untuk pendaftaran.Dalam tab Iklan, warna hijau adalah Jawatan yang di buka untuk pendaftaran, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka.Klik pada ikon tersebut untuk keterangan.
Log Masuk e-Pengambilan PDRM & Cara Mengisi Borang
Isikan ID Pengguna dan Kata Laluan dan Klik pada butang Log
Masuk.Klik pada menu Maklumat Peribadi, maklumat data peribadi dengan * adalah input wajib. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.Dalam tab Keluarga, maklumat ibu-bapa adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.Dalam tab Akademik, maklumat SPM dan PT3/PMR adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.Dalam tab Ko-Kurikulum, sekurang-kurangnya satu Ko-Kurikulum adalah wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
Baca juga:
Permohonan Biasiswa Endowment UiTM 2022eStart: Bantuan Kredit eWallet RM150 Untuk Belia (e-Start)
Cara Permohonan Jawatan Polis Melalui e-Pengambilan PDRM
Klik pada menu Permohonan Polis > Permohonan Baru.Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan.Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.Dalam tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.
Bagi yang pernah membuat permohonan, berikut dikongsikan cara membuat semakan status.
Cara Semakan Status Permohonan
Calon dikehendaki untuk ‘Log Masuk’ dan klik di ‘Semak Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.
Pergi ke pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspxMasukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.Status Pengambilan akan dipaparkan.Sila cetak surat panggilan tersebut.
Semakan Keputusan Ujian SPiER – PDRM & Panggilan Temu Duga Lisan
Pengumuman : Semakan Status Panggilan Eksesais Temu Duga Lisan Bagi Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/ Wanita) Awam bermula 8 Ogos hingga 22 September 2022.
Semua calon yang telah menduduki Ujian SPiER-PDRM pada tahun 2022 dikehendaki ‘Log Masuk’ di Sistem e-Pengambilan PDRM untuk membuat semakan.
Calon dikehendaki untuk ‘Log Masuk’ dan Klik di ‘Semakan Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan Temu Duga Lisan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.
Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Temu Duga Lisan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351
Semak Status Panggilan Melalui e-Pengambilan PDRM
Jika anda ingin menyemak status permohonan, klik pada menu Semak Status Permohonan.
Pergi ke pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspxMasukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.Status Pengambilan akan dipaparkan.Sila cetak surat panggilan tersebut.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348 / 8350 / 8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.
Untuk maklumat lanjut dan iklan jawatan terkini, sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/e-pengambilan-pdrm/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=e-pengambilan-pdrm