Skhkm Lihat Sektor Lain Juga Untuk Stabilkan Harga Barang Utusan Malaysia 11 02 2022


 

PETALING JAYA: Kerajaan mengambil langkah tepat memberikan subsidi harga ayam dan telur kepada penternak kerana inisiatif berkenaan dapat menstabilkan harga barang keperluan itu di pasaran ketika ini.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, pihaknya mengalu-alukan dan berterima kasih kepada kerajaan kerana peka dengan keadaan semasa.
“Langkah ini menunjukkan kerajaan memberikan respon terhadap isu kenaikan harga dan saya juga berharap kerajaan dapat melihat juga kepada sektor-sektor lain bagi menstabilkan harga barangan di pasaran.
“Saya percaya kerajaan telah melakukan siasatan yang terperinci sebelum mengambil sebarang keputusan, ia pastinya mencermin kepada kerugian dalam ekosistem yang terlibat,” katanya ketika dihubungi semalam.
Kelmarin, Kabinet bersetuju memberi subsidi harga ayam dan telur ayam kepada penternak sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) membabitkan peruntukan sebanyak RM528.52 juta.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dilaporkan berkata, penternak akan menerima subsidi 60 sen sekilogram bagi ayam hidup dan ayam bulat serta 5 sen bagi sebiji telur ayam tanpa mengira kategori.
Menurut Jacob, beliau juga percaya keputusan kerajaan memperkenalkan subsidi itu bukan bermotifkan politik dan berharap subsidi juga dapat diperkenalkan kepada barangan lain untuk menjamin sumber makanan negara dan pengguna amnya.
“CASSA telah turun padang dan mendengar pelbagai rintihan daripada pengguna dan juga pembekal makanan itu sendiri. Ketika ini, banyak tekanan daripada pelbagai aspek, jadi, semua perlu dibantu untuk meneruskan kelangsungan,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, inisiatif kerajaan itu amat bagus buat masa ini untuk menampung beban pengguna yang berdepan kenaikan kos sara hidup.
“Untuk jangka pendek perkara itu bagus menstabilkan harga barang kerana dapat membantu pengguna. Tetapi, selepas ini saya harap kerajaan dapat mencari alternatif lain kerana langkah berkenaan turut memberikan kesan dan menyebabkan kerajaan membelanjakan ratusan juta.
“Kita siasat, cari punca kenapa kenaikan itu berlaku dan di peringkat mana yang ambil kesempatan. Kenaikan harga juga memberi tekanan kepada ekonomi negara sekarang seolah-olah seperti ada agenda tertentu,” katanya. 
Artikel oleh: Utusan Malaysia
SKHKM: LIHAT SEKTOR LAIN JUGA UNTUK STABILKAN HARGA BARANG

https://www.utusan.com.my/berita/2022/02/skhkm-lihat-sektor-lain-juga-untuk-stabilkan-harga-barang/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/02/skhkm-lihat-sektor-lain-juga-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cabaran Usahawan Tahun 2022 Berdepan Dengan Kenaikan Harga Barang

Cabaran Usahawan Tahun 2022 Berdepan Dengan Kenaikan Harga Barang

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 358 hits
Cabaran Usahawan Tahun 2022 Berdepan Dengan Kenaikan Harga Barang Salam semua rasanya korang dah tahu apa isu hangat sekarang ni kan Tak lain tak bukan isu kenaikan harga barang Sis yang selalu follow berita ni rasa risau pulak dengan kenai...
Stabilkan Bekalan Ayam Elak Harga Naik Ppim Harian Metro 07 02 2022

Stabilkan Bekalan Ayam Elak Harga Naik Ppim Harian Metro 07 02 2022

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 334 hits
Kuala Lumpur Kekurangan bekalan ayam segar menyebabkan harga di pasaran meningkat dan membebankan pengguna kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan Nadzim berkata isu kenaikan harga ayam di pasaran kebelakanga...
Halang Kenaikan Harga Barang Disebabkan Kenaikan Tarif Letrik Sektor Bukan Domestik

Halang Kenaikan Harga Barang Disebabkan Kenaikan Tarif Letrik Sektor Bukan Domestik

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 268 hits
Oleh Nurul Aishah WALAUPUN kenaikan harga barang berlaku diseluruh dunia namun sebagai kerajaan yang bertanggungjawab maka kita perlu fikirkan cara terbaik untuk mengekang kenaikan harga barang atau sekurang kurangnya memperlahankan kenaika...
Lanjut Moratorium Elak Risiko Muflis Utusan Malaysia 05 02 2022

Lanjut Moratorium Elak Risiko Muflis Utusan Malaysia 05 02 2022

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 350 hits
PETALING JAYA Selepas moratorium kali kedua tamat hujung bulan lepas kerajaan diminta melanjutkan lagi tempoh moratorium enam bulan kepada semua peminjam individu terutamanya golongan B40 bagi mengelak risiko terjerumus muflis Pensyarah Kan...
Jadual Pertandingan Atlet Malaysia Di Olimpik Beijing 2022

Jadual Pertandingan Atlet Malaysia Di Olimpik Beijing 2022

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 1049 hits
Selepas sukan kemudian Paralimpik Tokyo 2020 dan kini sudah tiba pula satu lagi acara sukan berpestij tinggi iaitu Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 2022 Winter Olympics atau juga dikenali sebagai Beijing 2022 merupakan sebuah acara sukan ya...
10 Negara Paling Selamat Di Dunia 2021 2022 Malaysia Tidak Ketinggalan

10 Negara Paling Selamat Di Dunia 2021 2022 Malaysia Tidak Ketinggalan

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 477 hits
Indeks Keamanan Global telah menyenaraikan negara paling selamat di dunia Laporan ini diterbitkan setiap tahun oleh Institut Ekonomi dan Keamanan sebuah organisasi bebas bukan partisan yang berfokus kepada keamanan dunia sebagai ukuran kese...
11 000 Frozen Accounts Saga The Mother Of Cimb S Technical Glitches Focus Malaysia 08 02 2022

11 000 Frozen Accounts Saga The Mother Of Cimb S Technical Glitches Focus Malaysia 08 02 2022

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 478 hits
CIMB BANK Bhd must be more proactive to look into ways and means to swiftly resolve the tendency of technical glitches of sorts plaguing both its online and physical banking platforms As recent as Jan 27 the bank said CIMB users would not b...
Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Badminton Asia Team Championships 2022

Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Badminton Asia Team Championships 2022

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 310 hits
Badminton Asia telah mengesahkan sebelum ini dimana Badminton Asia Team Championships 2022 akan diadakan di Setia City Convention Centre Shah Alam Selangor Malaysia bermula 15 hingga 20 Februari 2022 BACA Kejohanan ini juga merupakan edisi ...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story

Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami

Don T Conflate Rm17b Federal Spending With Sabah S 40pct Share Lawyer