Terence Gomez Letak Jawatan Panel Sprm Dakwa Dakwaan Babit Pegawai Tinggi Tak Dibincangkan


PETALING JAYA: Ahli ekonomi, Edmund Terence Gomez, meletak jawatan sebagai ahli panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan-laporan yang membabitkan pegawai-pegawai tinggi SPRM.

Gomez dalam surat letak jawatannya berkata timbul persoalan berhubung “hubungan antara perniagaan dan pihak penguatkuasa”, dan situasi “konflik kepentingan” membabitkan pegawai tinggi SPRM dan dakwaan bahawa pegawai itu memiliki saham.

Gomez juga berkata bekas pegawai tinggi SPRM didakwa terbabit dalam situasi konflik kepentingan, sekaligus mencadangkan “ada suatu trend di institusi itu (SPRM) yang mesti disiasat segera”.

Gomez berkata beliau sudah tiga kali menulis kepada Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Borhan Dolah, menggesa panel membincangkan perkara itu.

FMT sedang mendapatkan respons Borhan.

Beliau juga tiga kali menulis kepada Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Abu Zahar Ujang, menyarankan perkara itu dibincangkan di lembaganya.

Gomez ketika dihubungi memaklumkan surat perletakan jawatan sudah diserahkan kepada Borhan.

Salinan surat turut diserahkan kepada media kerana beliau khuatir panel perundungan dan lembaga penasihat tidak bertindak ke atas dakwaan yang mengaitkan pegawai tinggi SPRM terbabit, katanya.

Gomez menamakan pegawai terbabit dalam suratnya bagi melindungi integriti SPRM.

Gomez berkata beliau mula sedari tentang dakwaan terhadap pegawai tinggi SPRM itu dalam artikel yang disiarkan di satu laman sesawang, dan menulis kepada Borhan tentang artikel berkenaan.

“Saya tekankan bahawa maklumat yang saya terima itu amat membimbangkan kerana ia berdasarkan penyelidikan yang ekstensif. Penulis laporan itu turut menamakan dirinya, menunjukkan panel boleh menghubunginya untuk membincangkan perkara itu,” katanya.

Gomez dukacita lembaga penasihat tidak membincangkan perkara itu meskipun isu itu timbul di Parlimen pada 14 Dis, dan mendapat liputan meluas.

Beliau menambah pegawai tinggi SPRM terbabit belum membuat sebarang kenyataan terbuka atau menjawab kenyataan wakil rakyat berhubung dakwaan-dakwaan itu.

Gomez beritahu FMT beliau sedang mendorong panel untuk respons kepada isu berbangkit.

“Surat itu dihantar kepada media untuk menguar-uarkan kengganan untuk bertindak ke atas isu penting ini.

“Media harus bantu laporkan perkara ini sehingga siasatan bebas dilakukan. Perdana Menteri juga harus bertindak bagi melindungi integriti SPRM,” katanya.

Beberapa Ahli Parlimen PKR pada 14 Dis menarik perhatian Dewan Rakyat kepada dakwaan membabitkan seorang pegawai tinggi SPRM. Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivara Rasiah, menyeru pihak berkuasa menjalankan siasatan bebas terhadap pegawai berkenaan.

Gomez dilantik ke panel itu bagi tempoh dua tahun bermula 1 Jun 2020, dan sepatutnya tamat pada 31 Mei tahun depan. - freemalaysiatoday.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/12/terence-gomez-letak-jawatan-panel-sprm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Panel Sprm Letak Jawatan Dakwa Tiada Tindakan Isu Libatkan Azam Baki

Ahli Panel Sprm Letak Jawatan Dakwa Tiada Tindakan Isu Libatkan Azam Baki

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 385 hits
Ahli ekonomi Edmund Terence Gomez meletakkan jawatan sebagai ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Gomez mendakwa ia selepas panel tersebut gagal bertindak terhadap dakwaan pemilikan kira kira d...
Nasi Tidak Boleh Jadi Bubur Puad Mahu Pm Bertindak Segera Susulan Ahli Panel Sprm Letak Jawatan

Nasi Tidak Boleh Jadi Bubur Puad Mahu Pm Bertindak Segera Susulan Ahli Panel Sprm Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 212 hits
December 28 2021 Puad Zarkashi berkata kalau semua pihak mendiamkan diri dan tidak berani membincangkan dakwaan Edmund Terence Gomez maka siapa lagi yang patut bertindak kalau bukan Perdana Menteri PETALING JAYA Perdana Menteri perlu berani...
Peletakan Jawatan Terence Gomez Memperlihat Masalah Yang Mengakar Di Sprm

Peletakan Jawatan Terence Gomez Memperlihat Masalah Yang Mengakar Di Sprm

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 195 hits
Aliran memuji tindakan berani dan berprinsip oleh Dr Edmund Terence Gomez yang meletak jawatan selaku panel konsultasi dan pencegahan rasuah di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Beliau meletak jawatan selepas merasakan ahli panel lamba...
Tan Cheng Hoe Letak Jawatan Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Tan Cheng Hoe Letak Jawatan Ketua Jurulatih Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 211 hits
Tan Cheng Hoe letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe telah meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan menurut Persatuan Bolasepak Malaysia Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berka...
Kau Letak Lah Jawatan Dahulu Baru Lah Tahu Apa Solusinya

Kau Letak Lah Jawatan Dahulu Baru Lah Tahu Apa Solusinya

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 283 hits
Menteri Tugas Tugas Khas Dr Latif Ahmad yang bertanggungjawab kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA dilaporkan berkata beliau tidak ada masalah untuk meletakkan jawatan susulan kritikan terhadap kegagalannya dalam menguruskan h...
Setelah Umum Letak Jawatan Jay Park Ambil Keputusan Untuk Bersara

Setelah Umum Letak Jawatan Jay Park Ambil Keputusan Untuk Bersara

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 260 hits
Jay Park telah menutup akaun Instagramnya ARTIKEL BERKAITAN Pada 31 Disember 2021 Jay Park telah membuat kenyataan kepada peminat di Instagramnya mengumumkan bahawa dia telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di agensi AOMG...
Ada Ke Yang Letak Jawatan Ketika Kerajaan Gagal

Ada Ke Yang Letak Jawatan Ketika Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 330 hits
Yang sudah jadi banduan pun Tak terfikir nak letak jawatan apa lagi yang rasa masih suci Ada lagi yang terfikir kalau dia letak jawatan kabinet Tak boleh berfungsi tanpanya Haprak ke hapak
Curi Duit Rm25 Juta Pegawai Kanan Sprm Ditahan Di Penjara Simpang Renggam

Curi Duit Rm25 Juta Pegawai Kanan Sprm Ditahan Di Penjara Simpang Renggam

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 380 hits
Polis menahan seorang daripada tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dikaitkan dengan kehilangan barang kes iaitu wang tunai berjumlah RM25 juta yang disita badan itu Timbalan Ketua Polis Negara Razarudin Husain ber...
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Aku Ayah Dan Muzik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Mengharap Pulangan Tinggi Bila Jual Nostalgia

Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet

Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya