Skandal Lcs Rm6 Bilion Duit Rakyat Hilang Begitu Sahaja




Skandal LCS: RM6 bilion duit rakyat hilang begitu sahaja?Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: August 09, 2022
ShareSkandal pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua – Littoral Combatant Ship (LCS) sebagaimana didedahkan dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 4 Ogos lalu didakwa satu ‘rompakan di siang hari’ ke atas wang rakyat.
Menurut Timbalan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVTTBM), Kapten (B) Mohd Yahya, skandal tersebut telah mendedahkan bagaimana ahli politik pemerintah menganggap isu keselamatan negara seolah olah boleh dikompromi apabila kapal peronda yang ditempah tidak disiapkan pada waktu ditetapkan.
“Saya study sedikit berkenaan LCS ini, di mana rumusannya kita dapat lihat sistem pertahanan negara dijadikan satu bahan mainan. Ini satu benda yang amat bahaya kepada negara kita.
“Mereka (pemimpin) mungkin tidak merasakan bagaimana kami unit infantri yang bergadai nyawa di dalam hutan sewaktu kita lawan pengganas komunis sampai tahun 1989, sehinggalah komunis menyerah.
“Mereka (sekarang) sewenang wenang menggunakan dana berbilion duit rakyat, difaraid sesama mereka. Kita dengar teknikalnya, kalau kita tengok surat bantahan dari Laksamana (TLDM) Tan Sri Abdul Aziz sendiri menolak model Gowind yang dicadangkan.
“Sedangkan pengguna akhir, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) nak sebuah kapal tempur. Asalnya model Sigma adalah sebuah kapal tempur. Manakala Gowind kapal peronda.
“Keperluan kita pada waktu itu (dicadangkan) adalah sebuah kapal tempur,” katanya dalam bualbicara maya bertajuk “Skandal Kapal Tempur Pesisir LCS & LTAT”, malam tadi.
Menurut Kapten (B) Mohd Yahya lagi, skandal terbaharu ini juga kembali meningatkan rakyat kepada skandal pembelian kapal selam scorpene sebelum ini yang melibatkan komisen RM500 juta dan mengobankan nyawa seorang model Mongolia Altantuya Shariibuu.
Namun skandal kali ini, katanya dapat dibongkar sehingga ke akar umbi kerana kerajaan bertukar pada 2018.
Menurut beliau, satu jawatankuasa siasatan khas dibentuk oleh Kementerian Pertahanan ketika Pakatan Harapan memerintah. Manakala PAC yang diterajui oleh Ahli Parlimen DAP pula mengambil alih siasatan itu apabila kerajaan PH tumbang pada 2020 lalu.
“Bila kerajaan digantikan pada 2018, ditubuhkan Jawatankausa Khas Siasatan Tadbir Urus Perolehan Kerajaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang dan (selanjutnya) didedahkan secara rasmi kepada PAC.
“Ini bukan sembang kedai kopi atau di kaki lima. PAC buat siasatan panggil Hishamuddin, Zahid, bentangkan (hasil siasatan),” katanya.
Namun Mohd Yahya kecewa melihat cara pengurusan skandal tersebut oleh kerajaan BN – PN yang seolah olah tolak menolak dan tidak mengakui kesalahan pemimpin mereka sedekad lalu.
Selain itu, kapal LCS katanya amat diperlukan oleh pihak TLDM memandangkan negara jiran seperti Indonesia telah mengoperasikan kelas itu dengan banyaknya.
“Kalau kita tengok kapal sama, LCS Sigma ini digunakan secara meluas di Indonesia dan Maghribi. Itu sebab TLDM memohon kemudahan ketenteraan yang setara di rantau ini kerana negara kita di kelilingi perairan. Sampai masanya kita miliki kapal begini.
“Malangnya kita bayar RM6 bilion, jumlah yang besar. Kalau tidak dibelanjakan untuk kapal ini, dibelanjakan untuk peralatan pertahanan lain, kita akan dapat perlatan yang canggih. Tetapi hari ini RM6 bilion itu kita tak nampak di mana duduknya LCS ini.
“Sedangkan kalau ikut kontrak pada tahun hadapan kesemua unit yang ditempah telah diserahkan kepada TLDM,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/skandal-lcs-rm6-bilion-duit-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skandal Lcs Sediakah Rakyat Lakukan Perubahan

Skandal Lcs Sediakah Rakyat Lakukan Perubahan

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 156 hits
Asalnya saya tak bercadang menulis lagi tentang isu ini kerana sudah terlalu ramai yang memberi komentar Media sosial pula telah bertali arus menyiarkannya Malah saya sudah bangkitkan isu ini sejak awal tahun lagi sebelum isu ini meletup in...
Skandal Kapal Tempur Malaysia Rm6 Bilion Lesap

Skandal Kapal Tempur Malaysia Rm6 Bilion Lesap

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 376 hits
Projek LCS atau Kapal Tempur Pesisir Malaysia adalah kontrak RM9 bilion untuk mendapatkan enam kapal bagi kegunaan tentera laut yang dimulakan pada 2011 tetapi setakat Ogos 2022 tiada kapal LCS telah disiapkan walaupun kerajaan Malaysia tel...
Najib Tak Boleh Cuci Tangan Skandal Lcs Kata Rafizi

Najib Tak Boleh Cuci Tangan Skandal Lcs Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 261 hits
August 8 2022 Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata Najib Razak satu satunya pemimpin politik yang berkuasa mempengaruhi penukaran reka bentuk kapal itu PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak tidak boleh cuci tangan dalam skan...
Ada Lagi Satu Skandal Besar Selepas Lcs Dedah Ketua Pemuda Pas

Ada Lagi Satu Skandal Besar Selepas Lcs Dedah Ketua Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 302 hits
agendaily com08 08 2022Ketua Pemuda PAS dan Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari Selepas pendedahan skandal enam kapal tempur pesisir bernilai RM9 bilion yang gagal disiapkan sehingga sekarang bakal terdapat satu lagi pendedahan yang akan...
Skandal Lcs Penghinaan Kepada Raja Raja Melayu Tindakan Tegas Wajib Dikenakan

Skandal Lcs Penghinaan Kepada Raja Raja Melayu Tindakan Tegas Wajib Dikenakan

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 187 hits
Skandal Kapal Tempur untuk Tentera Laut Malaysia kini bukan saja menjadi bahan jenaka untuk perlekehkan Malaysia bahkan menjadi satu penghinaan kepada institusi Raja raja Melayu Bahan jenaka kerana Malaysia berjaya membina kapal halimunan k...
Skandal Lcs Tldm Minta Kapal Perang Tapi Dapat Kapal Ronda

Skandal Lcs Tldm Minta Kapal Perang Tapi Dapat Kapal Ronda

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 328 hits
SHAH ALAM Timbalan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia Kapten Mohd Yahya menyifatkan penyelewengan berhubung projek kapal tempur pesisir pantai seolah olah mempermainkan sistem pertahanan dan keselamatan neg...
Skandal Lcs Ph Dah Tak Ada Isu Untuk Pru15 Najib Kata

Skandal Lcs Ph Dah Tak Ada Isu Untuk Pru15 Najib Kata

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 371 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak jijik cara Pakatan Harapan memainkan isu pembinaan Kapal Tempur Pesisir Tentera Laut Diraja Malaysia kerana tindakan mereka itu memberi kesan kepada keselamatan negara Bekas Perdana Menteri itu menyifatka...
Skandal Lcs Makin Panas Pm Perlu Tangguh Dulu Hasrat Nak Bubar Parlimen

Skandal Lcs Makin Panas Pm Perlu Tangguh Dulu Hasrat Nak Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 210 hits
Berikutan usul pindaan perlembagaan UMNO yang menetapkan pemilihan parti hendaklah diadakan selepas PRU15 dilangsungkan telah mendapat kelulusan RoS banyak pihak menjangkakan Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen pada tahun ini juga Ada...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah