Skandal Lcs Kelihatan Lcs1 Dan Lcs2 Yang Lain Mana



KUALA LUMPUR: Dua bekas anggota Kabinet ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) mendakwa kerajaan ketika itu tidak pernah membekukan projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini tergendala.
Sebaliknya, kedua-dua mereka mendakwa projek itu tergendala disebabkan akibat kekangan kewangan yang dialami Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).
Bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Timbalannya ketika itu, Liew Chin Tong melalui satu kenyataan bersama hari ini berkata, kerajaan PH juga cuba menyelamatkan projek LCS itu, malah sedia menyuntik dana tetapi kerajaan ketika itu dijatuhkan.
"Dalam 26 bulan ini sejak Langkah Sheraton, jawatan Menteri Pertahanan dipegang oleh UMNO, iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"Kalau ikut logik Najib (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak), kapal LCS patut dibina lebih cepat selepas Februari 2020, namun satu kapal pun tak siap lagi.
"Amat pelik sekali, kenapa status pembinaan yang diumumkan semalam lebih rendah berbanding dengan Oktober 2020?" katanya.
Melalui kenyataan sama, Mohamad dan Chin Tong meminta Hishamuddin supaya tidak berselindung atau menyembunyikan kebenaran bahawa projek LCS adalah projek sakit, sekali gus memberi jalan penyelesaian kepada persoalan yang timbul.
"Adakah projek LCS dimulakan untuk membiayai hutang lapuk BNS? Siapa yang bertanggungjawab ke atas pertukaran sistem dari Sigma ke Gowind? Daripada RM6.08 bilion yang diberikan kepada BNS, berapa telah disonglap dan hilang tanpa jejak?
"Bila reka bentuk terperinci dijadualkan selesai pada November 2016 boleh dimuktamadkan? Apakah jumlah dana suntikan untuk memulihkan projek LCS dan adakah BNS memerlukan RM7 bilion lagi selepas RM6.08 bilion telah disuntik?
"Dan Apakah jadual terbaharu serahan kapal oleh BNS kepada TLDM?" kata mereka menyenaraikan rentetan persoalan yang timbul dalam projek LCS itu.
Mereka juga mendakwa, kelengkapan dan peralatan LCS berdasarkan reka bentuk terperinci adalah jauh lebih penting, berbanding menunjukkan kewujudan 'hull' atau badan kapal.
"Seperti pernah kami terangkan, kelengkapan dan peralatan kapal berdasarkan reka bentuk terperinci adalah jauh lebih penting daripada badan kapal. Reka bentuk belum siap lagi.
"Peralatan belum dapat dipasang lagi. Projek LCS tidak dapat diteruskan tanpa detailed design (reka bentuk terperinci) dan sebarang status siap kerja yang lain adalah tidak bermakna," katanya.
Dakwa mereka lagi, tindakan Kementerian Pertahanan membawa wakil media ke Lumut, Perak adalah niat untuk meyakinkan rakyat bahawa kapal LCS memang wujud dan projek ini masih berlangsung.
"Menurut rakan-rakan dari pihak media, lawatan semalam seperti 'tikus baiki labu'. Media dibawa ke 'hull' (badan kapal) LCS 1. Badan kapal LCS 2 hanya boleh dilihat dari jauh. Kapal-kapal yang lain tidak kelihatan.
"Hishammuddin cuba membuktikan bahawa kapal dan badan kapal memang wujud. Kenapa bawa media tengok badan kapal (yang sama sejak 2017)? Kan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman kata, badan kapal boleh dinampak dari jauh dalam perjalanan ke Pulau Pangkor," katanya lapor Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/08/skandal-lcs-kelihatan-lcs1-dan-lcs2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skandal Lcs Hishammuddin Tidak Terlintas Lari Daripada Mewarisi Dosa Orang Lain

Skandal Lcs Hishammuddin Tidak Terlintas Lari Daripada Mewarisi Dosa Orang Lain

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 242 hits
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tidak pernah terlintas di hatinya untuk lari daripada tanggungjawab menguruskan kontroversi kes perolehan Kapal Tempur Pesisir Gambar BERNAMAKUALA LUMPUR Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hisham...
Skandal Lcs Benarkah Yang Didakwa Itu Hanya Ikan Bilis

Skandal Lcs Benarkah Yang Didakwa Itu Hanya Ikan Bilis

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 270 hits
SHAH ALAM Pendedahan skandal projek perolehan kapal tempur pesisir yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Kira kira Wang Negara baru baru ini telah membongkar penyelewengan yang berlaku pada projek runding terus itu Naib Presiden PKR Nik Nazmi...
Skandal Lcs Najib Bohong Mat Sabu Kata

Skandal Lcs Najib Bohong Mat Sabu Kata

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 289 hits
Kata Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bila terdapat pihak cuba menunding jari terhadapnya berkaitan kegagalan projek itu menyiapkan LCS sambil mempersoalkan sikap pemimpin Pakatan Harapan berkaitan pembinaan kapal tempur pesisir...
Skandal Lcs Rm6 Bilion Duit Rakyat Hilang Begitu Sahaja

Skandal Lcs Rm6 Bilion Duit Rakyat Hilang Begitu Sahaja

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 161 hits
Skandal LCS RM6 bilion duit rakyat hilang begitu sahaja Posted By on August 09 2022Skandal pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua Littoral Combatant Ship sebagaimana didedahkan dalam laporan Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara pada 4 Ogos la...
Najib Zahid Dan Hisham Jelaskan Skandal Lcs Gesa Anwar

Najib Zahid Dan Hisham Jelaskan Skandal Lcs Gesa Anwar

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 217 hits
Skandal projek kapal tempur persisir tidak boleh ditutup dengan mudah sebaliknya pihak yang terlibat perlu tampil memberi penjelasan kata ketua pembangkang Anwar Ibrahim Anwar turut menggesa bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas mente...
Skandal Lcs Mat Maslan Kata Tak Rasa Umno Akan Kalah Dalam Pru 15

Skandal Lcs Mat Maslan Kata Tak Rasa Umno Akan Kalah Dalam Pru 15

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 352 hits
agendaily com11 08 2022Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan Walaupun nama beberapa pemimpin utama UMNO sekali lagi terpalit dalam skandal kapal tempur pesisir Datuk Seri Ahmad Maslan tidak merasakan ia akan dapat menumbangkan UMNO ...
Bagi Umno Pendedahan Skandal Lcs Dipertikai Kerana Pengerusi Pac Dari Dap

Bagi Umno Pendedahan Skandal Lcs Dipertikai Kerana Pengerusi Pac Dari Dap

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 206 hits
agendaily com12 08 2022Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan Skandal isu kapal tempur pesisir yang didedahkan dalam laporan Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara mengejutkan rakyat sudah RM6 bilion dibelanjakan tetapi tidak ada satu ka...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities