Skandal 1mdb 13 Dis Keputusan Lucut Hak Rm15 Juta Wang Umno Kedah


Kow Gah Chie 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 13 Disember untuk keputusan permohonan pihak pendakwaan bagi melucut hak ke atas wang berjumlah RM1,054,019.22 yang disita daripada Badan Perhubungan Umno Kedah

Dalam penghujahan oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdul Rashid Sulaiman di depan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazal, mahkamah diberitahu sebahagian daripada RM15 juta yang disalurkan ke akaun bank Umno Kedah oleh bekas perdana menteri Najib Razak beberapa tahun lalu adalah dari Tanore Finance Corporation.

Katanya, enam cek berjumlah RM15 juta itu diberikan kepada Umno Kedah antara April 2012 dan Jun 2013 adalah hasil daripada kegiatan haram.

Berikut ialah enam cek yang diterima Umno Kedah - RM1 juta (diterima pada 25 April 2012); RM1 juta (6 Jun 2012); RM2 juta (10 Jan 2013); RM5 juta (6 Mac 2013); RM5 juta (5 April 2013) dan RM1 juta (19 Jun 2013).

Abdul Rashid berkata sebahagian transaksi itu berlaku selepas Najib menerima RM2.08 bilion yang disalurkan ke akaun peribadinya daripada Tanore, antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013.

“Adalah tidak wajar untuk seorang perdana menteri menerima wang dalam jumlah yang begitu besar dalam akaun milik peribadi.

“Ia untuk tujuan politik, namun timbul persoalan di mana dapat wang itu (walaupun) tiada undang-undang yang menghalang responden daripada terima wang," katanya.

Abdul Rashid membangkitkan kesahan sumber dana daripada Najib ketika bekas perdana menteri itu sendiri berdepan dengan sejumlah dakwaan berhubung kes 1MDB-Tanore di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Activiti Haram 2001 (Amla).

Sementara itu, peguam yang mewakili Umno Kedah, G Nadaraja berhujah bahawa wang yang diberikan kepada anak guamnnya telah habis dibelanjakan pada 2014.

“Semua wang telah digunakan, tidak ada lagi baki. Pada 2017 dan 2018, Umno Kedah menerima sumbangan pihak luar berjumlah RM28.

“Tidak ada kaitan untuk pemohon mengaitkan baki wang dengan kegiatan haram," katanya.

Nazlan kemudian menetapkan 13 Disember untuk keputusan kes itu.

Terdahulu, Nazlan menolak permohonan Umno Kedah agar beliau menarik diri daripada mendengar saman pelucuthakan SPRM.

Nazlan yang turut mengendalikan kes SRC International Sdn. Bhd dan memutuskan agar Najib membela diri, berkata saman pelucuthakkan berkaitan 1MDB tidak ada kena-mengena dengan perbicaraan SRC.

“Saya dapati responden gagal menunjukkan risiko berpihak (untuk saya mendengar kes itu).

“Saya akan teruskan dengan perbicaraan (saman pelucuthakkan terhadap Umno Kedah),” katanya selepas mendengar penghujahan bantahan awal daripada Umno Kedah.

Nadaraja berkata wujud risiko berpihak yang nyata bagi Nazlan mendengar saman pelucuthakkan itu kerana beliau ada akses terhadpa dokumen dan bukti untuk kes SRC.

Umno Kedah merupakan antara 41 entiti yang dihadapkan saman pelucuthakan SPRM yang bertujuan mendapatkan semula RM270 juta yang dikatakan berasal daripada 1MDB.

Saman itu menyasarkan RM1,054,019.22 daripada Umno Kedah.

Turut hadir di mahkamah ialah Timbalan Pendakwa Raya SPRM Allan Suman Pillai dan peguam R Hanita, yang mewakili Kedah Umno.

SPRM sebelum ini berkata pihaknya telah memfailkan saman perlucuthakan sivil terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) berikutan SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank Najib.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/skandal-1mdb-13-dis-keputusan-lucut-hak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Kedah Under Mukhriz Mahathir Received Rm15 Million 1mdb Money Court Told

Umno Kedah Under Mukhriz Mahathir Received Rm15 Million 1mdb Money Court Told

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 666 hits
The High Court here was told today that former prime minister Datuk Seri Najib Razak had between April 25 2012 and June 19 2013 issued six cheques to Umno Kedah that amounted to RM15 million a portion of which is alleged to be linked to 1Ma...
Skandal 1mdb Hakim Tarik Diri Dengar Kes Lucut Harta Obyu Holdings

Skandal 1mdb Hakim Tarik Diri Dengar Kes Lucut Harta Obyu Holdings

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 356 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Permohonan kerajaan untuk melucut hak terhadap harta yang disita daripada premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd berjumlah RM680 juta akan didengar di hadapan hakim baharu Ini berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Col...
1mdb Wang Rm1 980 328 37 Yayasan Tun Hussein Onn Kini Hak Kerajaan

1mdb Wang Rm1 980 328 37 Yayasan Tun Hussein Onn Kini Hak Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 273 hits
Wang berjumlah RM1 980 328 37 yang dibekukan daripada akaun Yayasan Tun Hussein Onn yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad kini menjadi harta Kerajaan Malaysia Peguam Datuk Hariharan Tara Singh...
Benarkah Dari Rm31 Juta Wang Yayasan Akal Budi Tiada Satu Sen Dibelanjakan Untuk Tujuan Kebajikan

Benarkah Dari Rm31 Juta Wang Yayasan Akal Budi Tiada Satu Sen Dibelanjakan Untuk Tujuan Kebajikan

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 224 hits
oleh Ab Jalil Backer Dalam hujahan pembukaan kes media melaporkan Pendakwaraya berkata bahawa tidak ada satu sen dari RM31 juta di dalam Yayasan Akal Budi digunakan untuk tujuan membasmi kemiskinan Namun saksi pertama Pendakwa pada hari per...
1mdb Amerika Capai Penyelesaian Untuk Peroleh Semula Aset Bernilai Lebih Us 700 Juta

1mdb Amerika Capai Penyelesaian Untuk Peroleh Semula Aset Bernilai Lebih Us 700 Juta

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 351 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Keadilan Amerika Syarikat telah mencapai penyelesaian untuk mendapatkan semula aset bernilai lebih US 700 juta yang diperoleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan keluarganya menggunakan dana yang ...
Kerajaan Negeri Kedah Mengalami Kerugian Lebih Rm1 Juta Akibat Ketirisan Royalti

Kerajaan Negeri Kedah Mengalami Kerugian Lebih Rm1 Juta Akibat Ketirisan Royalti

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 357 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Jumlah Pampasan Skandal 1mdb Malaysia Desak Bayaran Lebih Tinggi

Jumlah Pampasan Skandal 1mdb Malaysia Desak Bayaran Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 233 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Rentasan Mingguan 044 Panas Tiga Bekas Menteri Umno Terlibat Dalam Skandal Land Swap

Rentasan Mingguan 044 Panas Tiga Bekas Menteri Umno Terlibat Dalam Skandal Land Swap

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 257 hits
MENARIK DALAM RENTASAN MINGGUAN 044 1 1MDB BODOH BUKAN BERITA PALSU 2 PAS KUCALANA GARA GARA BERJASA 3 SIKAP BERHUTANG DI MANA MARUAH MELAYU 4 JANGAN TANGKAP HANYA IKAN BILIS Layari Facebook kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Mala...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb