1mdb Wang Rm1 980 328 37 Yayasan Tun Hussein Onn Kini Hak Kerajaan


Wang berjumlah RM1,980,328.37 yang dibekukan daripada akaun Yayasan Tun Hussein Onn, yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kini menjadi harta Kerajaan Malaysia.
Peguam Datuk Hariharan Tara Singh yang mewakili yayasan itu memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh bahawa anak guamnya yang merupakan responden dalam permohonan itu bersetuju wang RM1,980,328.37 dilucutkan hak kepada Kerajaan Malaysia.
Loading… Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihaknya akan menarik balik permohonan lucut hak itu selepas SPRM memperoleh wang berkenaan daripada yayasan itu.
“Permohonan lucut hak itu difailkan pendakwaan terhadap yayasan tersebut mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001,” katanya pada sebutan kes itu hari ini.
Ahmad Shahrir membenarkan wang RM1,980,328.37 daripada akaun yayasan itu dilucutkan hak kepada Kerajaan Malaysia.
Dalam kes lain, Ahmad Shahrir juga membenarkan wang berjumlah RM121, 205 yang dibekukan daripada akaun Rayhar Travels Sdn Bhd dilucutkan hak kepada Kerajaan Malaysia.
Peguam Mat Yunus Sharif mewakili agensi itu memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya bersetuju wang tersebut dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia manakala Allan berkata pihaknya menarik balik permohonan lucut hak itu selepas SPRM memperoleh wang berkenaan.
Di Mahkamah Tinggi lain, Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan 26 Disember untuk pendengaran kes pelucutan hak wang berjumlah RM11.9 juta milik ahli perniagaan, Tan Sri Bustari Yusuf yang disita SPRM didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB.
Perkara itu dimaklumkan Allan selepas sebutan kes itu di dalam kamar Hakim Sequerah yang turut dihadiri peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin bertindak bagi pihak Bustari.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dalam sidang akhbarnya baru-baru ini berkata, permohonan perlucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Latheefa berkata, tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan yang suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/11/1mdb-wang-rm1980328-37-yayasan-tun-hussein-onn-kini-hak-kerajaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skandal 1mdb 13 Dis Keputusan Lucut Hak Rm15 Juta Wang Umno Kedah

Skandal 1mdb 13 Dis Keputusan Lucut Hak Rm15 Juta Wang Umno Kedah

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 290 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 13 Disember untuk keputusan permohonan pihak pendakwaan bagi melucut hak ke atas wang berjumlah RM1 054 019 22 yang disita daripada Badan Perhubungan Umno Kedah Dalam penghujahan oleh Timbala...
Wang Tidak Dituntut Kerajaan Lancar Portal

Wang Tidak Dituntut Kerajaan Lancar Portal

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 429 hits
Rakyat Malaysia dijangka dapat mengakses portal semakan dan permohonan Wang Tidak Dituntut selewat lewatnya pada suka pertama tahun hadapan Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah pada sesi penggulungan peri...
Kerajaan Negeri Kedah Mengalami Kerugian Lebih Rm1 Juta Akibat Ketirisan Royalti

Kerajaan Negeri Kedah Mengalami Kerugian Lebih Rm1 Juta Akibat Ketirisan Royalti

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 416 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Benarkah Dari Rm31 Juta Wang Yayasan Akal Budi Tiada Satu Sen Dibelanjakan Untuk Tujuan Kebajikan

Benarkah Dari Rm31 Juta Wang Yayasan Akal Budi Tiada Satu Sen Dibelanjakan Untuk Tujuan Kebajikan

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 299 hits
oleh Ab Jalil Backer Dalam hujahan pembukaan kes media melaporkan Pendakwaraya berkata bahawa tidak ada satu sen dari RM31 juta di dalam Yayasan Akal Budi digunakan untuk tujuan membasmi kemiskinan Namun saksi pertama Pendakwa pada hari per...
Skandal Rm1 4billion Yang Menggemparkan Sedang Berlaku Dalam Kerajaan Ph

Skandal Rm1 4billion Yang Menggemparkan Sedang Berlaku Dalam Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 300 hits
Skandal RM1 4 bilion yang menggemparkan sedang berlaku dalam kerajaan PH Hari ini saya mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2020 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Saya menggunakan ruang ini untuk ...
1mdb Has Issued Capital Of Rm1 Billion Ssm Assistant Registrar

1mdb Has Issued Capital Of Rm1 Billion Ssm Assistant Registrar

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 251 hits
KUALA LUMPUR The High Court here yesterday was informed that the 1Malaysia Development Berhad registered with the Companies Commission of Malaysia on Feb 27 2009 has an issued capital of RM1 billion SSM Assistant Registrar Muhamad Akmalud
Kerajaan Ph Berhadapan Masalah Komunikasi Untuk Beritahu Kejayaan Dicapai Tun Mahathir

Kerajaan Ph Berhadapan Masalah Komunikasi Untuk Beritahu Kejayaan Dicapai Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 354 hits
Astro Awani Jelas Perdana Menteri jika dibandingkan kejayaan yang berjaya dicapai kerajaan pimpinannya dalam tempoh hampir dua tahun ianya adalah satu pencapaian di luar jangkaan Foto Astro AWANI PETALING JAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathi...
Aris Ariwatan Penyanyi Favorite Dari Dulu Hingga Kini

Aris Ariwatan Penyanyi Favorite Dari Dulu Hingga Kini

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 675 hits
Aris Ariwatan Penyanyi Favorite Dari Dulu Hingga Kini Antara penyanyi yang cukup diminati kerana lagunya yang cukup menusuk ke jiwa bukan sebab kes frust bercinta tapi nyanyian dia tu yang payah nak describe perasaan sendiri bila dengar sua...
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Era Baharu Perbelanjaan Bijak Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga Dengan Kualiti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buat Tuntutan Palsu Amp Salah Guna Bon Pinjaman Bina Lebuh Raya Sprm Sita Aset Mewah Tan Sri Bernilai Rm32 Juta L

Pelawat Sitkom Santan Berlada Meninggal Dunia Khairul Azhar Ditemui Tak Sedarkan Diri Dalam Kereta

Family Day Out Coretan Buat Adik Aku Yang Dah Dapat Kerja

Parut Jerawat Cuba Rawatan Kulit Di Klinik Dr Bazilah

A Constitutional Blunder Or A Fictional Blunder

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang