1mdb Amerika Capai Penyelesaian Untuk Peroleh Semula Aset Bernilai Lebih Us 700 Juta


KUALA LUMPUR: Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat telah mencapai penyelesaian untuk mendapatkan semula aset bernilai lebih US$700 juta yang diperoleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, atau Jho Low, dan keluarganya menggunakan dana yang didakwa diseleweng daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam satu kenyataan, DoJ berkata aset itu terletak masing-masing di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Switzerland.

Dengan muktamadnya penyelesaian itu, bersekali dengan pelupusan kes pelucutan hak sebelum ini, Amerika Syarikat akan memperoleh semula atau membantu dalam pemerolehan aset bernilai lebih US$1 bilion yang mempunyai kaitan dengan skim pengubahan wang haram antarabangsa dan rasuah 1MDB, menurut kenyataan itu.


Kenyataan itu menyebut ini merupakan pemerolehan terbesar setakat ini di bawah Inisiatif Pemerolehan Aset Kleptokrasi jabatan berkenaan dan pelucutan hak sivil terbesar yang pernah diselesaikan oleh DoJ.

"Perjanjian penyelesaian ini mengakibatkan Low dan keluarganya terpaksa melepaskan beratus-ratus juta dolar yang diperoleh secara haram, yang sepatutnya digunakan bagi manfaat rakyat Malaysia," Penolong Peguam Negara Brian A. Benczkowski daripada Bahagian Jenayah Jabatan Keadilan itu dipetik sebagai berkata.

Benczkowski menegaskan ia memberi isyarat bahawa Amerika bukanlah tempat yang selamat bagi pelaburan yang diperoleh melalui rasuah.

Dalam kenyataan berasingan, Jho Low mengesahkan penyelesaian telahpun dicapai dengan kerajaan Amerika berhubung kes pelucutan hak sivil.


Menurutnya, ia "menyelesaikan sepenuhnya dan selama-lamanya setiap tindakan sivil, jenayah dan pentadbiran atau prosiding kerajaan Amerika berkaitan dengan aset defendan yang menjadi isu itu di Daerah Tengah California.

Jho Low, bagaimanapun, menegaskan perjanjian itu tidak sepatutnya dianggap sebagai pengakuan bersalah, liabiliti atau sebarang bentuk salah laku oleh beliau atau pemilik aset.

Dalam kenyataan DoJ itu, peguam Amerika Nicola T. Hanna daripada Daerah Tengah California menegaskan jumlah wang yang begitu besar diseleweng daripada 1MDB dengan kesannya ditanggung oleh rakyat Malaysia, dilaburkan secara haram melalui pembelian aset mewah di Amerika dan beberapa negara lain.

"Hasil daripada penyelesaian ini, seorang daripada lelaki yang didakwa berada di tengah-tengah skim besar-besaran ini akan kehilangan semua akses kepada beratus-ratus juta dolar," kata Hanna.

Sementara itu, Penolong Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Terry Wade berkata penyelesaian dengan Jho Low itu membuktikan komitmen berterusan FBI untuk membanteras habis-habisan penipuan dan sikap mementingkan diri individu yang berkonspirasi untuk memberi rasuah serta memindahkan secara haram dana kepunyaan rakyat Malaysia.

Kenyataan DoJ itu menyebut berdasarkan aduan pelucutan hak sivil, dari 2009 hingga 2015, lebih US$4.5 bilion dana kepunyaan 1MDB didakwa diseleweng oleh pegawai tertinggi 1MDB dan sekutu mereka, termasuk Jho Low, menerusi konspirasi jenayah membabitkan pengubahan wang haram antarabangsa dan rasuah.

Berdasarkan terma penyelesaian itu, Jho Low, anggota keluarganya dan FFP, sebuah entiti Kepulauan Cayman yang bertindak selaku pemegang amanah yang menyelia aset yang menjadi isu dalam tindakan pelucutan hak ini, bersetuju untuk melepaskan semua aset, tertakluk kepada penyelesaian aduan pelucutan hak, yang mana mereka mempunyai potensi kepentingan.

Aset yang tertakluk kepada perjanjian penyelesaian itu termasuk hartanah di kawasan mewah di Beverly Hills, New York dan London, sebuah butik mewah di Beverly Hills serta berpuluh-puluh juta dolar dalam bentuk pelaburan perniagaan yang didakwa dilakukan oleh Jho Low menggunakan dana yang boleh dikesan asalnya daripada wang 1MDB yang diseleweng. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2019/10/1mdb-amerika-capai-penyelesaian-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bernilai Lebih Rm 20 Juta Wanita Terkejut Lukisan Biasa Tersorok Didapur Rumahnya Milik Pelukis Agung Itali

Bernilai Lebih Rm 20 Juta Wanita Terkejut Lukisan Biasa Tersorok Didapur Rumahnya Milik Pelukis Agung Itali

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 418 hits
Karya Renaissance awal oleh pelukis Florentine Cimabue telah ditemui di antara bahagian dapur dan ruang tamu sebuah rumah milik seorang wanita di pinggir bandar utara Paris Lukisan itu yang dikenali sebagai Christ Mocked dianggarkan boleh d...
Hargai Pengorbanan Sumbangan Lebih Rm9 Juta

Hargai Pengorbanan Sumbangan Lebih Rm9 Juta

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 351 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Roket Helen Capai Ketinggian Lebih 38 Ribu Kaki Atasi Rekod 19 Tahun Uk

Roket Helen Capai Ketinggian Lebih 38 Ribu Kaki Atasi Rekod 19 Tahun Uk

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 294 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kerajaan Negeri Kedah Mengalami Kerugian Lebih Rm1 Juta Akibat Ketirisan Royalti

Kerajaan Negeri Kedah Mengalami Kerugian Lebih Rm1 Juta Akibat Ketirisan Royalti

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 484 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Doktor Jangkiti Lebih 900 Kanak Kanak Dengan Hiv Selepas Guna Semula Jarum Suntikan Yang Diambil Dari Tong Sampah

Doktor Jangkiti Lebih 900 Kanak Kanak Dengan Hiv Selepas Guna Semula Jarum Suntikan Yang Diambil Dari Tong Sampah

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 415 hits
28 Oktober lalu seorang pakar pediatrik di Pakistan didakwa menjangkitkan hampir 900 kanak kanak berusia 12 tahun dengan HIV kerana dia menyuntik mereka menggunakan jarum suntikan yang telah dibuang ke dalam tong sampah Dr Muzaffar Ghanghro...
500 Tahun Lebih Sebelum Colombus Datang Penduduk Asli Amerika Sudah Memeluk Islam

500 Tahun Lebih Sebelum Colombus Datang Penduduk Asli Amerika Sudah Memeluk Islam

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 815 hits
Klaim bahwa Colombus adalah penemu benua Amerika sudah sangat jelas merupakan pembodohan sejarah yang sangat luar biasa Colombus mendarat di benua Amerika pada 12 Oktober 1492 sedangkan beberapa fakta sejarah membuktikan bahwa jauh sebelum ...
Spotify Mempunyai 113 Juta Pelanggan Berbayar Dikatakan Menambah Pelanggan Baru Lebih Pantas Berbanding Apple Music

Spotify Mempunyai 113 Juta Pelanggan Berbayar Dikatakan Menambah Pelanggan Baru Lebih Pantas Berbanding Apple Music

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 408 hits
Spotify merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang popular dikalangan pengguna Selain hanya muzik semata mata ia juga turut memfokuskan kepada penawaran podcast menarik melaluinya Terbaru Spotify telah mengumumkan penyata kewan...
Bukit Asam Targetkan Jumlah Angkutan Batu Bara Capai 25 3 Juta Ton Di 2019

Bukit Asam Targetkan Jumlah Angkutan Batu Bara Capai 25 3 Juta Ton Di 2019

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 362 hits
Untuk proyek angkutan kereta api arah Tanjung Enim Tarahan sendiri direncanakan akan terselesaikan pada tahun 2019 dengan kapasitas 20 3 juta ton per tahun Kemudian untuk selanjutnya diharapkan bisa menjadi 25 juta ton per tahun pada tahun ...
Kud Kplb 2019 Capai Sasaran Jualan Rm40 Juta

Kud Kplb 2019 Capai Sasaran Jualan Rm40 Juta

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 349 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Balik Kampung Cuti Sekolah

Realiti Suami Curang Yang Ramai Tak Berani Buka

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju