Skandal 1mdb Hakim Tarik Diri Dengar Kes Lucut Harta Obyu Holdings


THE MALAYSIAN TIMES 

KUALA LUMPUR: Permohonan kerajaan untuk melucut hak terhadap harta yang disita daripada premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd berjumlah RM680 juta akan didengar di hadapan hakim baharu.

Ini berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah yang mendengar perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menarik diri daripada mendengar permohonan itu.

Perkara itu disahkan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes itu dalam kamar hakim hari ini.

“Yang Arif berpendapat adalah tidak sesuai bagi beliau untuk mendengar permohonan ini (lucut hak) kerana beliau sedang mendengar perbicaraan kes 1MDB yang sedang berlangsung.

“Yang Arif menetapkan tarikh 9 Dis untuk pengurusan kes di hadapan hakim lain bagi mendengar permohonan berkaitan Obyu Holdings dan lain-lain pihak ketiga dalam permohonan berkenaan iaitu UMNO dan Global Royalty Trading SAL,” katanya.

Obyu Holdings dimiliki Tan Sri Bustari Yusof, adik bekas menteri kerja raya, Datuk Seri Fadillah Yusof. Bustari adalah orang kepercayaan rapat Najib.

Dalam notis usul yang difailkan terhadap Obyu, kerajaan antaranya menyita sebanyak 11,991 unit barang kemas, jam tangan 401 utas dan 16 unit aksesori jam tangan, cermin mata 234 unit dan 306 beg tangan serta wang tunai berjumlah RM114,164,393.44 dalam pelbagai denominasi.

Sebahagian besar barangan mewah yang dirampas polis dilaporkan dari pangsapuri yang dimiliki oleh Obyu Holdings. Selain itu, sebuah hartanah di sebuah Daerah Kuala Lumpur turut disita pada 1 Nov 2018.

Muhammad Shukri turut memaklumkan permohonan oleh firma barang kemas Global Royalty Trading SAL yang memohon untuk menjadi pencelah dan memeriksa barangan kemas yang disita akan didengar di hadapan hakim lain pada tarikh sama.

“Setakat ini kami dimaklumkan pemeriksaan barangan kemas itu akan dilakukan oleh peguam mewakili Global Royalty, Datuk David Gurupatham, Datuk Seri Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor,” katanya.

Najib dan Rosmah yang merupakan pihak ketiga dalam permohonan itu masing-masing diwakili peguam Iskandar Shah Ibrahim dan Syahirah Hanapiah.

Permohonan lucut hak itu difailkan pendakwaan selaku pemohon terhadap Obyu yang dinamakan sebagai responden mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya berkata SPRM memfailkan permohonan tersebut terhadap 41 responden untuk mendapatkan semula kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB yang SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun Najib.—Bernama 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/skandal-1mdb-hakim-tarik-diri-dengar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Src Hakim Tetapkan 11 November Sama Ada Najib Bebas Atau Bela Diri

Kes Src Hakim Tetapkan 11 November Sama Ada Najib Bebas Atau Bela Diri

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 421 hits
23 Oktober 2019 Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan 11 November ini sebagai tarikh penentu kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sama ada dibebaskan atau dipanggil untuk membela diri Mohd Nazlan berkata d...
Perbicaraan Kes 1mdb Hakim Bagi Amaran Kepada Ds Najib

Perbicaraan Kes 1mdb Hakim Bagi Amaran Kepada Ds Najib

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 340 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kes Src Keputusan Najib Bela Diri Atau Bebas Pada 11 Nov

Kes Src Keputusan Najib Bela Diri Atau Bebas Pada 11 Nov

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 342 hits
Kes SRC Keputusan Najib bela diri atau bebas pada 11 Nov KES SRC NAJIB Bekas PM hadapi 7 pertuduhan salah guna kuasa rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta daripada bekas anak syarikat 1MDB
Hari 29 1mdb Minta Maklumat Petrosaudi Holdings Tak Layan

Hari 29 1mdb Minta Maklumat Petrosaudi Holdings Tak Layan

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 195 hits
LANGSUNG Selepas mengalami masalah mata bengkak pada 31 Okt lalu hari ini Najib Razak hadir di mahkamah untuk mengikuti perbicaraan kesnya di depan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah Bekas perdana menteri dan presid...
Kes 1mdb Ds Najib Beri Kebenaran Lupus Saham Usd 1bilion Saksi Utama

Kes 1mdb Ds Najib Beri Kebenaran Lupus Saham Usd 1bilion Saksi Utama

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 348 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Video Bila Dengar Lagu Sedih Dia Sedih Reaksi Ainul Mardhiah Tarik Perhatian Netizen

Video Bila Dengar Lagu Sedih Dia Sedih Reaksi Ainul Mardhiah Tarik Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 593 hits
Adik Ainul Mardhiah seorang anak kecil yang berjiwa besar Walaupun menghadapi ujian getir ketika masih bayi namun semangat juangnya yang tinggi sangat dikagumi ramai Suatu ketika dahulu ketika Ainul memerlukan rawatan dan hampir semua mendo...
Kes 1mdb Saksi Beritahu Bank Negara Tidak Dimaklumkan Lencongan Dana

Kes 1mdb Saksi Beritahu Bank Negara Tidak Dimaklumkan Lencongan Dana

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 305 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Ungku Ismail Siapa Cakap Saya Tarik Diri

Ungku Ismail Siapa Cakap Saya Tarik Diri

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 526 hits
Saya tidak pernah tarik diri atau menganggap nama ditolak apabila tidak dapat menjayakan video muzik lagu terbaru Erra Fazira Menangkah Cinta Sebaliknya ketiadaan saya disebabkan jadual kerja yang bercanggah demikian jelas pelakon Ungku Ism...
Perbicaraan Kes 1mdb Masuk Minggu Kesepuluh Masih Tertumpu Pada Saksi Utama

Perbicaraan Kes 1mdb Masuk Minggu Kesepuluh Masih Tertumpu Pada Saksi Utama

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 352 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025

Sabah Sarawak Parliamentary Seats Will Be Increased Says Anwar

Empat Kenderaan Terlibat Kemalangan Di Plaza Tol Bukit Kajang

Apabila Facebook Pro Dapat Kesan Copyright

Sarapan Untuk Kongsi Kong

How One Sensor Can Replace Dozens Of Cameras In Student Hotspots


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Berjemaah Di Warung Zara Binaong Keningau Sabah

Amazing Beef Rib Recipe Grill

Akob Patin House 2

Tapau Chicken Tenders Ahmad S Fried Chicken Taman Cendana Pasir Gudang

Pohon Cermai Di Tepi Jalan

Ceramah Hidup Ini Kena Ikut Netizen Ke Hadis