Situasi Terburuk Dua Bulan Lagi
Situasi terburuk dua bulan lagi . Rakyat perlu bersedia secara psikologi untuk berdepan dengan jumlah kes Covid-19 yang dijangka meningkat sehingga 24,000 kes sehari menjelang September nanti.
Ahli ekonomi, Nungsari Ahmad Radhi berkata, rakyat juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi dan membantu semampu yang boleh sekiranya badai Covid-19 terus melanda.
“Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang meramalkan Malaysia akan mencapai tahap kemuncak penularan Covid-19 pada pertengahan September dengan 24,000 kes positif sehari tidak boleh dipandang remeh.
“Kebimbangan penularan meluas Covid-19 tidak boleh lagi dielakkan dan peningkatan jumlah kes dianggarkan sehingga 25,000 kes pada September kelak pasti memberi kesan kepada psikologi rakyat,” ujar Nungsari kepada Sinar Harian.
Malaysia diramal mencapai tahap kemuncak penularan Covid-19 pada pertengahan September.
Beliau berkata, persediaan psikologi amat perlu dalam mendepani krisis kesihatan itu berikutan ia bukan sahaja memberi kesan kepada nyawa, kelangsungan hidup malah mental rakyat.
“Isu psikologi dan mental perlu dipandang serius berikutan ramai yang semakin tertekan melihatkan situasi pandemik yang amat membimbangkan.
“Seharusnya kerajaan memainkan peranan aktif memastikan rakyat dapat mendepani situasi pandemik ini dengan lebih baik,” ujar beliau.
Sehubungan itu, katanya, bagi ‘menenangkan’ rakyat yang selama ini akur patuh SOP, kerajaan wajar segera bertindak apabila trend nisbah jangkitan meningkat sejak beberapa bulan lalu.
Pandemik Covid-19 bukan sahaja memberi kesan kepada nyawa, kelangsungan hidup malah mental rakyat.
“Trend nisbah kadar kebolehjangkitan (RT) meningkat dan melebihi 1.0 (bermakna jangkitan akan berganda) sudah jelas sejak beberapa bulan lalu. Kenapa dibiarkan tanpa langkah yang betul-betul dapat mengawal jangkitan?
“Sekarang jelas, virus sudah merebak luas. Jadi, kita tidak boleh mengelak lagi, kita cuma boleh mengurangkan kesan jangkitan yang tinggi itu,” katanya.
Namun begitu harapan masih ada apabila kenyataan Dr Noor Hisham turut menyebut sekiranya kita boleh laksanakan 150,000 dos sehari untuk dos kedua dengan 80 peratus keberkesanan vaksinasi, pada Oktober kes harian positif Covid-19 akan turun di bawah 1,000 kes.
“Justeru, proses pemberian vaksin harus dipercepatkan, perbanyakan tempat pemberian vaksin, permudahkan proses mendaftar dan sebagainya,” katanya yang turut mengakui kerajaan sepatutnya lebih bersedia berdepan pandemik itu seperti mendapatkan vaksin lebih awal untuk diberikan kepada rakyat.
Disebabkan tempoh mencapai 80 peratus itu memakan masa hingga akhir Oktober, Nungsari berpendapat, kerajaan harus melanjutkan dan menambah bantuan isi rumah yang terjejas serta perniagaan yang kian tenat sehingga hujung tahun ini.
“Sambung dan perbanyakan geran kepada peniaga kecil dan bantuan tunai kepada isi rumah hingga hujung tahun,” katanya.
Beliau turut mencadangkan penyambungan subsidi gaji kepada institusi perniagaan sehingga hujung tahun bagi mengelak pemberhentian pekerja.
Tegasnya, kerajaan harus bertindak agresif memastikan rakyat kembali bangkit meneruskan kehidupan selepas pandemik maut ini dapat dikawal.
Situasi terburuk dua bulan lagi
Baca Artikel Menarik :
TH berdepan beberapa risiko jika diletakkan di bawah BNM
Tok Mat kata pelan pemulihan negara perlu segera
UMNO Kepentingan Pertiwi Diutamakan
Janna tayang punggung, netizen yang panas
Muka Selebriti Ini Selepas Buat Pembedahan Plastik…Beza Memang Berbeza
Resepi asam pedas ekor terangkat
Layari Laman Facebook MYKMU
Polis lepas 2 tembakan ke arah kereta dipandu pemandu ‘lalok’
The post Situasi terburuk dua bulan lagi appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/07/17/situasi-terburuk-dua-bulan-lagi/