Situasi Tegang Sidang Dun Melaka Dijangka Berulang Di Perak Esok


Kow Gah Chie    Pakatan Harapan (PH) Perak bimbang Persidangan DUN negeri yang akan berlangsung selama sehari esok bakal menyaksikan kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN) tidak mengikut Peraturan Tetap Dewan dalam memilih speaker.

Kebimbangan itu hadir selepas PN Melaka yang mengadakan sidang DUN hari ini telah memilih speaker mereka sendiri setelah pengumuman persidangan ditangguhkan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Timbalan Speaker Perak Aminuddin Zulkupli mengesahkan bahawa terdapat usul untuk menggantikan Speaker Ngeh Koo Ham dan beliau sendiri yang telah dihantar ke pejabat speaker.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa usul tersebut gagal memenuhi syarat notis tujuh hari yang dinyatakan dalam Peraturan Tetap Dewan.

Beliau menambah, dewan boleh menolak usul yang bertentangan dengan Peraturan Tetap Dewan.

Aminuddin turut berkata beliau tidak pasti dengan nasib usul yang dibawa oleh PN kerana perkara tersebut diuruskan oleh speaker

Aminuddin, yang juga merupakan Adun Behrang menasihati PN supaya tidak terburu-buru terhadap usul untuk menggantikan speaker dan timbalan speaker esok.

Ditanya bagaimana untuk mengelakkan kekecohan di sidang DUN Melaka, beliau berkata: "Semua orang boleh mengaku bijak, kerbau pun ada otak kan, apa yang bezakan kita ini maruah, kalau kita ada maruah, kita jaga maruah kita.”

“Kena ada maruah, PN ada majoriti di dewan, jadi nak buat mereka punya hak untuk usul undi pilih speaker, tapi lakukan secara bermaruah,” katanya.

Jelasnya lagi, PN perlu mengambil maklum bahawa rakyat di negeri kini lebih mementingkan isu pandemik Covid-19.

“Saya rasa rakyat tak suka tengok suatu yang kelam kabut, tak manis (setelah apa yang terjadi di Melaka) dalam DUN Perak,” katanya dengan menambah bahawa kerajaan PN harus mengambil perhatian berkenaan isu ini.

Adun PKR Tan Kar Hing pula berkata usul PN itu telah melucutkan hak wakil rakyat untuk menamakan calon mereka sebagaimana yang dinyatakan dalam Fasal 4 buku Peraturan Tetap Dewan.

Fasal itu menyatakan bahawa ahli parlimen boleh mengemukakan calon speaker mereka tujuh hari sebelum persidangan dan mereka akan memilih calon itu semasa persidangan, menurut Tan.

“Kita tidak diberi borang untuk memilih calon bagi speaker baru. Speaker dan timbalannya kini masih sah menggalas jawatan tersebut, mereka masih belum dilucutkan,” katanya.

Tan menggesa PN, yang mempunyai 35 dari 59 kerusi di Perak, untuk menukar speaker mengikut buku Perintah Tetap Dewan dan Undang-undang negeri bagi menggelakkan kekecohan pada Sidang DUN di Perak seperti tahun 2009 berlaku lagi.

Beliau merujuk kepada speaker PH yang diheret keluar dalam sidang, tiga bulan selepas BN meruntuhkan kerajaan PH berikutan kekalahan tiga anggota parlimen pada Februari 2009.

“Mungkin bukan situasi sama (speaker diheret keluar) tetapi mungkin akan terjadi sama seperti di Melaka,” katanya dengan meramal bahawa situasi akan menjadi tegang jika PN menyatakan usul tersebut.

“Keadaan akan jadi buruk,” kata Tan.

Ketua pembangkang baru, Abdul Aziz Bari, bagaimanapun mempunyai kepercayaan terhadap Adun Perak kerana beliau tidak dapat membayangkan mereka saling mengggunakan perkataan "babi" sama seperti Adun di Melaka awal hari ini.

“(Adun) Perak (lagi) tertib,” katanya lagi.

Abdul Aziz turut menambah bahawa PN telah membuat kesilapan dengan menghantar borang pencalonan speaker baru tidak mengikuti notis tujuh hari yang dinyatakan dalam naskhah Perintah Tetap.

“(Jika PN berterusan) dia akan jadi satu yang kecoh, apa yang berlaku di Melaka memalukan, imej tak baik,” katanya.

“Saya rasa mungkin satu liabiliti yang akan terpaksa ditanggung oleh PN,” tambah Abdul Aziz.

“Kita hormat majoriti, cuma cara kena betul,” katanya lagi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/situasi-tegang-sidang-dun-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Peja Dalang Kekecohan Sidang Dun Perak

Mb Peja Dalang Kekecohan Sidang Dun Perak

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 323 hits
Pada 12 Mei 2020Oleh Prof Dr Abdul Aziz Bari Dalam titah Perasmian Sidang Dewan Negeri ketiga pada hari ini ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah mengingatkan ahli ahli politik supaya Berpada padalah berpoli...
Selepas Sidang Dun Kecoh Ab Rauf Dilantik Speaker Baru Melaka

Selepas Sidang Dun Kecoh Ab Rauf Dilantik Speaker Baru Melaka

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 327 hits
Pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh PETALING JAYA Pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh dilantik sebagai speaker Dewan Undangan Negeri Melaka yang baru Perkara itu diputuskan dalam Persidangan Pertama Penggal Ketiga DUN Melaka ke 14 yang dipe...
Berita Gempar Dari Sidang Dun Melaka

Berita Gempar Dari Sidang Dun Melaka

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 298 hits
Berita Gempar Dari Sidang DUN Melaka Persidangan DUN Melaka hari ini bukan saja menyaksikan insiden kontroversi mengenai penggantikan speaker malah ia turut diwarnai dengan aksi beberapa anggotanya Kemeriahan bermula seawal persidangan jam ...
Kekecohan Sidang Dun Perak Apa Sebenarnya Berlaku

Kekecohan Sidang Dun Perak Apa Sebenarnya Berlaku

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 955 hits
Pada 14 Mei 2020Oleh Datuk Ngeh Koo HamSemalam saya menyaksikan Kerajaan Negeri Perak Perikatan Nasional membuat serangan penuh terhadap sistem demokrasi berparlimen Malaysia di Dewan Negeri Perak Sebagai Yang Dipertua Dewan yang mempengeru...
Sidang Dun Melaka Kecoh Isu Singkir Speaker

Sidang Dun Melaka Kecoh Isu Singkir Speaker

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 280 hits
Sidang DUN pertama Melaka untuk tahun ini tamat lebih awal daripada jangkaan hanya setengah jam setelah ia bermula pada pukul 9 30 pagi ini Sidang itu berakhir setelah perbalahan antara bekas ketua menteri Idris Harun speaker Omar Jaafar da...
Ngeh Letak Jawatan Perak Lantik Speaker Dun Baharu

Ngeh Letak Jawatan Perak Lantik Speaker Dun Baharu

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 299 hits
Ngeh letak jawatan Perak lantik speaker DUN baharu Dikemas kini 47 minit yang lalu Diterbitkan pada 12 May 2020 3 17PM
Ketua Umno Melaka Dilantik Pn Jadi Speaker Dun

Ketua Umno Melaka Dilantik Pn Jadi Speaker Dun

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 286 hits
Adun Perikatan Nasional hari ini berkumpul semula dan meneruskan sidang dewan undangan negeri tanpa kehadiran wakil pembangkang Mereka kemudian mengundi untuk menyokong Pengerusi Umno Melaka yang juga bekas setiausaha kerja Umno Malaysia Ab...
Umno Lempar Buku Peraturan Tak Benar Speaker Baca Doa Di Dun Melaka

Umno Lempar Buku Peraturan Tak Benar Speaker Baca Doa Di Dun Melaka

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 368 hits
MALAYSIA DATELINE AMANAH Melaka menyifatkan Datuk Seri Idris Haron tidak mematuhi arahan Speaker DUN Datuk Omar Jaafar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini Timbalan Pengerusi AMANAH negeri Datuk Mohd Sofi Wahab berkata kekecohan...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini