Kekecohan Sidang Dun Perak Apa Sebenarnya Berlaku



Pada 14 Mei 2020oleh Datuk Ngeh Koo Ham
Oleh Datuk Ngeh Koo Ham(Mantan  Yang Dipertua Dewan DUN Perak merangkap Ahli Parlimen Beruas)
Semalam saya menyaksikan Kerajaan Negeri Perak Perikatan Nasional (PN) membuat serangan penuh terhadap sistem demokrasi berparlimen Malaysia di Dewan Negeri Perak.
Sebagai Yang Dipertua Dewan yang mempengerusikan persidangan Dewan Negeri Perak, saya amat terkejut atas serangan penuh yang diatur oleh Kerajaan Negeri Perak PN yang diterajui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terhadap Dewan Negeri Perak.
Kes ini memerlukan siasatan segera dibuat terhadap Menteri Besar Perak dan kerajaannya di bawah peruntukan-peruntukan Kanun Keseksaan (Penal Code) seperti berikut:
Seksyen 124 – Menyerang Ahli Parlimen, dll., dengan niat hendak memaksa atau menghalang apa-apa kuasa yang sah di sisi undang-undang dijalankan.
Barang siapa, dengan niat hendak mendorong atau memaksa atau sedang cuba mendorong atau memaksa seseorang ahli Parlimen atau ahli mana-mana Dewan Undangan atau ahli mana-mana Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya menjalankan atau menahan diri daripada menjalankan dengan apa-apa cara kuasa-kuasa ahli itu yang sah di sisi undang-undang, menyerang atau menghalang dengan salah, atau mencuba dengan salah menghalang, atau mempertakutkan dengan jalan kekerasan jenayah, atau dengan menunjukkan kekerasan jenayah, atau mencuba dengan demikian mempertakutkan, ahli itu hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan hendaklah juga dikenakan denda.
Seksyen 124B – Aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Barang siapa, dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun.
Seskyen 124C – Cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Barang siapa yang cuba melakukan suatu aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai lima belas tahun.Seksyen 503 – Kesalahan menakutkan secara jenayahBarang siapa mengugut hendak mendatangkan kepada seseorang apa-apa bencana kepada tubuh seseorang dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepada orang itu, atau hendak menyebabkan orang itu melakukan apa-apa perbuatan yang dia tidak terpaksa di sisi undang-undang melakukan, atau meninggalkan daripada melakukan apa-apa perbuatan yang dia berhak di sisi undang-undang melakukan, sebagai jalan bagi mengelakkan perlaksanaan ugutan itu, adalah melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah.Seksyen 506 – Hukuman bagi kesalahan menakutkan secara jenayahBarang siapa melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya;Mengapakah saya mengatakan bahawa ini adalah serangan penuh terhadap sidang Dewan Negeri Perak?Pertama, Kerajaan Negeri Perak secara diam-diam telah menceroboh Dewan Negeri Perak dan mengubahkan tetapan sistem mikrofon dalam Dewan Negeri hinggakan mereka yang mengawal sistem tersebut dan bukannya saya sebagai Yang Dipertua Dewan Negeri. Ada beberapa kali semasa persidangan saya tidak dapat menghidupkan mikrofon saya apabila saya hendak menggunakan mikrofon saya. Sistem mikrofon seharusnya berada di bawah kawalan penuh Yang Dipertua Dewan dan saya boleh menentukan siapa yang diberikan hak untuk bersuara. Ia berfungsi dengan baik pada hari Ahad (10 Mei 2020) ketika saya menguji sistem mikrofon Dewan Negeri tetapi sistem tersebut di luar kawalan saya semasa saya mempengerusikan Dewan Negeri semalam (12 Mei 2020).Kedua, Kerajaan Negeri Perak telah membawa sekitar 20 orang lelaki berpakaian hitam dengan niat untuk mengusir saya keluar Dewan Negeri secara paksa semasa saya sedang mempengerusikan persidangan Dewan Negeri  (sungguhpun saya telah berhasrat untuk meletak jawatan selepas ucapan / pengumuman saya) dan tiada usul tidak percaya terhadap saya telah disenaraikan sebagai salah satu agenda hari tersebut. Lelaki-lelaki ini telah menceroboh Dewan Negeri tanpa pengetahuan atau persetujuan saya.Ketiga, saya telah menjemput lebih daripada 20 media (hanya seorang wakil daripada setiap media berbanding dengan tiga atau empat wakil masa lampau atas sebab penularan virus Covid-19) untuk membuat liputan persidangan Dewan Negeri tetapi Kerajaan Negeri menghalang mereka daripada memasuki Dewan Negeri dan hanya membenarkan media rasmi yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk hadir.Keempat, saya telah mengarahkan siaran langsung keseluruhan persidangan dijalankan (seperti sidang-sidang yang lepas) tetapi mereka telah menghentikan siaran langsung tersebut selepas Titah Ucapan Diraja DYMM Paduka Seri Sultan Perak agar orang ramai tidak mempunyai akses kepada persidangan dan mereka mempunyai kawalan penuh terhadap berita yang akan disebarkan kepada orang ramai.Kelima dan akhir sekali, Bentara Dewan Negeri dipaksa untuk memberontak terhadap Yang Dipertua Dewan dan telah diarahkan untuk mengusir Yang Dipertua Dewan secara paksa dari Dewan Negeri kerana gaji mereka dibayar oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri PN telah melakukan suatu pemberontakan dalam Dewan Negeri! Bentera merupakan pegawai Dewan Negeri yang ditugaskan untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan Dewan Negeri dan mereka mestilah bertindak atas arahan yang Dipertua Dewan Negeri dan bukan orang yang lain.Ringkasnya, Kerajaan Negeri Perak telah merancang dan bertindak untuk mengawal persidangan Dewan Negeri Perak dengan sepenuhnya. Mereka hendak mengusir saya keluar Dewan Negeri secara paksa. Dengan kehadiran media rasmi sahaja dalam Dewan Negeri, mereka berniat untuk menghasilkan berita propaganda untuk menipu orang awam. Mujurlah beberapa orang wakil rakyat secara pantas telah merakam prosiding berkenaan dengan kamera telefon mereka. Saya ingin mengingatkan orang ramai bahawa berita atau video yang akan dihasilkan oleh kerajaan negeri kemungkinan ditokok tambah untuk maksud propaganda Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, mereka sekarang mungkin tidak lagi berani untuk melakukannya kerana sesetengah wakil rakyat telah mempunyai rakaman prosiding persidangan semalam.Saya menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh dan mendakwa mereka yang merancang serangan ini dan mendakwa mereka yang terlibat di mahkamah. Sekiranya tiada tindakan diambil, tidak lama lagi kerajaan akan berani menceroboh Parlimen, Dewan Undangan Negeri yang lain dan juga mahkamah kehakiman.Malaysia adalah sebuah negara yang bertamadun dan percaya kepada kedaulatan undang-undang. Atas sebab itu, undang-undang telah digubal untuk melindungi kemuliaan mahkamah, dewan perundangan dan parlimen Malaysia daripada serangan pihak kerajaan yang memiliki polis, senjata dan kuasa ketenteraan. Kita sedar bahawa di seluruh dunia negara yang diperintah dengan kuasa senjata api akan kekal mundur dan gasar, tetapi negara-negara yang percaya kepada kedaulatan undang-undang mempunyai masyarakat yang sivik dan bertamaddun.Oleh itu, saya menggesa polis untuk mengambil tindakan segera terhadap mereka yang terlibat dan mendakwa mereka di mahkamah agar kedaulatan undang-undang dapat ditegakkan.Semalam merupakan satu hari yang amat memalukan bagi Dewan  Negeri Perak! 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/kekecohan-sidang-dun-perak-apa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Peja Dalang Kekecohan Sidang Dun Perak

Mb Peja Dalang Kekecohan Sidang Dun Perak

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 317 hits
Pada 12 Mei 2020Oleh Prof Dr Abdul Aziz Bari Dalam titah Perasmian Sidang Dewan Negeri ketiga pada hari ini ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah mengingatkan ahli ahli politik supaya Berpada padalah berpoli...
Situasi Tegang Sidang Dun Melaka Dijangka Berulang Di Perak Esok

Situasi Tegang Sidang Dun Melaka Dijangka Berulang Di Perak Esok

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 238 hits
Pakatan Harapan Perak bimbang Persidangan DUN negeri yang akan berlangsung selama sehari esok bakal menyaksikan kerajaan negeri Perikatan Nasional tidak mengikut Peraturan Tetap Dewan dalam memilih speaker Kebimbangan itu hadir selepas PN M...
Tun M Jadikan Sidang Dun Sabah Contoh Tidak Tepat Kata Pengkritik

Tun M Jadikan Sidang Dun Sabah Contoh Tidak Tepat Kata Pengkritik

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 267 hits
Entah tepat tidak tindakan Warisan anak Sabah yang mengutip kenyataan Tun Dr Mahathir Dia kutip sebab kena pujilah tu agaknya Persoalannya layakkah dipuji Kononnya Tun Dr Mahathir memuji sidang dewan Undangan Negeri Sabah yang berjaya dilan...
Selepas Sidang Dun Kecoh Ab Rauf Dilantik Speaker Baru Melaka

Selepas Sidang Dun Kecoh Ab Rauf Dilantik Speaker Baru Melaka

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 316 hits
Pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh PETALING JAYA Pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh dilantik sebagai speaker Dewan Undangan Negeri Melaka yang baru Perkara itu diputuskan dalam Persidangan Pertama Penggal Ketiga DUN Melaka ke 14 yang dipe...
Sidang Dun Melaka Kecoh Isu Singkir Speaker

Sidang Dun Melaka Kecoh Isu Singkir Speaker

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 270 hits
Sidang DUN pertama Melaka untuk tahun ini tamat lebih awal daripada jangkaan hanya setengah jam setelah ia bermula pada pukul 9 30 pagi ini Sidang itu berakhir setelah perbalahan antara bekas ketua menteri Idris Harun speaker Omar Jaafar da...
Ngeh Letak Jawatan Perak Lantik Speaker Dun Baharu

Ngeh Letak Jawatan Perak Lantik Speaker Dun Baharu

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 290 hits
Ngeh letak jawatan Perak lantik speaker DUN baharu Dikemas kini 47 minit yang lalu Diterbitkan pada 12 May 2020 3 17PM
Berita Gempar Dari Sidang Dun Melaka

Berita Gempar Dari Sidang Dun Melaka

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 287 hits
Berita Gempar Dari Sidang DUN Melaka Persidangan DUN Melaka hari ini bukan saja menyaksikan insiden kontroversi mengenai penggantikan speaker malah ia turut diwarnai dengan aksi beberapa anggotanya Kemeriahan bermula seawal persidangan jam ...
Exco Kedah Cadang Tukar Kerajaan Melalui Sidang Dun

Exco Kedah Cadang Tukar Kerajaan Melalui Sidang Dun

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 355 hits
Exco Kedah cadang tukar kerajaan melalui sidang DUNOleh May 13 2020Kerajaan Pakatan Harapan Kedah mencadangkan agar pertukaran kerajaan kepada Perikatan Nasional yang mendakwa telah memiliki majoriti sejak semalam diadakan melalui sidang DU...
Pm Hadir Sidang Dun Johor

Pm Hadir Sidang Dun Johor

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 267 hits
ISKANDAR PUTERI Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir Pembukaan Rasmi Bagi Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor ke 14 di Kota Iskandar di sini hari ini Sidang DUN Johor melakar sejarah hari ini apabila ia merupaka...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri

Pernah Makan Ikan Puyu

Ke Pantai Telok Kemang

My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan