Situasi Pendidikan Selepas Dua Tahun Pandemik


Danisyah Dalily 
Jurang penguasaan pelajaran masih wujud walaupun pembelajaran secara fizikal sudah bermula, dengan kerjasama semua pihak, ia mungkin cukup dalam usaha menanganinya sekali gus membantu murid menampung masa yang terbang akibat Covid-19.

Murid sekolah mengimbas suhu di pintu pagar sekolah sebelum masuk ke kelas. Gambar: Bernama Walaupun situasi pandemik Malaysia dilihat semakin stabil daripada beberapa aspek, kebimbangan berhubung pembangunan pendidikan masih kekal selepas murid mula kembali ke sekolah bagi pembelajaran secara fizikal setelah lebih dua tahun kelas terganggu ditambah dengan banjir baru-baru ini.
Bermula awal minggu ini puluhan ribu murid di seluruh negara kembali ke kelas untuk pembelajaran secara bersemuka susulan cuti sekolah yang ditangguh seminggu akibat banjir besar.
Namun, sedikit masa diperlukan untuk merapatkan jurang disebabkan pandemik Covid-19 dapat dilakukan menurut Majlis Pengetua Sekolah Malaysia.
Presidennya, Mohd Ariffin Abdul Rahman berkata wabak itu memberi kesan yang besar terhadap proses pembelajaran murid.
Bercakap kepada MalaysiaNow, beliau menganggarkan secara puratanya, murid ketinggalan dalam pembelajaran mereka selama tiga bulan.
“Jika kita menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka tanpa giliran, sukatan pelajaran di sekolah boleh dihabiskan dalam tempoh kira-kira enam bulan terutama bagi murid Tahun Satu,” katanya.
“Bagaimanapun, masa yang diperlukan untuk menguasai sukatan pelajaran mungkin mengambil masa lebih lama jika kita menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).”
Secara umum, PdPR merupakan satu-satunya bentuk pembelajaran yang boleh dijalani murid sepanjang tempoh pandemik, terutama ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) berskala besar di mana ia menyebabkan penutupan sektor sosial dan ekonomi.
Namun beberapa beberapa bulan kebelakangan, Malaysia mula membuka sektor ekonomi dan sosialnya secara berperingkat.
Larangan rentas negeri juga turut dibatalkan akhir tahun lalu berikutan lebih 98% populasi dewasa lengkap divaksinasi.
Pada peringkat awal pandemik, Ariffin berkata, semua orang berharap supaya wabak tersebut dapat segera ditangani.
Ketika itu, katanya, tumpuan diberikan kepada kesihatan awam berbanding sektor pendidikan.
Malangnya, wabak yang menular bukan sahaja memakan tempoh beberapa bulan bahkan berlanjutan sehingga dua tahun.
Ekoran itu, beberapa alternatif dibangunkan untuk memastikan murid dapat meneruskan pembelajaran walaupun terdapat sekatan pergerakan.
Sebagai contoh, sesetengah sekolah menjalankan pembelajaran PdPR yang fleksibel di mana ia dijalankan sehingga waktu petang atau malam, ini bagi membolehkan murid menghubungi guru mereka pada bila-bila masa bagi membincangkan mata pelajaran.
Namun, Ariffin berkata kebebasan yang diperolehi murid melalui penggunaan pelbagai peranti dan akses internet tanpa sempadan menyebabkan sebahagian daripada mereka beralih kepada aktiviti yang tidak berfaedah.
Beliau memberi contoh murid yang bermain permainan video sepanjang malam sehingga ia mengganggu corak tidur menyebabkan mereka tidur berlebihan.
Menurutnya, murid sebegini sering terlepas kelas PdPR, menyebabkan defisit pembelajaran semakin melebar yang kemudiannya mengambil masa yang lebih lama untuk diselesaikan, katanya.
Menurut Ariffin, sekiranya setiap murid konsisten mengikuti pelajaran melalui PdPR, sukatan pelajaran dapat diselesaikan tepat pada masanya.
Namun hal ini jarang berlaku, berikutan beberapa faktor termasuk sikap murid, pengurusan ibu bapa dalam pembelajaran di rumah, persekitaran rumah dan akses internet yang berbeza, katanya.
Ashvini Murugan berkata wabak itu mengubah cara dia membayangkan masa depan dua anak lelakinya yang berada di Tingkatan Satu dan Tahun Dua.
Dia bersetuju sesetengah kanak-kanak ketinggalan dalam pelajaran apabila sekolah ditutup namun mengatakan mereka berdepan dengan pergelutan mereka sendiri.
“Sebagai ibu bapa, saya bimbang tentang prestasi akademik mereka semasa pandemik, namun walaupun ia sukar bagi kami untuk terima, ia juga sebenarnya tidak mudah untuk dihadapi anak-anak ini,” katanya.
Walaupun Ashvini masih percaya dengan kepentingan pendidikan formal, namun dia berkata sepanjang pandemik, murid dilihat mengembangkan kemahiran lain dalam bidang tertentu.
“Mereka sangat cepat belajar mengenai teknologi digital,” tambahnya.
“Saya rasa itulah kelebihan mereka.”
Di sebalik kebimbangannya, wanita itu juga percaya kemungkinan-kemungkinan besar lain sedang menanti.
“Buat masa ini, kita hanya perlu pastikan mereka mendapat pendidikan yang terbaik.”
Sementara itu, Ariffin berkata permohonan untuk mendapatkan tempat di sekolah berasrama penuh dan universiti kekal kukuh sepanjang tempoh pandemik.
“Pendidikan sekolah dan universiti masih menjadi ruang terpenting untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi generasi muda,” katanya.
“Mereka akan mempunyai masa depan yang cerah jika semua orang dapat menangani dan menyelesaikan isu-isu yang timbul bersama-sama.”
Ariffin berkata walaupun PdPR membantu dalam mengekalkan perjalanan sektor pendidikan sepanjang pandemik, kelas bersemuka secara fizikal tetap penting.
“Sekiranya semua orang bekerjasama untuk pupuk anak-anak ke arah pendidikan, kemajuan negara yang terjejas ketika ini tidak akan berpanjangan.”
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/situasi-pendidikan-selepas-dua-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buaya Gergasi Berusia 75 Tahun Akhirnya Tumpas Selepas Baham 80 Orang

Buaya Gergasi Berusia 75 Tahun Akhirnya Tumpas Selepas Baham 80 Orang

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 173 hits
January 18 2022 Seekor buaya gergasi sepanjang 16 kaki yang menghantui penduduk kampung di Luganga Uganda selama bertahun tahun akhirnya tumpas Buaya yang diberikan nama Osama itu sangat ditakuti selama ini kerana menjadikan penduduk kampun...
Omicron Petunjuk Pandemik Covid 19 Berakhir Tahun Ini Pakar

Omicron Petunjuk Pandemik Covid 19 Berakhir Tahun Ini Pakar

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 208 hits
Oleh VARIAN Omicron mungkin petunjuk bahawa pandemik Covid 19 akan berakhir dalam tahun ini ramal pakar pernafasan di Hospital Vichaiyut Bangkok VARIAN Omicron mungkin petunjuk bahawa pandemik Covid 19 akan berakhir dalam tahun ini ramal pa...
Meriahnya Selepas 20 Tahun Kakak Kembar Lahir Dapat Pula Adik Lelaki Kembar

Meriahnya Selepas 20 Tahun Kakak Kembar Lahir Dapat Pula Adik Lelaki Kembar

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 257 hits
Ini namanya rezeki Siapa sangka selepas 20 tahun kakak kembar lahir dapat pula adik lelaki kembar Kelahiran ini dianggap istimewa kerana si kakak pula yang mengambil alih menjaga adik lelaki Yuliyani dan adiknya merupakan kembar seiras dan ...
Perjalanan Richworks Sepanjang Tahun 2021 Dalam Usaha Membantu 60k Usahawan Bangkit Dari Pandemik

Perjalanan Richworks Sepanjang Tahun 2021 Dalam Usaha Membantu 60k Usahawan Bangkit Dari Pandemik

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 236 hits
Perjalanan Richworks Sepanjang Tahun 2021 Dalam Usaha Membantu 60K Usahawan Bangkit Dari Pandemik Sepanjang tahun 2021 pelbagai ujian dan dugaan yang perlu kita tempuhi dan menjadi ikhtibar buat kita semua Kami sekeluarga juga pernah berada...
Selepas Dua Dekad Jenama Nakada Ikat Aznil Nawawi Jadi Duta

Selepas Dua Dekad Jenama Nakada Ikat Aznil Nawawi Jadi Duta

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 205 hits
Beroperasi sejak lebih dua dekad syarikat Nakada Group sebenarnya dimiliki dan diusahakan dua adik beradik dari Malaysia Datuk Yap Kok Heng dan Datuk Kok Siang Biarpun kedengaran seperti nama dari Jepun hakikatnya jenama itu diangkat dari s...
Dua Askar Israel Maut Ditembak Pasukan Sendiri

Dua Askar Israel Maut Ditembak Pasukan Sendiri

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 313 hits
Dua askar Israel maut ditembak pasukan sendiri BAITULMUQADDIS Dua pegawai tentera Israel terbunuh selepas terlibat dalam satu insiden tembakan ketika mereka melakukan rondaan pada waktu malam lapor agensi berita United Press International s...
Kkm Sahkan Dua Kematian Dan 18 Kes Serius Di Penjara Kajang Selepas Suntikan Dos Penggalak Covid 19

Kkm Sahkan Dua Kematian Dan 18 Kes Serius Di Penjara Kajang Selepas Suntikan Dos Penggalak Covid 19

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 763 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan surat daripada pengarah penjara Kajang yang memperincikan 18 kes serius kejadian kesan mudarat berikutan imunisasi termasuk dua kematian banduan selepas gambar surat itu tular di media sosial KKM m...
Menangis Lihat Gambar Arwah Bapa Yang Baru Sebulan Meninggal Selepas 30 Tahun Terpisah Dari Keluarga Kandung

Menangis Lihat Gambar Arwah Bapa Yang Baru Sebulan Meninggal Selepas 30 Tahun Terpisah Dari Keluarga Kandung

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 238 hits
Sebak rasa hati apabila adik beradik yang berpuluh tahun terpisah kembali ke pangkuan keluarga Namun apa yang lebih memilukan apabila mereka tidak sempat melihat pemergian orang tua walaupun baru berkesempatan bertemu dengan keluarga kandun...
Ni Bilik Yoe Selepas 2 Tahun Akhirnya Rumah Youtuber Tersohor Syahmi Sazli Siap

Ni Bilik Yoe Selepas 2 Tahun Akhirnya Rumah Youtuber Tersohor Syahmi Sazli Siap

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 208 hits
Rezeki tak pernah salah alamat Usaha yang begitu gigih membuahkan hasil yang manis nikmatnya Di usia muda siapa sangka boleh memiliki banglo dan kereta yang cukup mewah
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga