Meriahnya Selepas 20 Tahun Kakak Kembar Lahir Dapat Pula Adik Lelaki Kembar
Ini namanya rezeki! Siapa sangka selepas 20 tahun kakak kembar lahir, dapat pula adik lelaki kembar. Kelahiran ini dianggap istimewa kerana si kakak pula yang mengambil alih menjaga adik lelaki.
Yuliyani dan adiknya merupakan kembar seiras dan mereka dilahirkan pada Oktober 2001. Bagaimanapun, pada September 2021, mereka menyambut kelahiran adik lelaki yang juga merupakan kembar, namun tidak seiras.
Kelahiran itu menjadikan perbezaan Yuliyani dengan adik kembarnya adalah 20 tahun, namun itu tidak menghalang mereka mempunyai ikatan kasih sayang yang akrab.
“Tidak sangka kami akan menerima adik kembar 20 tahun kemudian, namun itukan rezeki dari Allah SWT, kami menerimanya dengan penuh kesyukuran,” katanya.
Yuliyani turut memuat naik gambar dan video bersama adik kembarnya dalam akaun Tiktok serta meraih perhatian banyak pengguna media sosial itu.
Sehingga semalam, video itu ditonton lebih lima juta pengguna TikTok dan mendapat ‘like’ lebih 300,000.
Selain itu, Yuliyani turut menerima pelbagai komen yang mendoakan mereka menjadi keluarga bahagia dan diberi kesihatan yang baik.
Gadis itu memberitahu, mereka mulanya terkejut apabila ibunya memberitahu hamil lagi, namun menerimanya dengan hati terbuka kerana memang sudah lama menginginkan adik.
“Kegembiraan kami berganda apabila mengetahui ibu hamil kembar dan pada masa yang sama bimbang kerana usia ibu sudah 40 tahun.
“Namun, semuanya berjalan lancar sehingga ibu selamat melahirkan adik kembar kami dan keadaan mereka juga sihat,” ujarnya.
Kini, Yuliyani dan kembarnya turut membantu ibu mereka menjaga adik kembarnya.
Kredit: Utusan & Banjarmasin post
ARTIKEL MENARIK [“Anak Saudara & Pak Cik Sebaya.” Baru Dapat Cucu, Sekali Abah Bagi Adik Kembar]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Letak Nama ABCDEF GHIJK ZUZU. Bapa Harap Anak Boleh Jadi Ahli Linguistik!]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Meriahnya! Selepas 20 Tahun Kakak Kembar Lahir, Dapat Pula Adik Lelaki Kembar appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/meriahnya-selepas-20-tahun-kakak-kembar-lahir-dapat-pula-adik-lelaki-kembar/