Selepas Dua Dekad Jenama Nakada Ikat Aznil Nawawi Jadi Duta


Beroperasi sejak lebih dua dekad, syarikat Nakada Group (M) sebenarnya dimiliki dan diusahakan dua adik beradik dari Malaysia, Datuk Yap Kok Heng dan Datuk Kok Siang.
Biarpun kedengaran seperti nama dari Jepun, hakikatnya jenama itu diangkat dari sekecil kecil usaha di pasar basah hinggalah menempa nama di dalam dan luar negara menerusi pasaran dalam talian.
Berasal dari sebuah syarikat berstatus 'enterprise' di bawah nama Tango Enterprise sejak 1999 dan kemudian ke Sdn Bhd pada Ogos 2007, jenama ini bergerak atas hasrat menjadikan kehidupan masyarakat lebih praktikal dan mementingkan aspek kesihatan.
Di bawah syarikat itu bernaung tiga jenama utama, Nakada, Primada dan Cuoco.
"Memang ada yang beranggapan nama syarikat itu berasal dari negara matahari terbit. Tapi tidak kerana ia buatan Malaysia.
"Nama itu sebenarnya diambil daripada seorang pemain bola sepak berpengaruh dari Jepun yang berjaya menembus bukan saja pasaran Asia tetapi maju hingga ke Eropah.
"Begitu juga impian saya dan adik untuk membawa jenama ini melangkaui semua pasaran di dunia dengan menjual peralatan elektrik untuk rumah buatan tempatan dan mengimport dari luar negara yang terbaru serta canggih" kata Yap Kong Heng selaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu.
Malah produk ini juga menembusi pasaran luar negara termasuk di Hong Kong hingga menjadikan Kiki Sheung yang juga artis terkenal dari sana sebagai duta sejak lebih sedekad lalu.
Malah sejak Mei tahun lalu, pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil pula dilamar sebagai duta sama di Malaysia untuk tempoh dua tahun.
Datuk Aznil Nawawi bersama Pengarah Urusan Nakada Group ketika memeterai perjanjian kerjasama hari ini
Pada 20 Januari (hari ini), satu majlis menandatangani kontrak sekali gus mengumumkan Pak Nil sebagai duta turut diadakan ibu pejabat syarikat terbabit di Lot 976/977, Jalan Jambu Gajus, Jinjang Selatan, KL.
"Kami mempunyai sebab konkrit memilihnya sebagai duta. Beliau mempunyai imej yang sihat, ceria, peramah, suka memasak, menjaga kesihatan dan tubuh badan. 
"Lalu minat dan dedikasinya itu bertepatan dengan produk yang syarikat kami pasarkan. Dia masih kekal relevan memikat hati ramai orang dalam bidang tugas dilakukan. Hatinya juga sangat murni kerana sentiasa mahu membantu mereka yang memerlukan.
"Lihat saja ketika era pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu dan musibah banjir, beliau antara yang tak betah duduk diam. Sebaliknya mahu membantu dengan menggunakan populariti dan kelebihan yang ada," katanya.
Hari ini, syarikat itu terus matang selepas melakukan penambah baikan dan pembangunan berterusan. 
Tambah Pengarah Urusannya; Yap Kok Siang, ia termasuk pengalaman ditimba menerusi pameran antarabangsa disertai di China, Singapura, Taiwan, Hong Kong dan sebagainya.
"Menerusi penyelidikan dan pembangunan tanpa jemu, kami juga mahu menyediakan pengguna dengan produk berkualiti. Semua itu dilakukan bagi memastikan proses penawaran dapat menampung permintaan yang ada. Ia sekali gus memastikan setiap produk dapat dipasarkan dengan harga berpatutan.
"Kami juga berteraskan polisi kejujuran, penyayang dan profesional dalam nilai teras perniagaan. Kami bersemangat mempersembahkan produk berkualiti tinggi kerana sentiasa percaya setiap daripada kita berhak menikmati kesihatan yang baik.
"Kami mengutamakan tiga prinsip penting iaitu kualiti jenama, perkhidmatan selepas jualan dan operasi penjagaan kesihatan produk dipasarkan. Kami tak ketinggalan disokong pasukan kerja dinamik termasuk di platform media sosial dan teknologi maklumat seperti Facebook, Instagram, Lazada, Shopee dan laman www.primada.com.my," kata Yap Kok Siang.
Dalam pada itu, Yap Kok Siang akur era pandemik turut memberikan cabaran tersendiri kepada syarikat untuk terus bernyawa.
"Cabaran paling hebat kami lalui bukan pada tahun pertama pandemik (2020). Sebaliknya cabaran sebenar datang melanda awal tahun lalu di mana ramai yang menganggur, kos penghantaran naik dengan mendadak dan kenaikan kos bahan mentah.
"Pelbagai bidang ekonomi dalam negara terjejas. Syarikat kami tidak terkecuali. Namun kami tidak mahu mengalah, bahka bertekad akan terus membawa masuk lebih banyak barangan elektrik yang berteknologi dan bermutu tinggi ke dalam negara.
"Ia diiringi dengan harapan supaya dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada perkembangan ekonomi Malaysia pada masa depan," katanya.
Sementara itu, Aznil yang juga bapa tunggal kepada tiga anaknya, Fildza Haifa 32, Fariq Haizen, 27 dan Firdaus Hariz, 13, berkata kehadiran jenama itu memudahkan rutin hidupnya.
Figura kelahiran Kampung Datuk Keramat KL yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (Kategori Pengacara Paling Lama Berkhidmat) itu sendiri juga mengakui skil memasak terus diasah saban hari.
"Apabila jadi bapa tunggal kenalah belajar memasak. Dulu masa zaman bujang, skil itu mungkin terbatas. Tapi sekarang kalau diminta masak menu itu, ini... mungkin saya boleh siapkan.
"Tambah pula, memasak sekarang tak perlu skil. Konsep letak bahan dan campur diperlukan dalam mesin, siap dan boleh dimakan.
"Sejak Mei tahun lalu saya dilantik jadi duta jenama kelengkapan dapur dan barang elektrik jenama Nakada, lagi tambah senang kerja dan hidup ini," katanya.
Bagi selebriti yang aktif dengan kerja kebajikan itu, pembabitannya sebagai duta bukan sekadar melobi dan meningkatkan kesedaran ramai terhadap jenama itu.
"Bahkan saya juga akur pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu memberi kesan kepada ramai orang. Ia termasuk dalam aspek perbelanjaan ekonomi.
"Justeru, saya berbincang dengan pihak mereka untuk mengadakan sesi belian harga istimewa. Permintaan itu diperkenankan dan sekali gus membolehkan orang ramai memiliki barangan jenama itu dengan harga runtuh.
"Setiap minggu atas kapasiti sebagai duta, saya akan buat satu jam sesi siaran langsung di media sosial termasuk Facebook, Instagram dan TikTok. Dalam tempoh itu belian harga duta membolehkan pengikut media sosial membeli barangan jenama itu dengan potongan diskaun hingga 70 peratus," katanya.
Jika di Malaysia, Pak Nil menjadi pilihan. Namun di pasaran Hong Kong, posisi duta sama diambil selebriti Kiki Sheung sejak lebih 10 tahun lalu.
"Kebetulan ketika saya mencari butiran mengenai dirinya (Kiki), kami sebaya berusia 59 tahun.
"Ternyata jenama ini lebih memilih artis senior berbanding budak baru nak 'up' (BBNU). Pengalaman itu lebih mahal nilainya. Saya juga anggap ini rezeki di era pandemik," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://budakbandunglaici.blogspot.com/2022/01/selepas-dua-dekad-jenama-nakada-ikat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Sahkan Dua Kematian Dan 18 Kes Serius Di Penjara Kajang Selepas Suntikan Dos Penggalak Covid 19

Kkm Sahkan Dua Kematian Dan 18 Kes Serius Di Penjara Kajang Selepas Suntikan Dos Penggalak Covid 19

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 763 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan surat daripada pengarah penjara Kajang yang memperincikan 18 kes serius kejadian kesan mudarat berikutan imunisasi termasuk dua kematian banduan selepas gambar surat itu tular di media sosial KKM m...
Dua Askar Israel Maut Ditembak Pasukan Sendiri

Dua Askar Israel Maut Ditembak Pasukan Sendiri

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 313 hits
Dua askar Israel maut ditembak pasukan sendiri BAITULMUQADDIS Dua pegawai tentera Israel terbunuh selepas terlibat dalam satu insiden tembakan ketika mereka melakukan rondaan pada waktu malam lapor agensi berita United Press International s...
Situasi Pendidikan Selepas Dua Tahun Pandemik

Situasi Pendidikan Selepas Dua Tahun Pandemik

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 302 hits
Jurang penguasaan pelajaran masih wujud walaupun pembelajaran secara fizikal sudah bermula dengan kerjasama semua pihak ia mungkin cukup dalam usaha menanganinya sekali gus membantu murid menampung masa yang terbang akibat Covid 19 Murid se...
Rupanya Tengah Kejar Kekasih Curang Dua Beranak Cedera Rempuh Kereta Selepas Langgar Lampu Isyarat

Rupanya Tengah Kejar Kekasih Curang Dua Beranak Cedera Rempuh Kereta Selepas Langgar Lampu Isyarat

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 234 hits
PARIT BUNTAR Dua beranak yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di lampu isyarat Jalan Sempadan di sini hingga rakaman videonya menjadi tular dilaporkan selamat dan hanya mengalami cedera ringan Video berdurasi 12 saat itu mend...
Kasus Asabri Kejagung Periksa Dua Saksi Terkait Pembelian Saham Benny Tjokro

Kasus Asabri Kejagung Periksa Dua Saksi Terkait Pembelian Saham Benny Tjokro

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 155 hits
Pemeriksaan saksi ini dilaksanakan juga dengan mengikuti secara ketat protokol kesehatan antara lain dengan menerapkan 3M Mengingat Indonesia masih dilanda pandemi Covid 19
Kpk Limpahkan Berkas Dakwaan Dua Eks Pejabat Pajak Ke Pengadilan Tipikor

Kpk Limpahkan Berkas Dakwaan Dua Eks Pejabat Pajak Ke Pengadilan Tipikor

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 205 hits
Berkas dakwaan Wawan dan Alfred dalam kasus dugaan suap terkait dengan pemeriksaan perpajakan tahun 2016 dan 2017 pada Direktorat Jenderal Pajak telah dilimpahkan ke Pengadilan Tipikor pada Pengadilan Negeri Jakarta Pusat
Dua Tersangka Korupsi Pembangunan Gedung Sekolah Di Depok Dituntut 1 5 Tahun Penjara

Dua Tersangka Korupsi Pembangunan Gedung Sekolah Di Depok Dituntut 1 5 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 153 hits
Pembacaan tuntutan itu digelar di Pengadilan Tindak Pidana Korupsi Pengadilan Negeri Bandung Tuntutan dibacakan oleh Jaksa Penuntut Umum Kejaksaan Negeri Depok
Wahh Sweetnya Kucing Ni Ramai Terkedu Lihat Dua Kucing Bergabung Ekor Jadi Bentuk Love

Wahh Sweetnya Kucing Ni Ramai Terkedu Lihat Dua Kucing Bergabung Ekor Jadi Bentuk Love

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 329 hits
Simbol perkataan love ini merupakan perkataan yang sangat sinonim jika kita ingin meluahkan rasa sayang atau cinta kepada seseorang Ianya sangat popular sehingga sangat terkanal dan digunakan pakai oleh orang ramai seluruh dunia Walau pun b...
Jangan Heret Saya Jadi Kurang Ajar Kata Dua Ahli Pas Kepada Nik Abduh

Jangan Heret Saya Jadi Kurang Ajar Kata Dua Ahli Pas Kepada Nik Abduh

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 189 hits
FAZLI RADZIPerpecahan dalaman Pas ketika parti itu menjadi kerajaan dilihat semakin memuncak apabila ada ahli parti tersebut bersuara secara terbuka menyekolahkan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz Penyokong tegar ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco