Sistem Pencen Penjawat Awam Perlu Diubah



 
Penjawat awam beruntung kerana dilindungi skim pencen selepas persaraan. Mereka tidak perlu risau hilang sumber pendapatan walaupun tidak lagi bekerja atau tidak mampu meneruskan perkhidmatan.
Bagaimanapun, isu sering didengari kebelakangan ini ialah kemapanan Skim Pencen Perkhidmatan Awam. Ini berikutan saiz perkhidmatan awam bertambah, apatah lagi peningkatan jangka hayat rakyat Malaysia.
Justeru, tanggungan kerajaan untuk membayar pencen semakin meningkat. Maka ia membawa kepada isu persaingan penggunaan dana awam untuk kegunaan lain terutama pembangunan.
Skim pencen sekarang dibiayai kerajaan melalui dana awam. Kerajaan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan kerajaan sebagai majikan menyumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).
KWAP melaburkan wang terkumpul, maka jumlahnya akan berlipat ganda. Wang terkumpul digunakan melunaskan pencen pesara.
Seimbas pandang, skim itu tidak lain adalah sebagai faedah tambahan kepada pekerja kerana ia datang sepenuhnya daripada majikan, manakala pekerja sendiri tidak perlu mencarum.
Ia berbeza dengan model skim pencen memerlukan sumbangan pekerja semasa bekerja atau apa dipanggil sistem pay-as-you-go (PAYG), sekali gus sama dengan sistem KWSP.
Sudah tiba masanya sistem pencen penjawat awam di negara ini berubah kepada konsep PAYG. Mereka perlu diwajibkan mencarum di samping sumbangan daripada majikan.
Sistem ini dijangka mampu meringankan beban kerajaan, seterusnya meningkatkan peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan.
Bukan itu sahaja, alasan lebih kukuh mengenai kebaikan sistem ini berbanding kaedah semasa adalah kerana ia menerapkan elemen progresif.
Elemen progresif yang dimaksudkan ialah kemampuan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi. Pada masa sama, kebajikan pekerja tidak tergugat, yakni pesara terus menerima pencen seperti sedia.
Sistem caruman PAYG ini turut menjernihkan isu dikaitkan dengan pesara menerima gaji tanpa bekerja.
Pengukuhan pertumbuhan ekonomi dijana sistem ini adalah berkaitan penerapan produktiviti ke dalam ekonomi. Skim pencen berasaskan caruman pekerja meningkatkan produktiviti.
Ini berbeza dengan skim berdasarkan kebajikan yang memberi impak negatif kepada produktiviti. Ia perkara biasa dikaitkan dengan sistem kebajikan sosial. Ia tidak menggalakkan pekerja untuk bekerja lebih kuat kerana tidak memberi kesan kepada kebajikan mereka.
Sistem PAYG sebaliknya boleh dirangka dengan penerapan nilai kerajinan bekerja dalam kalangan pekerja. Jumlah pencen diterima boleh dikaitkan dengan prestasi seseorang pekerja.
Selain itu, sistem ini membabitkan perpindahan faedah antara generasi. Pencen diterima pesara sekarang, realitinya dibayar melalui hasil caruman pekerja masih aktif.
Wang caruman pekerja terus masuk ke tabung KWAP untuk dilaburkan dan juga bagi membayar pencen pesara kini.
Hal ini berbeza dengan konsep KWSP yang pencarum menabung dan berhak menerima dividen. Pencen mereka bergantung kepada jumlah ditabung berserta dividen ketika bersara.
Selagi produktiviti pekerja tumbuh dengan positif, sistem ini dijangka kekal mampan. Produktiviti pekerja pula berkemungkinan besar tidak akan menurun. Paling buruk pun, pertumbuhan produktiviti menjadi perlahan. Maka, kelestarian sistem ini tidak perlu digusarkan.
Sementara itu, perubahan sistem daripada tiada caruman kepada caruman pekerja boleh dilakukan tanpa memberi tekanan kepada pekerja. Bahkan, ia boleh dilakukan dengan memberi manfaat tambahan.
Kerajaan secara efektifnya akan mengurangkan sumbangan kepada KWAP kerana digantikan sumbangan daripada pekerja. Maka, lebihan itu mungkin boleh ditimbangkan untuk kenaikan gaji penjawat awam secara menyeluruh.
Kenaikan ini akan memberi dorongan kepada kenaikan gaji swasta, seterusnya memberi kesan positif kepada produktiviti. Ini dapat membantu menyelesaikan isu gaji rendah di negara ini.
Dalam pada itu, caruman pekerja perlu juga diberi pelepasan cukai pendapatan. Ia faedah tambahan kepada pekerja sebagai motivasi untuk berhijrah kepada sistem caruman ini.
Penulis adalah Felo Kanan Social Welbeing Research Centre (SWRC), Universiti Malaya
The post Sistem pencen penjawat awam perlu diubah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/01/sistem-pencen-penjawat-awam-perlu-diubah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sistem-pencen-penjawat-awam-perlu-diubah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sikap Menindas Dan Ugut Penjawat Awam

Sikap Menindas Dan Ugut Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 291 hits
Penjawat awam jika tidak ditindas Mana mungkin mereka berani mempertikai atau fitnah kepada pihak atasan Penjawat awam keseluruhannya perlu BERSATU dalam hal ini Exco Kesihatan sepatutnya membela penjawat awam KKM bukannya ugut Siapa yang m...
Pm Gesa Penjawat Awam Segerakan Bantuan Rakyat

Pm Gesa Penjawat Awam Segerakan Bantuan Rakyat

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 185 hits
MALAYSIA NOWProses permohonan penyampaian bantuan akan disegerakan bagi membantu rakyat mengatasi masalah kewangan akibat penularan Covid 19 Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membaca doa selepas menyampaikan Amanat Perdana Setahun Malaysia P...
Shanmugam Bertegas Keputusan Gubal Dasar Awam Tidak Condong Kepada Kumpulan Agama Tertentu

Shanmugam Bertegas Keputusan Gubal Dasar Awam Tidak Condong Kepada Kumpulan Agama Tertentu

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 188 hits
SINGAPURA Meskipun kebebasan beragama terjamin di Singapura keputusan yang diambil semasa menggubal dasar dasar awam tidak dibuat untuk memihak kepada kumpulan agama tertentu menurut Menteri Undang Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shan...
Kad Lanyard Khas Bagi Penumpang Sakit Dapat Tempat Duduk Di Pengangkutan Awam

Kad Lanyard Khas Bagi Penumpang Sakit Dapat Tempat Duduk Di Pengangkutan Awam

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 233 hits
SINGAPURA Penumpang yang mempunyai masalah perubatan jangka panjang yang membuat mereka tidak boleh berdiri lama akan dapat menggunakan tanda pengecaman untuk membantu mereka mendapatkan tempat duduk di dalam bas dan kereta api di sini Mula...
Hiburan Solat Depan Lif Lufya Omar Kesal Surau Awam Masih Ditutup Kepada Orang Ramai

Hiburan Solat Depan Lif Lufya Omar Kesal Surau Awam Masih Ditutup Kepada Orang Ramai

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 321 hits
Pelakon Lufya Omar baru baru ini ada meluahkan perasaan kesal apabila dia terpaksa menunaikan rukun Islam pertama di kawasan lif sebuah pusat membeli belah gara gara surau masih belum dibuka untuk kegunaan orang ramai Sumber Instagram Lufya...
Vaksinasi Swasta Tidak Boleh Korbankan Dos Bagi Orang Awam Kata Badan Pemikir

Vaksinasi Swasta Tidak Boleh Korbankan Dos Bagi Orang Awam Kata Badan Pemikir

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 253 hits
Bekalan vaksin untuk orang awam tidak boleh diberikan kepada sektor swasta untuk dijual kata CEO Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Mohd Khalib PETALING JAYA Ketua badan pemikir tempatan menekankan bahawa sebarang rancangan ...
1 001 Masalah Di Pasar Awam Batu Pahat

1 001 Masalah Di Pasar Awam Batu Pahat

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 196 hits
Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT MOHD Rashid Hasnon bersama wakil MPBP meninjau keadaan Pasar Awam Batu Pahat yang mula bermasalah termasuk tangki kumbahan tersumbat di Jalan BATU PAHAT Ibarat rumah siap pahat masih berbunyi ia sesuai untuk menggam...
Pdip Buka Peluang Revisi Uu Pemilu Tapi Uu Pilkada Tak Diubah

Pdip Buka Peluang Revisi Uu Pemilu Tapi Uu Pilkada Tak Diubah

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 231 hits
Anggota Komisi II DPR RI ini menjelaskan pengalaman Pemilu 2019 perlu evaluasi kembali sistem keserentakan pemilihan presiden DPR DPD sampai DPRD provinsi dan kabupaten kota
Pan Tanggapi Usul Pdip Uu Pemilu Tidak Perlu Diubah

Pan Tanggapi Usul Pdip Uu Pemilu Tidak Perlu Diubah

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 197 hits
Ketua Fraksi PAN DPR RI Saleh Daulay mengatakan PAN tetap dalam sikap menolak revisi UU Pemilu
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran