Vaksinasi Swasta Tidak Boleh Korbankan Dos Bagi Orang Awam Kata Badan Pemikir


Jason ThomasBekalan vaksin untuk orang awam tidak boleh diberikan kepada sektor swasta untuk dijual, kata CEO Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Mohd Khalib.PETALING JAYA: Ketua badan pemikir tempatan menekankan bahawa sebarang rancangan untuk membenarkan hospital swasta membeli bekalan vaksin Covid-19 mereka sendiri dan mengagihkannya tidak boleh mengancam kelangsungan program imunisasi kerajaan.
Ketua pegawai eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Mohd Khalib berkata, langkah membenarkan hospital swasta mendapatkan dan mengagihkan vaksin membolehkan orang ramai mendapatkannya sebelum Februari 2022 sekaligus mengecualikan mereka daripada senarai penerima vaksin awam tanpa kos kepada rakyat atau menjejaskan bekalan vaksin.
“Ini juga akan meningkatkan liputan program vaksinasi kerajaan sedia ada dan memastikan dos-dos vaksin diberikan kepada mereka yang paling memerlukan,” kata beliau kepada FMT.
“Pilihan swasta untuk pengambilan vaksin Covid-19 harus disediakan secepat mungkin. Namun, ia tidak boleh mengorbankan atau bersaing dengan program awam.
“Bekalan vaksin untuk orang awam tidak boleh diberikan kepada sektor swasta untuk dijual.”
Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Khairy Jamaluddin sebelum ini memberitahu portal berita kesihatan CodeBlue bahawa walaupun tidak ada peruntukan segera untuk hospital swasta untuk membeli dan menjalankan program vaksinasi mereka sendiri, tetapi cadangan tersebut akan dipertimbangkan oleh kerajaan “nanti”.
Dalam kenyataan semalam, Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berharap agar hospital swasta diberi peluang untuk mendapatkan vaksin daripada pelbagai sumber setelah mendapat kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Dengan menyatakan bahawa tempoh menjelang tarikh akhir Februari “sangat panjang dan tidak dapat diterima”, APHM berkata, hospital swasta dapat digerakkan dengan cepat untuk melengkapkan usaha kerajaan memastikan majoriti populasi divaksinasi dalam tempoh sesingkat mungkin untuk membantu mencapai imuniti kelompok.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Subramaniam Muniandy bersetuju dengan cadangan itu dan meminta kerajaan menelitinya kerana bagi beliau, kecepatan pemberian vaksin adalah “sangat penting”.
Beliau menganggarkan bahawa 270,000 orang akan menerima vaksin sehari sekiranya 9,000 fasiliti mampu memberi vaksin kepada 30 orang sehari.
Subramaniam menyatakan bahawa vaksinasi di fasiliti swasta akan membolehkan mereka yang mampu untuk membayar kosnya tanpa membebankan kerajaan.
Ini sangat berguna untuk mereka yang perlu membuat perjalanan, yang merancang untuk belajar di luar negara dan syarikat-syarikat yang mungkin mahu membiayai vaksinasi kakitangan mereka yang berurusan dengan orang ramai, tambah beliau.
“Ini juga akan membolehkan kerajaan menumpukan perhatian kepada kumpulan yang lebih besar untuk divaksinasi,” kata beliau dalam kenyataan.
“Sektor swasta bersedia untuk mengumpulkan perolehan (vaksin), dengan beberapa kerajaan negeri juga berminat, dan menurunkan kos kepada harga yang disarankan.
“Objektifnya yang utama adalah mencapai seramai mungkin (penerima vaksin) secepat mungkin agar ekonomi negara dapat pulih lebih cepat.”
Antara mereka yang mempunyai pandangan berbeza ialah Dr Khor Swee Kheng, pakar sistem dan dasar kesihatan, yang memberi amaran bahawa membuka pasaran swasta untuk vaksin akan meningkatkan ketidaksamaan.
“Setiap dos untuk orang kaya bererti kurang satu dos untuk doktor dan jururawat di barisan hadapan,” kata beliau di Twitter.
Khor juga berkata “kecepatan mencapai imuniti kelompok” tidak bergantung kepada bilangan pemberi vaksin atau jumlah kerjasama awam-swasta. Sebaliknya, ia lebih bergantung kepada bekalan vaksin dan keyakinan masyarakat terhadapnya.
Walaupun beliau menyokong pembukaan pasaran swasta untuk vaksin, Khor mencadangkan dua syarat untuk masa yang sesuai membuka pasaran tersebut.
Selain memastikan tiga atau lebih vaksin diluluskan oleh NPRA, beliau ingin melihat Malaysia melengkapkan fasa pertama dan kedua vaksinasi dahulu – untuk petugas barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi – sebelum membenarkan fasiliti swasta mula mengagihkan vaksin.
“Menunggu hingga Ogos akan memastikan kita memberikan dos pertama kepada golongan yang rentan dan memastikan persaingan vaksin yang cukup supaya harga akan menjadi rendah apabila hospital swasta akhirnya dibenarkan menjualnya,” kata beliau.
“Tidak perlu terburu-buru untuk membuka pasaran swasta sekarang. Mari kita bantu memperkuatkan program vaksinasi kerajaan terlebih dahulu.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/vaksinasi-swasta-tidak-boleh-korbankan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hospital Swasta Digunakan Sebagai Pusat Vaksinasi Kata Menteri

Hospital Swasta Digunakan Sebagai Pusat Vaksinasi Kata Menteri

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 175 hits
Khairy Jamaluddin berkata usaha giat akan dilakukan untuk memberi 75 000 ke 150 000 suntikan sehari Khairy Jamaluddin berkata kerajaan akan memasukkan lebih banyak hospital swasta bagi Fasa 2 dan 3 seperti yang diumumkan sebelum ini Gambar ...
Pas Boleh Menang Lebih Banyak Kerusi Jika Bersama Umno Berbanding Ppbm Kata Penganalisis

Pas Boleh Menang Lebih Banyak Kerusi Jika Bersama Umno Berbanding Ppbm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 309 hits
freemalaysiatoday com March 5 2021 7 00 AMPenganalisis berkata peluang PAS memenangni lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum akan datang lebih cerah jika parti itu bekerjasama dengan Umno berbanding PPBM PETALING JAYA Penganalisis poli...
Hiburan Peminat Kata Wajah Nampak Pucat Dan Kecut Kamal Adli Kini Semakin Susut Tubuh Badan

Hiburan Peminat Kata Wajah Nampak Pucat Dan Kecut Kamal Adli Kini Semakin Susut Tubuh Badan

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 193 hits
Pelakon Kamal Adli yang baru baru ini menghilangkan diri seketika daripada media sosial telah membuat kemunculan semula bagi mengubati kerinduan peminat Sumber Instagram Kamal Adli Namun peminat rata rata meluahkan perasaan terkejut kerana ...
Video Boleh Lapor Pada Polis Jika Jiran Buat Bising Ganggu Ketenteraman Awam Abang Polis Beri Penjelasan

Video Boleh Lapor Pada Polis Jika Jiran Buat Bising Ganggu Ketenteraman Awam Abang Polis Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 242 hits
159 total views 159 views today Kalau dah nama hidup berjiran ni mestilah kena bertolak ansur antara satu sama lain Barulah hidup berjiran sentiasa positif dan saling membantu jika kita dalam kesusahan Tapi tidak dinafikan juga jika ada ses...
Tiada Lagi Alasan Parlimen Boleh Kembali Bersidang Pada Mei Dengan Vaksinasi

Tiada Lagi Alasan Parlimen Boleh Kembali Bersidang Pada Mei Dengan Vaksinasi

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 175 hits
PETALING JAYA Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata Parlimen boleh kembali bersidang pada Mei selepas semua Ahli Parlimen diberi vaksin Beliau memberi cadangan itu berdasarkan semua 220 Ahli Parlimen diberi vaksin menjel...
Umno Saja Tak Boleh Berkuasa Ppbm Pun Perlu Muafakat Demi Orang Melayu Kata Rais

Umno Saja Tak Boleh Berkuasa Ppbm Pun Perlu Muafakat Demi Orang Melayu Kata Rais

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 286 hits
Rais Yatim berkata setiap parti perlu ada jiwa bekerjasama dan memajukan negara bersama selain berpendapat mana mana orang Melayu yang tidak rela bekerjasama kedudukan kebangsaannya boleh dipersoal JELEBU Umno dan PPBM perlu bermuafakat dem...
Agong Kata Boleh Gomen Kata Tak Boleh

Agong Kata Boleh Gomen Kata Tak Boleh

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 214 hits
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berpendapat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya sudah menjadi Perdana Menteri Pengerusi Forum Ekonomi Islam Sedunia berkenaan berkata beliau tanpa keraguan menyifatkan Anwar me...
Pas Boleh Kerjasama Dengan Ppbm Tapi Jangan Susahkan Umno Kata Tajuddin

Pas Boleh Kerjasama Dengan Ppbm Tapi Jangan Susahkan Umno Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 247 hits
Faiz ZainudinKUALA LUMPUR Umno tidak ada halangan untuk PAS bekerjasama dengan PPBM selagi PAS tidak membantu parti itu menyerang calon Umno pada pilihan raya umum ke 15 kata Tajuddin Abdul Rahman Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu menega...
Isma Kata Bmf Boleh Berjaya Tanpa Parti Pas

Isma Kata Bmf Boleh Berjaya Tanpa Parti Pas

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 149 hits
March 9 2021 Kempen Buy Muslims First yang selalu dilaungkan sebenarnya tidak perlu kepada kempen parti politik untuk dijayakan di dalam masyarakat Ini kerana membina rantaian ekonomi umat Islam yang tersendiri juga boleh dimainkan oleh per...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Titah Addendum Kenyataan Dan Pendirian Anwar Didorong Pemegang Saham Terbesar Pakatan Harapan

Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams