Sistem Brek Kereta


Assalamualaikum…
Agak lama juga tak berkongsi tentang Dunia Kereta ni , maklumlah sejak dua menjak dan tiga menjak ni teramat sibuk sedikit . Ok pada hari ini ada sejikit masa untuk berkongsi tentang Sistem Brek Kereta .
Unuk pengetahuan semua , Brek adalah sejenis alat yang digunakan bagi memperlahankan atau menghentikan pergerakan sesebuah mesinatau kenderaan, atau boleh jadi juga alat bagi menghalangnya daripada mula bergerak lagi . Tenaga kinetik yang hilang daripada bahagian bergerak biasanya ditukarkan kepada haba oleh daya geseran. Alternatifnya , dalam pembrekan janaan, sejumlah tenaga dipulihkan dan disimpan di dalam roda tenaga, kapasitor ataupun ditukar kepada arus ulang-alik oleh pengulangalik, seterusnya ditukarkan kepada arus terus sebelum disimpan di dalam bateri bagi kegunaan akan datang .
Sila ambil perhatian bahawa tenaga kinetik bertambah berkadaran dengan nilai kuasa dua halaju (hubungan E = 1/2·m·v2) . Ini bermakna jika kelajuan kenderaan bertambah , ia mempunyai empat kali ganda jumlah tenaga . Oleh itu brek mestilah menghilangkan empat kali ganda tenaga bagi menghentikan kenderaan dan hasilnya jarak membrek akan jadi empat kali lebih lama .
Brek dipasang pada kebanyakan kenderaan beroda termasuklah kereta, lori, kereta api, motosikal dan basikal.
Sesetengah kapal terbang dipasang dengan brek roda di bahagian bawah. Beberapa kapal terbang turut menampilkan brek udara yang direka bagi memperlahankannya semasa penerbangan . Nyahpecutan dan mengelak pecutan semasa menuruni bukit boleh juga dicapai dengan menggunakan gear rendah .
Brek geseran pada kereta menyimpan haba pada bahagian berputar ( brek gelendong atau brek cakera ) semasa brek dikenakan dan melepaskannya ke udara secara beransur-ansur .
Kesan terhadap pencemaran bunyi
Aksi membrek pada kenderaan bermotor menghasilkan keluaran bunyi yang boleh dikenali , bergantung kepada jenis tayar serta permukaan jalan bagi menghasilkan kesan yang boleh diterima bagi tahap bunyi yang terhasil daripada kenderaan yang sedang bergerak . Terdapat satu julat yang boleh diterima dalam penumpuan akustif yang dihasilkan bergantung kepada reka bentuk bunga tayar dan kecepatan nyahpecutan yang diperlukan bagi memperlahankan kenderaan .
Brek cakera adalah sejenis alat bagi memperlahankan atau menghentikan putaran roda kenderaan . Cakera brek ( juga dipanggil rotor ) biasanya diperbuat daripada besi tuang ataupun komposit seramik ( termasuklah karbon , kevlar dan silika ) serta disambungkan pada roda dan / atau gandar . Untuk menghentikan roda, bahan geseran dalam bentuk kasut brek ( dipasang pada angkup brek ) dikenakan daya secara mekanikal , hidraulik , pneumatik atau elektromagnet pada kedua-dua bahagian cakera . Geseran menyebabkan cakera dan roda yang disambungkan diperlahankan atau dihentikan.
Lazimnya , boleh dikatakan brek hadapan bagi kesemua kereta moden dan kebanyakan motosikal moden menggunakan brek cakera . Kini brek cakera turut digunakan pada go-kart dan juga basikal .
Bahagian brek cakera Sesebuah brek cakera terdiri daripada:-
Cakera brek – cakera berputar yang disambungkan pada roda. Ada cakera brek yang mempunyai sirip haba bagi membuang haba berlebihan daripada cakera . Selain itu , terdapat juga cakera brek yang berlubang, bertujuan menambah luas permukaan cakera yang terdedah pada udara untuk menyejukkannya dengan lebih cepat .Angkup brek – menempatkan omboh brek dan kasut brek . Bagi reka bentuk brek cakera angkup terapung , angkup brek turut bergerak akibat tekanan hidraulik atau mekanikal bagi menyeimbangkan dengan daya yang dikenakan pada omboh , dan seterusnya angkup turut bertindak mengenakan daya geseran pada satu lagi permukaan cakera.Omboh – menukarkan tenaga hidraulik kepada tenaga kinetik, yang digunakan untuk mengenakan daya kepada kasut brek dan seterusnya ke cakera brek.Kasut brek – bahan geseran bagi memperlahankan atau menghentikan pergerakan cakera. Reka bentuk brek cakera secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis:-
Angkup tetap – Angkup dibolkan atau diskrukan terus pada sistem gantungan untuk mengelakkan angkup daripada bergerak . Daya membrek dikenakan pada kedua-dua belah cakera melalui beberapa omboh di kedua-dua belah angkup . Reka bentuk ini popular pada kenderaan perlumbaan seperti motosikal sport dan kereta sport .Angkup terapung – Angkup disambungkan pada sistem gantungan tetapi angkup masih boleh bergerak kerana dipasang pada satu pin pemandu. Tidak seperti jenis angkup tetap, kasut brek pada sebelah bahagian cakera dipasang pada angkup dan bukan pada omboh seperti pada permukaan cakera yang satu lagi. Lebihan tekanan hidraulik yang dikenakan pada omboh seterusnya dikenakan pada angkup, menyebabkan daya membrek pada sebelah bahagian cakera dikenakan oleh omboh manakala sebelah lagi oleh angkup . Sejarah Brek Brek cakera mula digunakan di England pada dekad 1890an ; kereta pertama yang menggunakan brek cakera dipatenkan oleh Frederick William Lanchester di kilang Birminghamnya pada tahun 1902 , walaupun setelah setengah abad barulah ciptaannya diterima pakai umum .
Brek cakera gaya moden mula muncul pada kereta Crosley Hotshot yang dikeluarkan dengan jumlah terhad pada 1949 , walaupun pengeluarannya dihentikan pada tahun 1950 kerana masalah reka bentuk . [1] Chrysler Imperial juga menawarkan brek cakera dari tahun 1949 sehingga 1953, walaupun ia turut disertakan dengan dua plat tekanan kitaran penuh, mengembang dalam. Brek cakera yang boleh diharap dibangunkan di UK oleh Dunlop dan mula tampil pada tahun 1953 pada kereta lumba Jaguar C-Type . Kereta Citroën DS 1955 , dengan brek cakera berkuasa , dan Triumph TR3 1956 adalah kereta Eropah pertama yang menggunakan brek cakera moden . [2] Kereta pengeluaran pertama yang menggunakan brek cakera hadapan dan belakang ialah Austin-Healey 100S pada tahun 1954. [3] Kereta pengeluaran Amerika seterusnya yang menggunakan brek cakera adalah Studebaker Avanti1963[4] ( pilihan pada model Studebaker yang lain), peralatan wajib pada kereta Rambler Marlin 1965 (pilihan pada model AMC yang lain) , dan Chevrolet Corvette Stingray (C2) 196 5.
Brek cakera menawarkan kuasa membrek yang lebih baik daripada brek gelendong, termasuk ketahanan daripada “ kepudaran brek ” yang disebabkan komponen brek yang terlampau panas, serta mampu pulih dengan cepat setelah terendam di dalam air ( brek yang basah adalah kurang berkesan ). Tidak seperti brek gelendong , brek cakera tiada kesan servo sendiri dan daya membrek sentiasa berkadaran dengan tekanan pada injak atau tuas brek .
Terdapat banyak penggunaan awal brek cakera kereta yang ditempatkan pada bahagian dalam aci pacuan , berhampiran gear pembeza , tetapi kebanyakan brek kereta hari ini terletak tersembunyi di dalam roda.
Brek cakera paling popular pada kereta sport pada awal pengenalannya, memandangkan kenderaan tersebut amat memerlukan kuasa membrek yang tinggi . Kini brek cakera menjadi lazim pada kebanyakan kereta penumpang , walaupun masih banyak model kereta ( khususnya kereta kecil ) yang menggunakan brek gelendong belakang bagi mengurangkan kos serta berat di samping mempermudahkan rekaan brek tangan .
Sumber : AMIAUTO
The post Sistem Brek Kereta appeared first on wanzawawi[dot]net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wanzawawi.net/2021/03/sistem-brek-kereta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkara Yang Perlu Kita Tahu Semasa Klaim Cermin Depan Kereta Bahagian 2

Perkara Yang Perlu Kita Tahu Semasa Klaim Cermin Depan Kereta Bahagian 2

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 205 hits
Sangat berbaloi jika kita beli tambahan insurans cermin depan kenderaan tapi sebelum tu sila ambil tahu beberapa perkara sebelum serah ke bengkel cermin kenderaan Semasa perbaharui insurans kenderaan pastikan insurans cermin depan anda meng...
Badut Kini Terpaksa Tinggal Dalam Kereta

Badut Kini Terpaksa Tinggal Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 220 hits
Memang menyedihkan namun begitulah nasib menimpa pemain cosplay dan badut Yulius Atma Negara Thamrin dan isterinya yang tiada tempat tinggal dan berteduh di dalam kereta sejak setahun lalu Ia berikutan Yulius 30 yang mesra disapa Yan tidak ...
Hiburan Kini Jual Pewangi Kereta Dan Rumah Saharul Ridzwan Tak Ralat Keluar Modal Hampir Rm250 000 Untuk Berniaga

Hiburan Kini Jual Pewangi Kereta Dan Rumah Saharul Ridzwan Tak Ralat Keluar Modal Hampir Rm250 000 Untuk Berniaga

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 414 hits
Pelakon drama Cinta Sekali Lagi Saharul Ridzwan berkata kini sudah tiba masa untuk dirinya menceburkan diri dalam bidang perniagaan setelah hampir 10 tahun bergiat aktif dalam bidang lakonan Sumber Instagram Saharul Ridzwan Saharul yang dit...
Kereta Ini Cuba Menjadi Yang Pertama Mencecah Kelajuan 1000 Batu Sejam

Kereta Ini Cuba Menjadi Yang Pertama Mencecah Kelajuan 1000 Batu Sejam

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 181 hits
Sejak dari awal penciptaannya sudah ada golongan yang ingin mencipta kereta yang paling panta di dunia Pemegang rekod pertama kereta terpantas dunia dipegang oleh Jeantaud Duc pada tahun 1898 dengan kelajuan 63 15 km j Rekod kenderaan darat...
Lelaki Maut Kereta Terbabas Rempuh Pokok

Lelaki Maut Kereta Terbabas Rempuh Pokok

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 321 hits
LELAKI MAUT KERETA TERBABAS REMPUH POKOK JOHOR BAHRU Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok di Taman Impian Ema di sini hari ini Dalam kejadian pada pukul 4 56 petang Yap Whye Xin 28 yang memandu ...
Selama Ppkm Mikro Mrt Jakarta Sesuaikan Keberangkatan Kereta

Selama Ppkm Mikro Mrt Jakarta Sesuaikan Keberangkatan Kereta

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 148 hits
Effendi mengimbau masyarakat tetap disiplin menerapkan protokol kesehatan di lingkungan MRT Jakarta seperti memakai masker menjaga jarak rajin mencuci tangan serta tidak berbicara baik satu atau dua arah selama di dalam kereta dan area pero...
Video Beli Kereta Mampu Bayar Tol Rm3 50 Tak Mampu

Video Beli Kereta Mampu Bayar Tol Rm3 50 Tak Mampu

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 243 hits
117 total views 117 views today Setelah beberapa hari mendiamkan diri nama Myvi kembali viral di media sosial dan kes kali ini melibatkan seorang pemandunya melakukan onar di plaza tol Mex Putrajaya Berdasarkan video dashcam berdurasi 31 sa...
Geng Zul Sindiket Jual Kereta Klon Tumpas

Geng Zul Sindiket Jual Kereta Klon Tumpas

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 234 hits
Kereta kereta yang dirampas hasil kejayaan menumpaskan sindiket Geng Zul di Kuala Lumpur Foto SHAFIY ZUL KUALA LUMPUR Penemuan sebuah kereta jenis Honda TC P dengan nombor casis telah diubahsuai gara gara pemiliknya gagal melunaskan ansuran...
Cfo Bmw Pula Mengatakan Beliau Tidur Dengan Aman Walaupun Apple Membangunkan Kereta

Cfo Bmw Pula Mengatakan Beliau Tidur Dengan Aman Walaupun Apple Membangunkan Kereta

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 160 hits
Hasrat Apple untuk melancarkan kereta elektrik swapandu mereka bukan lagi misteri lebih lebih lagi selepas usahasama dengan Hyundai telah ditamatkan secara mendadak Hyundai enggan menjadi sekadar pengilang kepada kereta Apple sedangkan mere...
Moira Dela Torre Artis Filipina Pilih Kuala Lumpur Sebagai Hentian Pertama Moira World Tour 2024

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Filem Reversi

Cadangan Tambah Baik Gaji Penjawat Awam Diumum 1 Mei Pm

K Speed Strikes Again With A Menacing Honda Dax Caf Racer



Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix


Klia Shooting Malaysia Airports Honours Security Personnel

Rm80mil Allocated For National Heart Centre In Sabah

Changing From Sweet To Less Sweet To Finally Unsweetened

Kad Hari Raya Koleksi Idea Dan Rekabentuk Menarik

Masum 2024 Senarai Sukan Dan Tarikh Pertandingan

Tanda Tanda Kolesterol Tinggi Dan Cara Cara Mengurangkan Kolesterol Ke Paras Normal