Siri Penerangan Statut Rom Cubaan Pengaruhi Pandangan Awam


Wartawan MalaysiaGazette Reezal Merican Naina Merican
KUALA LUMPUR – Kehadiran Peguam Negara dalam beberapa siri penerangan berhubung Statut Rom memberi bayangan bahawa kerajaan sedang berusaha  bersungguh-sungguh mempengaruhi pandangan awam untuk berhubung perjanjian itu.

Tindakan itu bukan sahaja menyanggah keputusan Majlis Raja-Raja, sebaliknya usaha itu akan hanya memperlihatkan institusi Raja Perlembagaan di negara ini ‘diserang’ dengan sindiran pedas dan pahit.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Peguam Negara tidak seharusnya menggunakan forum terbuka untuk menyerang keputusan konsensus Majlis Raja-Raja, malah Tommy Thomas tidak sewajarnya menggunakan nada sinis dan bercakap tentang hilangnya kekebalan Raja-Raja.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu mempersoalkan siapa Peguam Negara untuk membangkitkan isu itu selepas keputusan konsensus Majlis Raja-Raja berhubung ratifikasi Statut Rom sudah diputuskan.

“Saya beranggapan, Peguam Negara terlebih biadap, penuh helah dan menghampiri garis derhaka. Peguam Negara tidak sewajarnya tampil mempertahan “kelemahan” diri sendiri dalam mengemukakan hujah serong.

“Duli Tuanku sudah bertitah. Keputusan konsensus Majlis Raja-Raja muktamad. Siapa Peguam Negara ingin membangkitkan isu ini semula? ,” kata Ahli Parlimen Kepala Batas itu.

Malah, katanya, kenyataan Peguam Negara berkenaan kuasa isytihar perang misalnya, adalah amat serong dan terkhilaf kerana daripada segi teknikal undang-undang berdasarkan kepada Perkara 39, 74, 80 dan butiran 2(e) Jadual Kesembilan jelas memberikan kuasa kepada Parlimen untuk mengisytiharkan peperangan.

Berdasarkan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama bagi Persekutuan [Fasal (1) Perkara 32(1)], juga mempunyai kuasa mempunyai kuasa eksekutif Persekutuan [Perkara 39], merupakan pemerintah tertinggi angkatan tentera [Perkara 41] dan adalah salah satu daripada tiga tonggak utama yang membentuk Parlimen Malaysia [Perkara 44].

“Bersendikan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu tadi, amat mudah difahami, perkara 32, 39, 74, dan 44 jelas menunjukkan bahawa YDPA merupakan antara individu yang memainkan peranan dan mempunyai kaitan langsung dengan proses membuat keputusan/undang-undang tersebut dan memberikan untuk melaksanakan keputusan/undang-undang tersebut dalam kapasiti sebagai Ketua Negara, Parlimen dan kuasa eksekutif.

“Oleh yang demikian, Yang di-Pertuan Agong bukan sekadar simbol di dalam Perlembagaan Persekutuan, malahan dilihat sebagai entiti yang mempunyai peranan yang sangat jelas dalam pentadbiran dan urusan undang-undang negara.

“Oleh itu, hujah bahawa hak dan keistimewaan Yang di-Pertuan Agong tidak terkesan sama sekali dengan penyertaan Statut Rom adalah amat longgar dan tidak tepat.,” tambahnya.

Kalaupun mahu mempertahan hujah, Tommy perlu menggunakan fakta yang lebih padu dan ampuh dengan tidak menyalahkan berita palsu jika beliau sendiri mempunyai pemahaman Perlembagaan yang longgar dan terlalu liberal.

Lantaran itu, katanya, seorang Peguam Negara yang celupar dan gagal menyantuni pendirian Yang di-PertuanAgong dan Majlis Raja-Raja sudah tidak layak berada dalam jawatan itu.

“Berundurlah dari jawatan jika kesetiaan dan kejujuran tidak lagi dapat diberikan kepada Raja-Raja dan Perlembagaan Negara. Tindakan PeguamNegara yang menyeleweng Perlembagaan mengikut kehendak sendiri semata-mata mahu memusnahkan martabat institusi perundangan negara,” ujarnya.

Tambahnya lagi, kerajaan dan Kabinet bertanggungjawab untuk meletakkan titik noktah kepada kekeliruan yang kian berlanjutan ini.

Reezal juga menegur kerajaan apabila pandangan rakyat termasuk mufti terhadap apa yang berlaku mutakhir ini tidak wajar dianggap “pekak” dan “tuli”.

Jelasnya, yang sebenarnya pekak adalah mereka yang menganggap diri mereka baik dan hebat sepanjang masa. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/siri-penerangan-statut-rom-cubaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jabatan Peguam Negara Sebelum Ini Tidak Setuju Ratifikasi Statut Rom Anifah

Jabatan Peguam Negara Sebelum Ini Tidak Setuju Ratifikasi Statut Rom Anifah

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 442 hits
KUALA LUMPUR 2 Mei Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman tidak menandatangani Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada Mac 2011 berdasarkan nasihat Jabatan Peguam Negara yang pada masa itu tidak bersetuju dengan keputusan untuk Mal...
Statut Rom Malangnya Mereka Silap Lagi Tun Abdul Hamid

Statut Rom Malangnya Mereka Silap Lagi Tun Abdul Hamid

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 342 hits
Kedua belah pihak melakukannya atas alasan yang salah dan mengelirukan orang ramai untuk menyokong pihak masing masing www tunabdulhamid my WALAUPUN kerajaan Pakatan Harapan telah memutuskan dan mengisytiharkan tidak akan meneruskan cadanga...
Statut Rom Hormati Perlembagaan Persekutuan

Statut Rom Hormati Perlembagaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 323 hits
UMMMAH menyokong penuh keputusan Kerajaan Malaysia untuk menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom UMMAH berpendirian bahawa perkenan Majlis Raja Raja mesti diperoleh terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat oleh kerajaan terut...
Henti Kekang Wacana Rakyat Forum Ilmiah Berkaitan Statut Rom

Henti Kekang Wacana Rakyat Forum Ilmiah Berkaitan Statut Rom

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 360 hits
Pada 1 MEI 2019oleh PENTADBIRDua pemimpin muda DAP membantah tindakan polis menyiasat forum akademik berkaitan Statut Rom yang diadakan pada Sabtu lalu di Universiti Malaya mengikut Akta Hasutan Menurut Setiausaha Politik kepada Ahli Parlim...
Siasat Forum Statut Rom Bukan Bermaksud Dakwa Pm

Siasat Forum Statut Rom Bukan Bermaksud Dakwa Pm

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 310 hits
Diterbitkan Hari ini 12 17 tengahariPerdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata siasatan polis terhadap penganjur forum Statut Rom baru baru ini bukan bermaksud untuk menghalang kebebasan bersuara Beliau menegaskan peranan polis memastikan ...
Malaysia Masih Tersenarai Dalam Statut Rom Kerajaan Perlu Jawab

Malaysia Masih Tersenarai Dalam Statut Rom Kerajaan Perlu Jawab

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 477 hits
Mengapa Malaysia masih dalam senarai Statut Rom Pertubuhan peguam mendesak penjelasan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah mengapa Malaysia dilihat masih berada dalam senarai menyertai Statut Rom meskipun telah sebulan Kabinet memutuskan m...
Akhirnya Apa Yang Tmj Katakan Tentang Statut Rom Ternyata Benar

Akhirnya Apa Yang Tmj Katakan Tentang Statut Rom Ternyata Benar

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 789 hits
Dato Lokman Noor bin Adam Hari ini Tun Mahathir mengelar TMJ sebagai budak kecil yang bodoh dan tidak tahu apa apa Sebaliknya hakikat dan realitinya TMJ lah satu satunya anggota kerabat diraja yang berani bangkit menyanggah Perdana Menteri ...
Malaysia Secara Rasmi Dikeluarkan Dari Statut Rom

Malaysia Secara Rasmi Dikeluarkan Dari Statut Rom

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 263 hits
foto sumber internetMalaysia secara rasminya telah dikeluarkan daripada senarai penandatangan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa Dalam kenyataan dikeluarkan semalam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu mengakui penarikan Malaysia daripada...
Statut Rom Apa Status Tarik Diri Malaysia

Statut Rom Apa Status Tarik Diri Malaysia

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 303 hits
HAJI AHMAD AMZAD HASHIM16 MAY 2019KERAJAA digesa tampil memberi penjelasan mengenai status Malaysia dalam Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa Ini kerana sehingga 14 Mei 2019 nama Malaysia masih lagi tercatat sebagai negara yang menerim...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Checklist Senarai Barang Keperluan Sekolah Anak Jangan Ada Yang Tertinggal

Di Usia Berapa Anda Mula Tergerak Untuk Belajar Ilmu Agama Yang Diajar Oleh Para Tok Guru Ustaz

Drama Viu Bidaah

Best Buat Rawatan Wajah Dengan Teknologi Korea Di Kskin

Shell Out Delivery Ke Rumah Sempena Pkp Di Port Dickson

Hiasan Kelas Jata Negeri Printable