Siri Drama Mini Kau Sundaeku Khas Dari Mcdonald S Untuk Belia
Siri Drama Mini “Kau Sundaeku” Khas Dari McDonald’s Untuk Belia
McDonald’s Malaysia mendekati golongan belia melalui platform media sosial bagi memperkenalkan pelbagai pilihan kerjaya yang boleh diterokai dalam syarikat tersebut. Menggunakan pendekatan inovatif dan menarik, restoran khidmat segera terkemuka ini mengeluarkan satu siri drama original di Instagram Reels untuk menarik minat golongan muda yang sedang mencari pekerjaan.
Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, McDonald’s mengambil keputusan untuk menyelami kehidupan anak-anak muda hari ini dan mencari jalan baru untuk mengetengahkan budaya, nilai dan pelbagai peluang yang wujud di McDonald’s.
Dengan mengambil kira media sosial sebagai medium popular, syarikat ini ingin menyemai minat dan menggalakkan permohonan pekerjaan dengan pengeluaran siri drama mini sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku”.
“Kami sentiasa mencari jalan untuk terus mendekati golongan belia di negara ini. Siri drama Instagram yang santai dan menyeronokkan ini tidak dinafikan merupakan sesuatu yang baru dan lain daripada yang lain. Kami mahu supaya mencipta hubungan yang lebih baik dengan generasi muda supaya ia membolehkan kami mempamerkan peluang pekerjaan yang menyeronokkan dan laluan kerjaya yang ditawarkan oleh keluarga besar Mekdi”.
-Melati
McDonald's bukanlah satu jenama asing. McDonald's merupakan rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di dunia. Sekiranya anda mempunyai minat yang mendalam dalam industri makanan dan minuman, McDonalds berkemungkinan bakal menjadi majikan pilihan anda.
Jom baca dan kemudian tonton Siri Mini Drama “Kau Sundaeku”. Info yang diberikan sedikit sebanyak akan membantu anda dalam membuat keputusan untuk menjadi salah seorang ahli keluarga Mekdi.
Siri mini drama sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku” mula diterbitkan di Instagram Reels pada 21 Disember 2022, dengan setiap episod mengambil masa satu minit. Siri drama ini berkisah tentang seorang pengurus dan tiga kru restoran yang datang daripada latarbelakang berbeza, yang menemui ‘rumah’ mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di McDonald’s. Siri ini menampilkan Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang merupakan finalis Dewi Remaja, dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Uiaramuthu.
Jom Tonton Siri Mini Drama “Kau Sundaeku”
Kau Sundaeku Episod 1: Orang Baru Di Mekdi
Kau Sundaeku Episod 2: KL Aku Mai
Kau Sundaeku Episod 3: Hari Di Mekdi
Kau Sundaeku Episod 4: Jauh Tapi Dekat
Kau Sundaeku Episod 5: No Pain No Gain
Kau Sundaeku Episod 6: Kamu Tidak Keseorangan
Kau Sundaeku Episod 7: Kau Sundaeku
Kau Sundaeku Episod 8: Alamak, Macam Mana Ni?
Kau Sundaeku Episod 9: Keluarga Mekdi
McDonald’s Diiktiraf Sebagai Majikan Pilihan Rakyat
Sejak sekian lama, McDonald’s secara konsisten telah diiktiraf sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia. Pencapaian terkini yang diperoleh McDonald’s termasuklah:
1. Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021)
2. Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric.
3. Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2018.
4. Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015.
5. Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013.
Program Perantis Vokasional McDonald’s
McDonald’s melaburkan jumlah yang signifikan bagi menjalankan pelbagai program latihan untuk mempersiapkan golongan belia menempuh kerjaya dalam industri makanan dan minuman.
Sebagai contoh, Program Perantis Vokasional McDonald’s yang merupakan program latihan berasaskan industri selama 18 bulan yang menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas.
Kejayaan program ini merupakan hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian. Sejak 2018, Program Perantis Vokasional McDonald’s telah membantu lebih 3,500 belia daripada pelbagai latarbelakang untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman.
“Program latihan kami disasarkan kepada golongan belia untuk memacu mereka kearah laluan kerjaya yang positif dan membantu mereka meningkatkan potensi diri sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Golongan belia di Malaysia adalah masa depan negara dan peningkatan pekerjaan yang diisi oleh golongan belia pastinya memberi manfaat besar kepada ekonomi kita dalam jangka masa panjang”.
- Melati
Visi McDonald’s 2026
Sebagai sebahagian daripada Visi McDonald’s 2026, restoran khidmat segera ini komited melaburkan sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh beberapa tahun mendatang untuk membuka 500 restoran di Malaysia. Dengan pengembangan ini, syarikat dijangka mampu menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia menjelang 2026, termasuk 15,000 perantis baru di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s.
Latarbelakang McDonald’s
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 40 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 330 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Web: www.mcdonalds.com.my
Instagram: https://www.instagram.com/mcdonaldsmalaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.queachmad.com/2023/02/siri-drama-mini-kau-sundaeku-khas-dari.html