Terengganu Harap Kerajaan Pusat Teruskan Bayar Dana Khas


malaysiakini.com
BernamaDiterbitkan: Feb 26, 2023 8:30 AM
Kerajaan Terengganu berharap Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) yang diterima negeri itu sebelum ini dapat diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan, kata Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokthar

Beliau berkata pihaknya akan berbincang perkara itu dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan mendapatkan penjelasan sama ada agihan DKKP kepada negeri itu sebelum ini merupakan wang royalti petroleum atau sebaliknya.

“Soal adakah DKKP sama dengan wang royalti, kita akan rujuk semula dengan MOF. Terma wang royalti disebut Menteri Kewangan dan Menteri Undang-Undang pada 2021, namun bayaran yang diterima tidak pernah menyebut istilah royalti sebaliknya hanya DKKP,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Karnival Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu 2023 di Sungai Tarom di Setiu, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said di Dewan Rakyat semalam, yang memaklumkan bahawa Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima hasil petroleum sebanyak lima peratus.

Menurut Azalina ini kerana Akta Laut Wilayah 2012 menetapkan bahawa negeri hanya boleh menuntut hak sehingga tiga batu nautika dan Petronas juga tidak pernah menyalurkan hasil petroleum secara langsung kepada Kelantan dan Terengganu selama ini kerana kedudukan medan pengeluaran adalah terletak di luar kawasan itu.

Beliau dilaporkan berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) yang bertanyakan sama ada kerajaan Persekutuan bercadang untuk menyalurkan hasil petroleum secara terus kepada Kelantan dan Terengganu seperti yang dilaksanakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Dalam perkembangaan lain, Ahmad Samsuri mengumumkan pengecualian bayaran lesen khas nelayan sampan kepada kira-kira 2,000 nelayan di Terengganu pada tahun ini.

“Ia sebagai penghargaan dan terima kasih kerajaan negeri kepada warga nelayan yang mengharungi lautan demi membekalkan makanan kepada rakyat negeri ini,” katanya.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/terengganu-harap-kerajaan-pusat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Tiada Kena Mengena Dengan Kerajaan Pusat Langkah Terbaik Ialah Buat Serentak 6 Negeri

Prn Tiada Kena Mengena Dengan Kerajaan Pusat Langkah Terbaik Ialah Buat Serentak 6 Negeri

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 249 hits
PRN ni tiada kena mengena dengan Kerajaan Pusat Atas MB KM bila nak bubarkan DUN dan dengan perkenan Sultan maka SPR akan tentukan tempoh berkempen dan tarikh PRN Buktinya ketika PRU15 yang lalu walau parlimen dibubarkan cuma berapa negeri ...
Royalti Petroleum Kerajaan Pn Tidak Bayar Kelantan Tidak Bantah Dr Agus

Royalti Petroleum Kerajaan Pn Tidak Bayar Kelantan Tidak Bantah Dr Agus

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 714 hits
Serangan ditujukan kepada Kerajaan Perpaduan kononnya menyekat royalti petroleum di negeri Melayu khususnya Kelantan dan Terengganu dalam Belanjawan 2023 sangat tidak tepat Bagi Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti Dr Mohammad Agus Yu...
Inilah Yang Dikatakan Rafizi Sewa Kerajaan Bayar Guna Mesin Ini Untuk Berjualan

Inilah Yang Dikatakan Rafizi Sewa Kerajaan Bayar Guna Mesin Ini Untuk Berjualan

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 365 hits
Vending machine jual makanan yang murah Kalau B40 dan ingin tambah pendapatan inilah salah satu dari caranya Sewa tapak dan vending machine akan dibayar oleh Kerajaan Perpaduan untuk 2 tahun dan diletakkan di tempat tempat strategik Sila la...
Exco Kerajaan Terengganu Dulu Kata Umno Teruk Dapat Ke Parti Agama Makanan Pun Dia Hina

Exco Kerajaan Terengganu Dulu Kata Umno Teruk Dapat Ke Parti Agama Makanan Pun Dia Hina

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 275 hits
Hah parti islam isshhh dak kot perangai macam gini dulu kecik kecik lupa kot susah Ajarlah anak anak kita supaya hargailah makanan orang susah hargai walau makanan itu tak sedap macam kayangan makan tapi hargailah walau pun tak sesedap mak ...
Operasi Sar Turkiye Kerajaan Akan Beri Elaun Khas Pingat Khidmat

Operasi Sar Turkiye Kerajaan Akan Beri Elaun Khas Pingat Khidmat

papar berkaitan - pada 17/2/2023 - jumlah : 255 hits
Kerajaan akan beri elaun khas kepada semua petugas yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat gempa Bumi di Turkiye
Kerajaan Yang Paling Teruk Diketuk

Kerajaan Yang Paling Teruk Diketuk

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 314 hits
Belum sampai 3 bulan Belum cerita pasal hasil pasal perlaksanaan pasal keberkesanan Pasal janji pasal manifesto pasal tiang gol purata rakyat bercakap Purata PH dan umno makin kehilangan sokongan Melayu Ini bukan persepsi bukan sakit hati b...
Apa Salahnya Kerajaan Benarkan Pengeluaran Kwsp Untuk Bantu Ringankan Beban Rakyat Muhyiddin Yassin

Apa Salahnya Kerajaan Benarkan Pengeluaran Kwsp Untuk Bantu Ringankan Beban Rakyat Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 274 hits
Bekas perdana menteri kelapan Muhyiddin Yassin berkata tiada salahnya jika kerajaan meluluskan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja secara bersasar jika itu yang dimahukan oleh rakyat Menurut Ahli Parlimen Pagoh berkenaan kerajaan sepatutnya...
Pn Dan Mn Bolehkah Pas Main Dua Kolam

Pemimpin Dunia Dalam Ketegangan Trump Isyaratkan Perubahan Strategi Di Hemisfera Barat

Easy Ground Beef Heart Recipe

Stella Philip Bisi Orang Sanggup Nganti Sulu Chord

Plan Asal Nak Lambai Ja Tuanku Berhenti Rezeki Tak Disangka Raja Sehari Bergambar Bersama Sultan Pahang Tengku Ampuan

Umno Youth Special Convention Got Zahid S Blessing Says Akmal

Kekalkan Semangat Waja Di Blog Anda Sila Baca Kapsyen Gambar Berbicara Pagi Ini

Spm 2026 Trial Paper Questions Answers


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kelebihan Google Pixel Berbanding Iphone Patutkah Anda Beralih

Api Api Ikan Bakar Kuala Perlis

Digital Innovation Driving The Future Of Business Society And Technology In 2026

Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Hyperthyroid

Permata Tersembunyi Penemuan Bersejarah Di Bawah Persepolis

Forum Multikultural Belia Global Menonjolkan Budaya Xizang Di Singapura Dan Malaysia