Drama Kau Sundaeku Pendekatan Terkini Mcdonald S Kukuhkan Kedudukan Sebagai Majikan Pilihan Belia
Drama Kau Sundaeku Pendekatan Terkini McDonald's Kukuhkan Kedudukan Sebagai Majikan Pilihan Belia
Assalamulaikum, Hi korang. Bercakap mengenai McDonald's siapa tak kenal McDonald's kan? Sepertimana yang kita tahu McDonald's
merupakan restoran fast food terbesar di dunia dan menjadi kesukaan dan kegemaran ramai tak kira kanak kanak, remaja, dewasa bahkan warga emas juga.
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara.
Sepanjang 40 tahun McDonald’s di Malaysia, restoran fast food kesukaan ramai ini telah memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 330 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan
Pendekatatan Terkini McDonald’s Dalam Menarik Minat Belia Untuk Mencari Pekerjaan Melalui Drama 'Kau Sundaeku'
Pihak McDonald's Malaysia telah mengeluarkan satu siri drama original di Instagram Reels
Drama 'Kau Sundaeku' adalah pendekatan terkini McDonald's Malaysia dalam menarik minat golongan belia untuk bekerja.
Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, McDonald’s mengambil keputusan untuk menyelami kehidupan anak-anak muda hari ini dan mencari jalan baru untuk mengetengahkan budaya, nilai dan pelbagai peluang yang wujud di McDonald’s. Dengan mengambil kira media sosial sebagai medium popular, syarikat ini ingin menyemai minat dan menggalakkan permohonan pekerjaan dengan pengeluaran siri drama mini sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku”.
“Kami sentiasa mencari jalan untuk terus mendekati golongan belia di negara ini. Siri drama Instagram Reels yang santai dan menyeronokkan ini tidak dinafikan merupakan sesuatu yang baru dan lain daripada yang lain. Kami mahu supaya mencipta hubungan yang lebih baik dengan generasi muda supaya ia membolehkan kami mempamerkan peluang pekerjaan yang menyeronokkan dan laluan kerjaya yang ditawarkan oleh keluarga besar Mekdi,”
Drama 'Kau Sundaeku'
Siri mini drama sembilan episod bertajuk 'Kau Sundaeku' mula diterbitkan di Instagram Reels pada 21 Disember 2022. Setiap episod drama ini mengambil masa satu minit.
Siri drama 'Kau Sundaeku' berkisah tentang seorang pengurus dan tiga kru restoran yang datang daripada latar belakang berbeza, yang menemui ‘rumah’ mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di McDonald’s. Siri ini menampilkan Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang merupakan finalis Dewi Remaja, dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Uiaramuthu
Nak tahu apa pengakhiran drama 'Kau Sundaeku'? Jangan lupa tonton 'Kau Sundaeku' di Instagram McDonald's Malaysia.
McDonald’s Diiktiraf Sebagai Majikan Pilihan Rakyat Malaysia
Sejak sekian lama, McDonald’s Malaysia secara konsisten telah diiktiraf sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia. Antara pencapaian terkini yang diperoleh McDonald’s termasuklah:
- Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021) - Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric, yang merupakan penyedia perkhidmatan penasihat sumber manusia global.
- Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2018.
- Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015.
- Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013
Program Perantis Vokasional McDonald’s
McDonald’s melaburkan jumlah yang signifikan bagi menjalankan pelbagai program latihan untuk mempersiapkan golongan belia menempuh kerjaya dalam industri makanan dan minuman. Sebagai contoh, Program Perantis Vokasional McDonald’s yang merupakan program latihan berasaskan industri selama 18 bulan yang menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas.
Kejayaan program ini merupakan hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian. Sejak 2018, Program Perantis Vokasional McDonald’s telah membantu lebih 3,500 belia daripada pelbagai latar belakang untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman.
Belia yang menyertai Program Perantis Vokasional McDonald’s ditaja sepenuhnya oleh McDonald’s Malaysia melibatkan elaun bulanan, tempat tinggal, manfaat perubatan dan insurans serta makan minum secara percuma
"Program latihan yang disasarkan kepada golongan belia untuk memacu mereka ke arah laluan kerjaya yang positif dan membantu mereka meningkatkan potensi diri sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Golongan belia di Malaysia adalah masa depan negara dan peningkatan pekerjaan yang diisi oleh golongan belia pastinya memberi manfaat besar kepada ekonomi kita dalam jangka masa panjang". - Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai.
Visi McDonald’s 2026
Sebagai sebahagian daripada Visi McDonald’s 2026, restoran khidmat segera ini komited melaburkan sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh beberapa tahun mendatang untuk membuka 500 restoran di Malaysia. Dengan pengembangan ini, syarikat dijangka mampu menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia menjelang 2026, termasuk 15,000 perantis baru di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2023/02/drama-kau-sundaeku-pendekatan-terkini-mcdonalds-kukuhkan-kedudukan-sebagai-majikan-pilihan-belia.html