Mcdonald S Malaysia Diiktiraf Sebagai Majikan Pilihan Belia



assalamualaikum guys. tak perlu diperkenalkan lagi nama McDonald's kerana semua orang pun memang dah kenal kan. McDonald's ni dah jadi makanan rutin rakyat malaysia. macam aku sekeluarga (sebelum kahwin), memang jadikan McDonald's sebagai makanan hari gaji dan makanan meraikan sesuatu. bukan takat tu je. McDonald's juga kami jadikan sebagai makanan wajib bila malas masak. senang kan? 

McDonald's Dekati Golongan Beliasekarang ni semua orang menggunakan media sosial tidak kira peringkat umur yang mana. dari muda hingga golongan tua. tua maksud aku berusia la ya. sekarang ni nenek atuk pun dah ada media sosial kan? lagi - lagi mereka yang pandai menggunakan telefon. yang tak ada tu mungkin mereka buta huruf. macam atuk aku, dia tak ada media sosial. tapi aktif je scroll youtube. hahaha. biasalah tu. 
oleh yang demikian, McDonald's juga tak terkecuali mendekati golongan belia dengan menggunakan platform media sosial bagi memperkenalkan pelbagai pilihan kerjaya didalam syarikat berkenaan. 
dengan cara yang bagaimana? 
Drama Bersiri Menggunakan Instagam Reelskorang suka tengok drama? kaki drama? of course korang adalah salah seorang kaki drama. hahaha. untuk pengetahuan korang, McDonald's telah mengeluarkan satu siri drama original menggunakan platform instagram reels bagi menarik minat golongan belia yang sedang mencari - cari pekerjaan. 
syarikat berkenaan telah mengambil keputusan untuk menyelami kehidupan anak-anak muda hari ini dan mencari jalan baru untuk mengetengahkan budaya, nilai dan pelbagai peluang yang wujud di McDonald's. Dengan mengambil kira media sosial sebagai medium popular, syarikat ini ingin menyemai minat dan menggalakkan permohonan pekerjaan dengan terbitnya mini drama bersiri dengan sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku”.
lepas aku tengok mini drama “Kau Sundaeku”, aku teringat zaman aku kerja dekat McDonald's masa tahun 2011 - 2012 hahahhaa. masa ni tunggu keputusan spm. seronok sangat, dapat ramai kawan. paling best hari jumaat. orang beratur sampai luar pintu. masa ni tak ada lagi order online. semua manual dekat kaunter. aku jadi runner, main lari - lari tengok pesanan dan penuhkan tray makanan. rindu ~ 
Mini Drama Bersiri bertajuk "Kau Sundaeku" Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai berkata: Kami sentiasa mencari jalan untuk terus mendekati golongan belia di negara ini. Siri drama Instagram yang santai dan menyeronokkan ini tidak dinafikan merupakan sesuatu yang baru dan lain daripada yang lain. Kami mahu mencipta hubungan yang lebih baik dengan generasi muda supaya ia membolehkan kami mempamerkan peluang pekerjaan yang menyeronokkan dan laluan kerjaya yang ditawarkan oleh keluarga besar Mekdi
mini drama bersiri sembilan episod yang bertajuk “Kau Sundaeku” mula diterbitkan di instagram reels pada 21 Disember 2022. setiap episod hanya mengambil masa satu (1) minit sahaja. siri drama ini mengisahkan tentang seorang pengurus dan tiga kru restoran yang datang daripada latarbelakang berbeza. 
Mereka telah menemui ‘rumah’ dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di McDonald’s
Siri ini menampilkan Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang merupakan finalis Dewi Remaja, dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Uiaramuthu


Pencapaian Terkini McDonald's
McDonald's secara konsisten telah diiktiraf sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia. pencapaian terkini yang diperoleh McDonald's termasuklah:Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021)Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric (merupakan penyedia perkhidmatan penasihat sumber manusia global)
Sebelum ini, McDonald’s juga telah memenangi:Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut (2014 hingga 2018)Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015 Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013 secara langsung mengetengahkan nilai teras McDonald’s melibatkan kepelbagaian dan keterangkuman
McDonald’s melaburkan jumlah yang signifikan bagi menjalankan pelbagai program latihan untuk mempersiapkan golongan belia menempuh kerjaya dalam industri makanan dan minuman.sebagai contoh, Program Perantis Vokasional McDonald’s yang merupakan program latihan berasaskan industri selama 18 bulan yang menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas. 
kejayaan program ini merupakan hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian. Sejak 2018, Program Perantis Vokasional McDonald’s telah membantu lebih 3,500 belia daripada pelbagai latarbelakang untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman

“Program latihan kami disasarkan kepada golongan belia untuk memacu mereka kearah laluan kerjaya yang positif dan membantu mereka meningkatkan potensi diri sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Golongan belia di Malaysia adalah masa depan negara dan peningkatan pekerjaan yang diisi oleh golongan belia pastinya memberi manfaat besar kepada ekonomi kita dalam jangka masa panjang,” kata Melati. 
sebagai sebahagian daripada Visi McDonald’s 2026, restoran khidmat segera ini komited melaburkan sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh beberapa tahun mendatang untuk membuka 500 restoran di Malaysia. Dengan pengembangan ini, syarikat dijangka mampu menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia menjelang 2026, termasuk 15,000 perantis baru di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s

Tonton Full Episod "Kau Sundaeku"Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7


Info McDonald's
website: https://www.mcdonalds.com.my/
facebook: https://www.facebook.com/My.McDonalds/instagram: https://www.instagram.com/mcdonaldsmalaysia/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kanvasdakwat.blogspot.com/2023/01/mcdonalds-malaysia-diiktiraf-sebagai-majikan-pilihan-belia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama Kau Sundaeku Pendekatan Terkini Mcdonald S Kukuhkan Kedudukan Sebagai Majikan Pilihan Belia

Drama Kau Sundaeku Pendekatan Terkini Mcdonald S Kukuhkan Kedudukan Sebagai Majikan Pilihan Belia

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 224 hits
Drama Kau Sundaeku Pendekatan Terkini McDonald s Kukuhkan Kedudukan Sebagai Majikan Pilihan Belia Assalamulaikum Hi korang Bercakap mengenai McDonald s siapa tak kenal McDonald s kan Sepertimana yang kita tahu McDonald s merupakan restoran ...
Siri Drama Mini Kau Sundaeku Khas Dari Mcdonald S Untuk Belia

Siri Drama Mini Kau Sundaeku Khas Dari Mcdonald S Untuk Belia

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 235 hits
Siri Drama Mini Kau Sundaeku Khas Dari McDonald s Untuk Belia McDonald s Malaysia mendekati golongan belia melalui platform media sosial bagi memperkenalkan pelbagai pilihan kerjaya yang boleh diterokai dalam syarikat tersebut Menggunakan p...
Ketua Puteri Pandan Punyai Kelebihan Sebagai Ketua Puteri Umno Malaysia

Ketua Puteri Pandan Punyai Kelebihan Sebagai Ketua Puteri Umno Malaysia

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 469 hits
Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Puteri parti itu pada pemilihan kali ini Beliau yang dikenali sebagai Sis Lin menjadi satu satunya calon dari Selango...
Mcdonald S Keluarkan Siri Drama Mini Kau Sundaeku Mendekati Golongan Belia Mencari Pekerjaan

Mcdonald S Keluarkan Siri Drama Mini Kau Sundaeku Mendekati Golongan Belia Mencari Pekerjaan

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 327 hits
hai assalammualaikumMcDonald s Keluarkan Siri Drama Mini Kau Sundaeku mendekati Golongan Belia Mencari Pekerjaan Wah korang tau tak McDonald s ada keluarkan siri drama mini di Instagram Reels Korang dah tengok belum Kalau belum boleh tengok...
Chevron Malaysia Limited Appoints Dean Gilbert As New Country Chairman

Chevron Malaysia Limited Appoints Dean Gilbert As New Country Chairman

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 241 hits
Chevron Malaysia Limited which markets the Caltex retail brand in Malaysia has appointed Dean Gilbert as their new Country Chairman Gilbert will serve this role as part of his capacity as General Manager of International Products Southeast ...
Peluang Kerjaya Kerajaan Jabatan Laut Malaysia Bulan Ini 2023

Peluang Kerjaya Kerajaan Jabatan Laut Malaysia Bulan Ini 2023

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 196 hits
Peluang Kerjaya Kerajaan Jabatan Laut Malaysia Bulan Ini 2023 Makluman Kerajaan Jabatan Laut berita terkini tentang kerja kosong khas kepada rakyat Malaysia Permohonan pekerjaan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong atau laman ra...
Malaysia S Q4 Gdp Growth Expected To Have Slowed To 6 6pct Reuters Poll

Malaysia S Q4 Gdp Growth Expected To Have Slowed To 6 6pct Reuters Poll

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 142 hits
Malaysia s economic growth likely slowed by more than half to 6 6 percent in the fourth quarter of 2022 due to tepid consumption and softer global demand a Reuters poll found Last month Malaysia s central bank unexpectedly kept its benchmar...
Malaysia Will Be Stuck With Middle Income Trap If Brain Drain Issue Not Addressed Says Academic

Malaysia Will Be Stuck With Middle Income Trap If Brain Drain Issue Not Addressed Says Academic

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR The worsening brain drain issue that is plaguing the country should be addressed by Putrajaya says an academic International Science Council foundation fellow Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid said otherwise Malaysians will be stuck...
Dpm Malaysia Must Climb Out Of Middle Income Trap

Dpm Malaysia Must Climb Out Of Middle Income Trap

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 165 hits
The country must climb out of the middle income trap after languishing more than two decades in the upper middle income bracket as per the World Bank classification said Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi Zahid warned if Malaysia fail...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal