Siri 1 Travelog Umrah November 2018
Insya Allah pada 20hb. November 2018 ini, aku dan en. Suami akan menngerjakan umrah pertama kami bersama kakak ipar. Moga persiapan berjalan lancar, diberkati Allah perjalanan kami dan dipermudahkan urusan kami di sana, diberikan keselamatan pergi dan balik. Amin.Perasaan hanya Allah yang mengetahui teruja, takut dan macam-macam perasaan yang bermain dalam fikiran. Bukan senang yang kumpul duit untuk ke sana tapi alhamdullillah tercapai juga hasrat untuk menjadi tetamu Allah sebab inilah impian aku selama ini samada menunaikan umrah atau haji dahulu.
PERSIAPAN AWAL
PASSPORT Kali ketiga ke pejabat imegresen baru boleh buat. Kali pertama bulan March 2018, pegawai imegresen kata rugi dekat 8 bulan kalau buat bulan ni. Kali kedua bulan Ogos, pukul 2.30 petang ambil nombor giliran, pukul 6.00 pun masih ramai lagi so balik dulu. Kali ketiga bulan September barulah selesai, alhamdullillah.
CUCUK UNTUK UMRAH Ingatkan dalam 20-30.00 saja rupanya rm130.00. Expired 3 tahun lagi.
SIJIL NIKAHDisebabkan aku pergi dengan en. suami so kena sahkan sijil nikah kat pejabat agama.
GAMBAR UNTUK VISA Masa nak ambil gambar utuk visa ni, kakak ipar bagitau background colour merah sebab dia pernah pergi umrah tapi tauke kedai kata colour putih. So ambil la colour merah. Akhirnya dapat tahu backgorund colour putih, kena ambil lain. 4 keping – RM15.00 tapi tak puas hati sebab tak berkenan dengan cara photographer tu ambil ambil tapi akhirnya kami diberitahu gambar macam tu la yang dibenarkan. Tak apa tempoh visa hanya sekejap saja.
KURSUS UMRAHSyarikat Umrah Zuhud Holidays menyediakan 3 kali kursus umrah.KURSUS UMRAH PERTAMA - 8HB. September 2018Peserta diperkenalkan dengan Kaabah. Tempat-tempat mustajab doaWaktu berlepas dari AOR – KUL dan KUL – JEDCara memakai ihramAmalan-amalan yang boleh dilakukan ketika di Masjidil Haram
Kursus dibuat di Surau Az Zaharah, Taman Mergong Jaya, Alor Setar
KURSUS UMRAH KEDUA - 13hb. Oktober 2018Kami para peserta diberi penjelasan mengenai Rukun Umrah1. Niat2. Tawaf3. Saie4. Tahalul5. Tertib
Sepatutnya plan asal ialah flight dari KLIA ke Jeddah pada pukul 4.00 petang 19hb. November tapi telah ditukar ke pukul 10.00 pagi, jadi bermakna kami perlu naik flight dari Alor Setar pada petang 18hb. November .
Pada 31hb Oktober kami diberitahu flight MAS tidak mendapat kebenaran untuk mendarat di airport Jeddah pada 19hb. November. Pihak MAS telah mengubah tarikh flight pada 20hb. November dan perlu mendarat di airport Madinah. So plan untuk buat umrah dulu terpaksa ditukar kepada ibadat di Madinah. Apa-apa aku redho atas apa jua perancangan Allah, mesti ada hikmah di sebaliknya. Mungkin ada baiknya kami boleh ziarah Rasullallah pada hari kelahiran baginda 12 Rabiulawal.
Manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan.
KURSUS UMRAH KETIGA – 10hb. November 2018Semua peserta kursus diajar praktikal tawaf dan saie
Hari ini kami semua peserta umrah dah bersetuju untuk mengadakan kenduri doa selamat dan bacaan yassin di surau tempat kami berkursus. Moga semua dipermudahkan. Amin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://norainimemories.blogspot.com/2018/11/normal-0-21-false-false-false-ms-x-none.html