Sirah Perkahwinan Rasulullah Saw Dengan Khadijah Ra


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمدالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Pekerjaan Rasulullah SAW Sebelum Perkahwinan :Rasulullah SAW tidak mempunyai satu pekerjaan yang tetap di permulaan mudanya.Banyak riwayat menyebut baginda SAW mengembala kambing ; kadang dikeluarga Banu Sa’d, kadang di Makkah dengan mengambil upah beberapa qirat.Berusia 25 tahun ; keluar ke Syam untuk berniaga dengan bermodalkan modal Khadijah RA. Saidatina Khadijah RA :
Nama Penuh : Khadijah Binti Khuwailid Seorang wanita peniaga Mempunyai kedudukan termulia & pelbagai harta Menjadi kebiasaan buat beliau untuk menawarkan kepada peniaga-peniaga untuk berniaga dengan hartanya (sebagai modal) dengan berkongsi keuntungan.Rasulullah SAW Ke Syam :
Khadijah mendengar cerita tentang keperibadian Rasulullah SAW dengan keimanan, kebenaran pertuturan serta ketinggian akhlak mulia baginda SAW. Tanpa berlengah, Khadijah menghantar utusan kepada Rasulullah SAW untuk keluar berniaga dengan hartanya ke negeri Syam. Khadijah berjanji akan memberikan kongsian yang lebih lumayan dari yang biasa diberi kepada peniaga-peniaga lain. Rasulullah SAW bersetuju dengan tawaran tersebut. Khadijah juga menghantar hamba lelakinya yang bernama Maisarah untuk menemani Rasulullah SAW sehingga ke Syam.Rasulullah SAW Pulang Dari Syam :
Sekembali Rasulullah dari Syam, Khadijah mendapati hartanya terjaga penuh amanah dan berkat yang belum pernah dilihatnya. Maisarah juga menceritakan kepada Khadijah tentang keperibadian Rasulullah SAW sepanjang menemaninya mendapati baginda SAW merupakan seorang yang lemah lembut, pekerti yang mulia, fikiran yang waras, minda yang penuh kepintaran dan perwatakan yang lurus.Perkahwinan Rasulullah SAW dengan Khadijah RA :
Perkahwinan berlangsung selepas dua bulan baginda SAW pulang dari kota Syam. Sebelum ini, ramai pembesar & pemuka Quraisy berminat untuk mengahwinkan anak perempuan mereka dengan Rasulullah SAW, namun Rasulullah SAW menolaknya. Khadijah berminat untuk mengahwini Rasulullah SAW. Khadijah memaklumkan kepada sahabat karibnya, Nafisah Binti Manyah tentang hasratnya. Nafisah menemui Rasulullah SAW dan menyatakan hasrat Khadijah RA. Rasulullah SAW bersetuju dan menerima untuk berkahwin dengan Khadijah RA. Baginda memaklumkan persetujuannya kepada bapa-bapa saudaranya. Bapa-bapa saudara Nabi SAW pergi menemui bapa-bapa saudara Khadijah RA untuk meminang Khadijah RA untuk Rasulullah SAW. Upacara perkahwinan pun berlangsung dan dihadiri oleh Banu Hashim dan kepala-kepala Bani Mudhar. Mahar perkahwinan adalah 20 ekor unta betina. Usia Khadijah pada ketika itu adalah 40 tahun, namun beliau lah sebaik-baik wanita dari segi nasab keturunan, harta dan pemikiran.Khadijah Isteri Pertama Rasulullah SAW :
Baginda SAW tidak mengahwini mana-mana perempuan semasa hayat Khadijah RA. Kesemua anak-anak Rasulullah SAW adalah dari Khadijah RA kecuali Ibrahim dari Mariah al-Qibtiyyah. Anak pertamanya adalah Qasim, kerana itu Rasulullah SAW juga digelar sebagai Abu Qassim. Kemudian Zainab, Ruqayyah, Umi Kalsum, Fatimah dan Abdullah. Abdullah bergelar Al-Tayyib & AL-Tahir. Anak lelaki Rasulullah SAW meninggal kesemuanya semasa kecil. Anak-anak perempuan pula kesemuanya sempat dengan kebangkitan Baginda sebagai Rasul. Kesemua mereka memeluk Islam dan kesemua mereka sempat berhijrah. Namun, kesemua mereka wafat semasa hayat Baginda SAW kecuali Fatimah seorang sahaja yang wafat selepas 6 bulan kewafatan Rasulullah SAW.

Sumber : Raheeq Makhtum
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mohdnoorshawal.com/2020/04/sirah-perkahwinan-rasulullah-saw-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustaz Nazmi Karim Peristiwa Israk Mikraj Rasulullah Saw

Ustaz Nazmi Karim Peristiwa Israk Mikraj Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 465 hits
Assalamualaikum dan selamat malam Malam ini kita dengar kuliah Ustaz Nazmi Karim tentang Peristiwa Israk Mindkraj Rasullullah SAW Jom kita selami perjuangan Baginda Rasullah semoga kita menteladani sikap Rasullullah SAWSemoga manfaat dan se...
Syarat 5k Memilih Jodoh Oleh Rasulullah Saw

Syarat 5k Memilih Jodoh Oleh Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 284 hits
Anda tak yakin dengan bakal pasangan hidup anda Bagi menghilang keraguan bolehlah cuba ikuti tips syarat 5K memilih jodoh yang dikongsikan oleh baginda Rasulullah SAW ni Mungkin berguna untuk menilai bakal pasangan hidup anda 1 KenalRasulul...
Begini Cara Menangkal Santet Sesuai Sunnah Rasulullah

Begini Cara Menangkal Santet Sesuai Sunnah Rasulullah

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 325 hits
Assalamu alaikum pak ustad Saya ingin bertanya tentang masalah nujum atau yang disebut disebut orang santet sebenernya saya tidak percaya itu ada namun banyak yang bilang itu sering dilakukan orang Kebetulan ada teman saya yang kena santet ...
Adab Lebih Utama Daripada Ilmu Rasulullah Diutus Untuk Menyempurnakannya

Adab Lebih Utama Daripada Ilmu Rasulullah Diutus Untuk Menyempurnakannya

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 363 hits
Nawas Ibnu Sam an radliyallahu anhu pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam tentang kebaikan dan kejahatan Beliau SAW bersabda Kebaikan ialah akhlak yang baik dan kejahatan ialah sesuatu yang tercetus di dadamu dan en...
Mengapa Umat Islam Harus Marah Ketika Rasulullah Dihina

Mengapa Umat Islam Harus Marah Ketika Rasulullah Dihina

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 259 hits
Siapa yang berkewajiban menjaga muru ah dan perbawa serta sirah nabawiyah Muhammad Kita ummat Islam yang sudah seharusnya berdiri di garda terdepan menjadi pembelanya Karena apa Karena Baginda Rasul sudah kita kenal jauh sebelum kita dilahi...
Perkahwinan Ialah Fantasi Penuh Harapan Penceraian Pula Realiti Gu Hyesun Suka Hidup Berseorangan

Perkahwinan Ialah Fantasi Penuh Harapan Penceraian Pula Realiti Gu Hyesun Suka Hidup Berseorangan

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 331 hits
Goo Hye sun kembali untuk penggambaran majalah buat pertama kali selepas sah bercerai dengan Ahn Jae hyun Fasa kehidupan yang sedih itu tidak menghalang wanita tersebut untuk tersenyum gembira dan tampil ceria ketika penggambaran itu berlan...
Benarkah Rasa Cinta Saja Tidak Cukup Jika Di Alam Perkahwinan

Benarkah Rasa Cinta Saja Tidak Cukup Jika Di Alam Perkahwinan

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 486 hits
Benarkah Rasa Cinta Sahaja Tidak Cukup Jika Di Alam Perkahwinan Kita hanya akan benar benar mengenali seseorang itu setelah berkahwin dengannya tidur sebantal dengannya makan sepinggan dan duduk sebumbung Baru tahu masa itu dia tidur berden...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025

Showcase Macam Konsert Misha Omar Back To Basic Ubati Kerinduan Peminat

Qualcomm Menang Pertikaian Undang Undang Pelesenan Cip Arm

Zahid S Loyalty Pledge Strengthening Anwar S Unity Or Weighing It Down For Ge16

Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico