Sirah Memperjuangkan Kebenaran Reaksi Masyarakat Makkah
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمدالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Suara Seruan Rasul Di Al-SafaSuara baginda SAW terus bergema sehingga ke pelusuk penjuru kota MakkahTurun ayat 94 Surah Al-Hijr
"Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu"[15. Al-Hijr, ayat 94]Rasulullah SAW bangun melaksanakan tugasnyaMembongkar khurafat syirik & kepalsuan selama iniMemperingatkan hakikat berhala yang mereka sembah yang taida nilai sedikit punSeluruh Makkah Menjadi Marah
Penduduk Makkah rasa pelik dan aneh pembawaan Rasulullah SAW & mula membantah dan memprotesMereka rasa terancam kerana menganggap orang musyrikin dan penyembahan berhala sebagai sesatKaum Quraisy bangun serentak untuj menyekat satu revolusi yang tiba-tiba munculMereka risau ia akan melenyapkan budaya dan cara hidup yang mereka dah amalkan selama iniMereka tahu, perkataan "beriman" akan menafi seluruh tuhan selain dari Allah SWTMereka tahu, beriman dengan risalah yang dibawah Muhammad SAW & hari akhirat bermakna penyerahan total & pengakuan yang mutlakMereka enggan melaksanakan kehendak Allah & rasulNyaMereka lebih sanggup mempertahankan penganiayaan yang mereka lakukan selama ini terhadap lapisan bawahan mereka, berkeras untuk meneruskan kejahatan yang mereka dah budayakan selama ini.Mereka tahu dan sedar semua perilaku yang memalukan ini adalah satu perbuatan yang burukKerana itu jiwa mereka enggan menerima risalah ini dan lebih sanggup meneruskan kejahilan selama ini, firman Allah SWT :
"(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat)" [75.Surah Qiyamah, ayat 5]Mereka sedar tentang semua iniTetapi apakah yang mereka mampu nak buat dengan berhadapan dengan seorang lelaki yang tiba-tiba membawa risalah ini juga merupakan lelaki yang mempunyai akhlak yang terpuji sehinggakan mereka tidak dapat membandingkan keperibadian mulia ini sepanjang zaman mereka dengan sesiapa pun.Mereka sebenarnya kebingunganMereka pun pergi bertemu denganbapa saudara Nabi SAW, Abu TalibMereka meminta jasa baik Abu Talib untuk menghalang anak saudaranya dari melakukan tindakan melecehkan berhala-berhala sembahan mereka selama ini
Mereka menyatakan risalah yang dibawa ini umpama satu penghinaan dan merendahkan nenek moyang mereka terdahulu.Mereka pun bertemu dengan Abu Talib dan menyatakan perkara ini
Sumber : Raheeq Makhtum
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mohdnoorshawal.com/2020/06/sirah-memperjuangkan-kebenaran-reaksi.html