Masyarakat Hidup Makan Mee Segera Telur Goreng Dan Nasi Putih


Berita terkini menyebut satu kajian atau survey berkenaan "Kemiskinan Bandar" terutama sekali di kawasan flat PPR (Projek Perumahan Rakyat) di 16 lokasi sekitar Kuala Lumpur. 

Kajian itu telah dibuat oleh consultant tempatan DM Analytics bagi pihak UNICEF dan UNFPA. Survey ini menunjukkan beberapa realiti negara kita yang bagi saya adalah berakibat atau "direct effect" daripada dasar ekonomi yang sama yang telah diterajui oleh kesemua Kerajaan sejak berpuluh tahun.    Inilah satu (daripada beribu) kesan negatif Dasar Ekonomi Baru. 
Tuan-tuan kita mesti jadi manusia yang bertanggungjawab. We must be responsible human beings. Terutama sekali bagi Tuan-Tuan yang menjadi pemimpin kerajaan, pemimpin politik, Senior Civil Servants (Penjawat Awam), para akademik dan profesor di universiti dsbnya yang secara collective bertanggung jawab atas kegagalan yang dialami masyarakat dan negara sekarang. YOU HAVE FAILED. Tuan-Tuan telah gagal. Dan jelas sekali Tuan-tuan adalah manusia yang tidak bertanggung jawab. Irresponsible people. 
Selama berpuluh tahun  Tuan-tuan telah bersubahat berjanji kosong untuk membawa masyarakat menaiki jalan emas dan menuju ke taman syurga. Apa yang berlaku sebenarnya ialah masyarakat dibimbing memasuki  lorong gelap dengan longkang besar yang menunggu di hujungnya. This is what has happened. This is what you have done.   Dan sekarang inilah hasil daripada campurtangan dan penglibatan Tuan-Tuan. Sila baca sedikit berita (Sinar Harian) dan 'screenshot' daripada survey itu : 

Pendapatan mereka disekitar RM1,000 sebulan sahaja. Sebab tiada cukup wang mereka terpaksa makan mee segera, telur dan nasi. Tetapi saya ingin kongsi sedikit rahsia. Bukan saja penghuni flat PPR di KL yang makan mee segera dan telur. Cubalah buat survey di kawasan lain sekali. Di kawasan rumah teres Jalan Klang Lama, Ampang, Gombak, Bangi dsbnya.  See what the people eat over there. Mee segera juga.




Kajian Unicef ini telah dilaporkan oleh media asing seperti South China Morning Post atau SCMP di Hong Kong. Mereka perhatikan masyarakat miskin kita terpaksa 'abandon school' atau tinggalkan persekolahan sebab tiada cukup komputer di rumah untuk belajar secara online sewaktu kawalan pergerakan Corona Virus. Bagi mereka ini adalah perkara 'sedih' sebab di Hong Kong, China, Singapura, Taiwan, Jepun dsbnya sistem persekolahan telah sangat successful menggunakan kaedah online untuk mengatasi kawalan pergerakan Corona Virus.  Kanak-kanak masih dapat meneruskan pelajaran secara online sebab hampir kesemua keluarga mempunyai komputer atau kerajaan mereka mampu membekalkan komputer dan tablet. Harga komputer dan tablet adalah jauh lebih murah daripada Scorpene submarine (RM6.0 billion), jumlah duit Tabung Haji yang hilang, duit Felda yang ghaib, duit ajaib RM2.6 billion yang masuk akaun Bossku atau duit berpuluhan billion yang ditelan oleh projek kereta nasional 1, 2, 3 . . 16, 17 dan sehingganya.  Jauh lebih murah. 




"3 in 10 households have three generations" !! Maksudnya 30% daripada keluarga miskin PPR mempunyai TIGA generasi duduk sekali berkongsi rumah yang kecil dan terhimpit.

Bilangan ahli keluarga yang ramai - average 5.5 orang bagi setiap keluarga (tetapi saya rasa DM Analytics tersilap kira kut, I think the average is higher for Malay families) - juga menambahkan masalah kemiskinan bagi penduduk flat PPR terutama sekali keluarga Melayu.   




Ini pun adalah hasil daripada dasar politik yang takut tidak cukup pengundi Melayu untuk kekalkan hayat parti politik yang menjual politik "Cap Melayu";  yang seterusnya mengalakkan penambahan bilangan penduduk. Dasar '75 Million Population' (so that projek kereta nasional akan berjaya), ceramah 'memperbanyakkan ummah', 'anak membawa rezeki', ketiadaan dasar "family planning" yang mantap dan semua itu telah mainkan peranan besar menambahkan bilangan penduduk Melayu yang sekarang makan mee segera dan telur di flat PPR. 
Tuan-Tuan this is your fault. Dasar yang dibentuk oleh orang yang tidak bertanggungjawab, by irresponsible people. Sekarang Tuan-tuan pembentuk dasar sudah hilang ke mana? Shopping di London sudah tak boleh. Nak umrah tiga kali setahun pun sudah tak boleh.   




Bahagian survey yang di atas ini mendapati Household Income (pendapatan sekeluarga) adalah RM1,560 sebulan.  (Kumpulan lain pula gaji dia RM1000 sahaja sebulan). Tetapi saiz keluarga adalah 5.8 orang. Katakanlah yang sudah berumur kerja adalah TIGA orang dalam sekeluarga, jadi average gaji bagi TIGA orang yang boleh kerja adalah RM1,560 / 3 = RM520 sebulan sahaja.
Jelas tidak ada peluang pekerjaan yang cukup bagi mereka. Kalau dulu ada kebun durian 5000 ekar yang boleh menyediakan beribu peluang pekerjaan sekarang kebun durian sudah dirampas. Kebun durian sudah jadi pergelutan WWF atau World Wrestling Federation. Sambil mereka bergelut dan bergusti pengangguran akan bertambah lagi.
Ada ramai orang dalam negara kita yang tahu membuka bisnes, majukan kilang dan menyediakan berjuta peluang pekerjaan. Tetapi mereka tidak termasuk politik 'Cap Melayu'. Maka mereka menghadapi pelbagai jenis rintangan, halangan, kebuntuan, sekatan, pengharaman dsbnya. Maka bisnes mereka terbantut, kilang mereka tak jadi dan peluang pekerjaan pun tak jadi lah. So kena makan lah mee segera. Kita rugi kita. Kita bodoh kita. 
Sistem pendidikan pun lebih memiskinkan orang daripada membantu. Persekolahan tidak memberi kanak-kanak pelajaran yang berguna yang boleh membantu mereka cari hidup, cari kerja, cari bisnes yang baik, bersih dan yang boleh bersaing. Sebaliknya sistem pelajaran memberi mereka 'false expectations'. Immediately after leaving school they trip and fall down in the real world. Sebab mereka tidak tahu menghadapi real world yang penuh persaingan dan cabaran. Tetapi bukan semua orang macam itu. Anak orang lain pula boleh. Why? 
Dan mereka langsung tidak boleh berbahasa Inggeris. Bukan untuk menjadi pembuka pintu di hotel 'Good morning Sir' atau tukang panggil telefon "Hello I am property agen. I want to ask if yor apatmen haf lif?" Itu pun tak boleh juga. 
Tetapi yang lebih penting adalah untuk membolehkan mereka mengambil kesempatan daripada 'infrastructure' bahasa Inggeris yang begitu besar dan luas di seluruh dunia. Terutama sekali menerusi talian Online. Dan setiap hari bahasa Inggeris lebih menjadi bahtera besar pembawa ilmu dan "life long learning" yang sangat perlu dalam kehidupan abad ke-21. Ini bukan lagi zaman Hang Tuah atau zaman Saloma. This is the 21st century brader. Zaman Mee Segera. Dasar pelajaran (aka dasar pendidikan?) kita tidak uptodate. 
(Tetapi janganlah tanya jabatan pendidikan atau tanya profesor di IPTA atau tanya parti politik Cap Melayu. Bagi mereka semua ok saja. "There is nothing wrong with our education system". Eloklah Dato. Makan lah Mee Segera dengan banyak-banyak).   



20% daripada keluarga PPR dikepalai ibu tunggal. Bagi seluruh negara pula angka ini adalah 26%. Maksudnya 1 out of 4 keluarga dalam negara kita mengalami penceraian ibu bapa. Family sudah pecah.  Dan majoritinya adalah Melayu. 
Jadi soalannya apa sudah jadi "bimbingan" kaum lebai? Pasal apa divorce rate kita begitu tinggi? Apa sudah jadi buang duit, buang tenaga dan buang masa mengupah pak lebai yang jual air liur di ceramah agama? Apa sudah jadi bayar duit buta kepada lebai kursus kahwin? Kursus kahwin pun tak guna. Kadar penceraian kita sudah tahap Guinness Book of World Records. 
Pasangan berumur 18 tahun atau 20 tahun di 'galak' berkahwin. Tiba-tiba bebudak suka lumba motor jadi bapak muda pula. Tidak tahu jaga anak, tidak tahu jaga isteri, tidak tahu cari gaji untuk membeli susu dan pampers. (Tapi selalu ada duit beli rokok). Bini pula mula menjerit, bila terlalu tension hero pun lari. Tinggalkan bini remaja jadi ibu tunggal termuda dalam dunia. Bermulalah al kisah satu lagi keluarga yang akan makan Mee Segera. 
Tuan-tuan orang lain tak ada masalah serupa. Other people do not have these same problems. So what is the matter with you? Why are you so special? 
Solution dia senang saja : Why not follow what other more successful people are doing? Other successful people dalam negara kita lah. Tak payah buat lawatan sambil belajar ke Jambanistan.   

Tuan-tuan dalam gambar di atas sila lihat "pizza" sebelah kanan sekali. 32% sahaja penghuni flat PPR mengambil bantuan Bank Moratorium.  Maksudnya mereka tidak mempunyai pinjaman Bank untuk beli rumah atau pinjaman beli kereta dan motor. 
Maksudnya penghuni PPR bukan termasuk 'asset owning' class. Maksudnya mereka tidak mempunyai meaningful stake atau kepentingan yang bermakna dalam ekonomi negara kita. They do not have a stake in the economy and even in the country.
Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sewa pun tak perlu bayar sebab PPR ini adalah projek DBKL (atau PKNS).  Mereka menjadi golongan yang sangat 'vulnerable' atau golongan yang berisiko tinggi yang bakal ditimpa pelbagai jenis keburukan yang lain. Seperti kegiatan haram, gangster, underworld, dadah, pelacuran, jenayah dan banyak lagi. Boleh dibandingkan dengan kawasan perumahan orang miskin "Projects" bagi kaum kulit hitam di kawasan bandar di Amerika Syarikat.  
So we must give them a meaningful stake in the economy. Tetapi ingat baik-baik ok - Ekonomi kita makin kehabisan duit. Sebab duit minyak makin tipis, Bossku curi duit besar (ok pula tu), orang kaya sapu projek besar dan duit besar dan begitulah. 
The best thing we can give them is strong competitive ability. Ability to get up early in the morning, go to work on time, work hard, work well without mistakes, work well with any race or religion, to be 100% honest and trustworthy.  This alone will make them super competitive.  Tapi politik 'Cap Melayu' tidak faham benda ini. Dia ambil cara senang. Dia ambil saja kebun durian orang lain. Dia rasa dengan cara itu dia sudah jadi success. 


Consumption mee segera naik 40%. 
Dan mereka tidak mengharapkan sebarang perubahan yang positif dalam masa depan terdekat (ataupun masa yang jauh). Expectation keluarga ibu tunggal pula hampir KOSONG. Almost zero expectations.   Sila lihat gambar di bawah ini: 

Tuan-tuan yang berikut pula pecahan perbelanjaan bulanan ikut belanja makan, belanja sewa, belanja naik bas, teksi, bayar tol dsbnya.

30% atau lebih daripada perbelanjaan bulanan (perbelanjaan paling besar) adalah untuk makanan. Kenapa begitu?  Sebab dalam negara kita harga bahan makanan memang sangat tinggi.  
Contohnya dasar politik 'Cap Melayu' memberi monopoli kepada kroni bilionaire mengimpot beras. Jadi harga beras jadi mahal. Untuk harga yang sama, di negara lain mereka sudah boleh makan beras basmati. Dalam negara kita pula kita terpaksa bayar harga beras basmati tetapi yang kita dapat bukan beras basmati. Kita dapat beras kualiti makanan anjing. Tetapi kita terpaksa bayar dengan harga basmati. 
Kita rugi kita. Kita bodoh kita

Orang lain boleh tanam sayur.  Lagi banyak sayur ditanam, lagi banyak bekalan sayur. Lagi murah harga sayur di pasar. Tetapi Pihak Berkuasa politik Cap Melayu hantar pasukan untuk musnahkan kebun sayur. Kenapa? Sebab sayur ditanam secara haram. Secara haram? Pula. Maksudnya ditanam atas tanah Kerajaan. Tanpa TOL. 


Soalan cepu mas bagi Tuan-tuan yang IQ rendah sahaja : Apabila kebun sayur dimusnahkan, agak-agak harga sayur di pasar akan naik atau turun? Hadiah bagi jawapan betul : Satu paket Mee Segera

Ok Dato you are in power. Tetapi kenapa musnahkan tanaman sayur? Itu bahan makanan lah. Kasi lah mereka lesen TOL (Temporary Occupation Licenses). So that at least dia boleh harvest sayur diaBoleh di jual di pasar borong, dekat flat PPR tadi.  Lagi banyak bekalan sayur, lagi murahlah harga sayur.Tak payahlah orang flat PPR makan Mee Segera saja.
Ini pun ada video lama :


No one is asking for Tanah Percuma. Tiada siapa minta tanah percuma.Tiada siapa minta tanah Freehold title.Tiada siapa minta Tanah Rizab Melayu.
Yang mereka perlukan hanya tanah TOL. Sewa 10 tahun pun cukup. 
So that dia boleh tanam sayur, buah-buahan dsbnya. Sayur itu kita semua boleh makan.
Lagi banyak sayur dan buah-buahan dia tanam, lagi murah lah harga sayur dan harga buah-buahan. Boleh lah orang miskin flat PPR makan sayur dan buah-buahan dengan harga murah. Tak payah belanja besar untuk beli makanan.
Tetapi di tempat lain pula dia tidak musnahkan tanaman "haram".  Dia ambil pula. Sebab tanaman itu Musang King. Dia nak jadi cepat kaya. So how? 
Satu tempat itu dimusnahkan tanaman sayur "haram". Satu tempat lagi di confisctae  pula Musang King haram. Banyak cantik.
Tetapi golongan flat PPR tak dapat pun Musang King yang dirampas. Yang dapat 'durian runtuh' itu golongan orang kaya juga. 
Kita rugi kita.
The views expressed here are those of the author/contributor and do not necessarily represent the views of MMKtT.Posted by Syed Akbar Ali 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/08/masyarakat-hidup-makan-mee-segera-telur.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Tekak Teringin Nak Makan Mee Kari Masakkan Aje

Bila Tekak Teringin Nak Makan Mee Kari Masakkan Aje

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 414 hits
Kalau ada yang perasan lately Fiza dah kurang post gambar makanan Bukan tak masak Masak je tapi itulah bila datangnya mood tak menentu dan kecelaruan mood Semua benda nak buat serba tak kena Masak pun benda yang simple simple je yang selera...
Udang Goreng Telur Masin Mudah Siap

Udang Goreng Telur Masin Mudah Siap

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 313 hits
Lauk yang mudah je umi nak masakkan untuk anak dara dua orang ni dikala tengah malam nak makan Resepi simple sebab bahan semua ada iaitu udang The post appeared first on
Mohon Segera Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Untuk Anak Negeri Sembilan

Mohon Segera Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Untuk Anak Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 361 hits
Berita baik untuk anak Negeri Sembilan anda kini boleh mohon Bantuan Sara Hidup Mahasiswa bagi pelajar di pelbagai peringkat pengajian di IPT Bantuan ini bertujuan bagi membantu meringankan beban mahasiswa Anak Negeri Sembilan yang datang d...
Resepi Nasi Arab Berlauk Ayam Goreng Ikut Cara Sendiri

Resepi Nasi Arab Berlauk Ayam Goreng Ikut Cara Sendiri

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 781 hits
Sekarang ni jika nak cuba masakan arab tidak perlu sampai ke negeri arab kerana usahawan arab pun datang ke tanah Malaya buka perniagaan Restoran Usahawan tempatan pun tidak terlepas peluang menyajikan masakan arab terutama dalam hidangan N...
Makan Satay Utara Harga 60 Sen Dan Nasi Ayam Tersedap Utara

Makan Satay Utara Harga 60 Sen Dan Nasi Ayam Tersedap Utara

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 335 hits
Assalammualaikum Dunia Hello September Sebelum cikbunga hilang ingatan pasai travel utara kan meh cikbunga sambung citer Gambau ulang tayang On the way balik hotel cikbunga nampak ada pakcik tengah bakau satay Singgah dan tengok hehehe 60 s...
Asyik Makan Ayam Je Ikan Cencaru Sumbat Kelapa Gerenti Licin Anak Makan Nasi

Asyik Makan Ayam Je Ikan Cencaru Sumbat Kelapa Gerenti Licin Anak Makan Nasi

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 395 hits
Biasanya jika diberi pilihan lauk ikan dan ayam anak anak lebih suka pilih ayam lagi Cuma kalau setiap hari ayam ibu bapa pun jemu Sesekali boleh ubah selera anak untuk makan ikan Cuma kena pandai sesuaikan menu Perkongsian Puan Niza Hamid ...
Lembut Tapi Super Rangup Nasi Kepal Pilihan Buat Anak Tak Gemar Makan Nasi

Lembut Tapi Super Rangup Nasi Kepal Pilihan Buat Anak Tak Gemar Makan Nasi

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 386 hits
Sudah semestinya menguapkan nasi pada anak menjadi detik yang paling sukar Mana tidaknya bila sahaja nasi disuapkan anak mula meluahkan semula Lama kelamaan jika tidak diubah cara dan daya pujuk yang hebat anak makin kurang minatnya untuk m...
Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Masak Nasi Goreng Sosej Mentega Kesederhanaannya Dipuji Rakyat

Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Masak Nasi Goreng Sosej Mentega Kesederhanaannya Dipuji Rakyat

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 428 hits
Baru baru ini video KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan memasak nasi goreng mendapat perhatian dan pujian rakyat Baginda berkongsi resepi 2 jenis nasi goreng iaitu nasi gor...
Daging Goreng Kunyit Simple Menu Ekspress Untuk Makan Tengah Hari

Daging Goreng Kunyit Simple Menu Ekspress Untuk Makan Tengah Hari

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 865 hits
Wow Daging Goreng Kunyit ni memang membuka selera Kanak kanak dan orang dewasa semua suka menu ni Makan dengan nasi putih sahaja pun sudah cukup membuka selera Terasa nak masak menu ni hari ni Resipi perkongsian dari Dani Shoppe s ni antara...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


7 Jenis Rezeki Yang Ramai Nak Tahu

Persediaan Bila Banjir

30 Tanda Tanda Hati Kotor

Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap