Sipp Sistem Pengurusan Pembelajaran Kpm
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) bagi memperkasakan kompetensi digital Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) atau guru di sekolah.
Berikut merupakan maklumat mengenai sistem ini.
Mengenai SiPP
SiPP merupakan platform tersebut menyediakan akses kepada guru untuk mendapatkan bahan latihan, kursus dan sumber-sumber pembelajaran sepenuhnya melalui peranti masing-masing secara dalam atau luar talian.
Sistem ini telah dilancarkan oleh YB Menteri Pendidikan pada 7 Februari 2024.
Ini juga akan memberi manfaat kepada 429,000 orang PPP di seluruh negara dengan akses melebihi 20,000 kandungan termasuklah 15,000 e-book, 4,000 video, 3,000 kursus, 400 latihan makmal dan 40 sijil profesional.
Sistem ini juga dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan AI yang digunakan bagi membantu mengesan kecenderungan pengguna dengan memberi cadangan modul pembelajaran yang bersesuaian dengan kecenderungan masing-masing.

Strategi Pendigitalan Pendidikan
Pengenalan sistem ini adalah bertepatan dengan Strategi Pendigitalan Pendidikan iaitu:
Teras 4 MyDigital
Dasar Pendidikan Digital
Proses Inovatif Teknologi Digital
Kerjasama Korporat
Kelebihan SiPP
Antara kelebihan sistem ini adalah seperti berikut:
Guru dibimbing secara sistematik tanpa menghilangkan ciri-ciri keseronokan ketika mengikuti sesi pembelajaran.
Mendapat pengiktirafan dalam bentuk pengurniaan lencana dan sijil yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa seperti Micosoft, Cisco, CompTIA, RedHat, Tosa, AWS dan PMI-ACP.
Modul pembelajaran yang boleh diakses di luar talian.
Pembelajaran mengikut tahap.
Dilengkapi dashboard pemantauan.
Disokong aplikasi mudah alih.
Cara Pengaktifan Akaun
Untuk mengaktifkan akaun sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Semak e-mel yang didaftarkan dalam SPLKPM.
Semak e-mel jemputan daripada
[email protected].
Jika tidak menerima e-mel tersebut, klik butang ‘Start Learing.’
Log masuk menggunakan e-mel yang didaftarkan atau ID guru Malaysia yang tercatat pada Sijil Guru Malaysia.
Panduan Penggunaan SiPP
Panduan penggunaan sistem ini boleh dirujuk di bawah:
Panduan-SiPPDownload
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai sistem ini, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/sistem-pengurusan-pembelajaran-sipp#:~:text=YB%20Menteri%20Pendidikan%20telah%20melancarkan,mengikut%203%20fasa%20yang%20ditetapkan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/sipp-sistem-pengurusan-pembelajaran-kpm/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sipp-sistem-pengurusan-pembelajaran-kpm