Perjalanan melalui Lebuh Raya CSR (Central Spine Road) disajikan dengan pemandangan bukit batu kapur yang indah
'Selamat Datang Ke Gua-Gua Merapoh' - nampak perkataan gua tu je dah buat saya excited! Kami tiba di sini jam 3.55 petang. Menurut info di situ, terdapat 100 buah gua yang terletak dalam pekan Merapoh dan 23 buah darinya dikenalpasti untuk aktiviti pelancongan. Memang patutlah banyak gua, sebab sepanjang jalan nampak bukit batu kapur je
Perjalanan diteruskan. Kali ni jalannya sunyi tanpa kenderaan lain. Risau jugak kot salah jalan. Tapi lepas tu rasa okey bila nampak ada sebuah motorsikal yang melalui jalan yang sama
Melalui ladang sawit di kiri kanan jalan. Pastu kena 'roadblock' oleh kumpulan lembu
Alhamdulillah...jam 4.04 petang selamat tiba di Taman Negara Sungai Relau/Merapoh, Pahang. Memang berbeza dengan Taman Negara Kuala Tahan, Pahang yang nampak 'hidup' dan lebih menarik
Senarai bayaran yang dikenakan. Saya bertanya pada staf bertugas mengenai info perubahan bayaran permit masuk (dari RM1 kepada RM30 untuk tahun 2020), menurutnya mereka belum terima sebarang arahan rasmi. Jadinya bayaran permit masuk masih kekal RM1. Sempat jugak saya bagi pendapat, RM30 terlalu tinggi untuk warganegara. Sepatutnya ada dua kadar berbeza - warganegara dan bukan warganegara. Memang la bukan staf tu yang buat keputusan, tapi saya nak luah rasa jugak..haha|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |