Skuad Futsal Negara Hadapi Pasukan Ranking Lebih Tinggi Di Songkhla


KUANTAN, 13 Jan — Skuad futsal kebangsaan turun sebagai pasukan berstatus ‘underdog’ pada Kejuaraan Futsal Antarabangsa 2020 di Songkhla, Thailand bermula 2 hingga 8 Feb depan, dengan tumpuan lebih kepada pendedahan untuk menimba pengalaman daripada pasukan yang berada pada ranking lebih baik.
Ketua jurulatih futsal lelaki negara Chiew Chun Yong berkata pasukan negara dijemput menyertai kejohanan itu, ekoran prestasi dan ranking yang semakin baik, namun perlu berhadapan dengan pasukan lain yang mempunyai ranking lebih tinggi.
“Sebagai persediaan kita sedang melakukan sedikit pertukaran taktikal dan strategi, bagi memperkuatkan pasukan selain membawa masuk tiga muka baru,” katanya ditemui selepas Perasmian Kursus Kejurulatihan Futsal AFC Tahap Satu, di Indera Mahkota di sini hari ini.
Perasmian kursus tersebut disempurnakan Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fadh Mu’adzam Shah Sultan Ahmad Shah.
Chun Yong berkata antara muka baru yang dijangka memperkuatkan barisan skuad kebangsaan itu adalah dari Terengganu, Kelantan dan Lembah Klang yang sedang dalam proses pemilihan.
“Kita akan lihat sama ada mereka mampu menyesuaikan diri dan mencapai prestasi yang kita tetapkan, sebelum diserap untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan.
“Latihan berpusat diadakan selama lapan hari bermula 23 Jan ini, sebelum senarai akhir 14 pemain dimuktamadkan untuk mereka berlepas ke Songkhla pada 31 Jan ini,” katanya.
Kejuaraan Futsal Antarabangsa 2020 akan disertai enam pasukan iaitu tuan rumah Thailand, Malaysia, Iraq, Kuwait, Qatar dan Turkmenistan yang akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu tiga pasukan setiap kumpulan.
Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke separuh akhir dan pemenang akan ke final, sementara pasukan yang tewas di separuh akhir akan beraksi pada penentuan tempat ketiga/keempat.
Thailand menganjurkan kejohanan jemputan ini sebagai persiapan mereka bersama Kuwait dan Turkmenistan yang akan beraksi pada pusingan akhir Kejuaraan Futsal AFC 2020 di Ashgabat, Turkmenistan, yang akan berlangsung selama 12 hari bermula 26 Feb depan.
— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ligakampung.com/blog/skuad-futsal-negara-hadapi-pasukan-ranking-lebih-tinggi-di-songkhla/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tilawah Al Quran Oku Penglihatan Mahu Bersaing Peringkat Lebih Tinggi

Tilawah Al Quran Oku Penglihatan Mahu Bersaing Peringkat Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 250 hits
Astro Awani Salah seorang qari OKU penglihatan yang mengambil bahagian dalam majlis tilawah Al Quran anjuran Pertis bersama YIT di Kuala Terengganu pada Selasa Astro AWANI KUALA TERENGGANU Yayasan Islam Terengganu akan memperkasakan pertand...
Penyokong Seru Semua Pasukan Lebih Bijak Dalam Menarik Kehadiran Penyokong

Penyokong Seru Semua Pasukan Lebih Bijak Dalam Menarik Kehadiran Penyokong

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 126 hits
PETALING JAYA 6 Januari Penyokong bola sepak tempatan menggesa semua pasukan Liga Malaysia berusaha lebih keras mempromosikan setiap perlawanan dengan lebih menarik pada musim ini termasuklah perlawanan yang bakal berlangsung pada bulan Ram...
Mahfud Md 6 000 Lebih Warga Negara Indonesia Di Luar Negeri Dicap Teroris

Mahfud Md 6 000 Lebih Warga Negara Indonesia Di Luar Negeri Dicap Teroris

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 196 hits
Mahfud MD 6 000 Lebih WNI di Luar Negeri Dicap TerorisJakarta CNN Indonesia Menteri Koordinator Bidang Politik Hukum dan Keamanan Mahfud MD mengungkapkan ada lebih dari 6 000 WNI terduga teroris berada di luar negeri Pemerintah berencana me...
Latheefa Perlu Di Angkat Ke Jawatan Yang Lebih Tinggi Untuk Membersihkan Segala Saki Baki Daki Danor Lendir Hapak

Latheefa Perlu Di Angkat Ke Jawatan Yang Lebih Tinggi Untuk Membersihkan Segala Saki Baki Daki Danor Lendir Hapak

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 267 hits
Samada segala kekotoran yang lepas atau kekotoran yang akan datang dalam jentera kerajaan atau jentera politik kerajaan Jauh lebih cemerlang untuk berfungsi sebagai Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Pendidikan untuk mendidik anak bangsa...
Kajian Dapati Individu Rendah Hidup Lebih Lama Berbanding Individu Yang Tinggi

Kajian Dapati Individu Rendah Hidup Lebih Lama Berbanding Individu Yang Tinggi

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 317 hits
Jika anda seorang yang bertubuh rendah ada di antara anda yang mungkin merasa cemburu dengan mereka yang bertubuh tinggi Namun tahukah anda terdapat satu kajian menemukan bahawa kelanjutan usia mempunyai kaitan dengan ketinggian individu Me...
Lebih Dari Gajinya Main Bola Ronaldo Raih Hampir Rm200 Juta Paling Tinggi Di Instagram

Lebih Dari Gajinya Main Bola Ronaldo Raih Hampir Rm200 Juta Paling Tinggi Di Instagram

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 249 hits
Dengan lebih 196 juta pengikut bintang bola sepak Cristiano Ronaldo disenaraikan menjadi individu dengan pendapatan tertinggi melalui Instagram Beliau memperoleh kira kira USD 47 8 juta iaitu bersamaan RM196 juta sekali ganda mengatasi pend...
Tan Cheng Hoe Belum Fikir Untuk Bimbing Skuad B 23 Negara

Tan Cheng Hoe Belum Fikir Untuk Bimbing Skuad B 23 Negara

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 497 hits
Status selaku pengendali skuad Bawah 23 dan pasukan senior kebangsaan pada masa yang sama belum lagi difikirkan oleh Tan Cheng Hoe Sebaliknya laporan Sinar Harian pada hari ini berkata Cheng Hoe hanya mahu memberikan fokus kepada tiga perla...
Lebih 2 Jam Sehari Anak Dengan Gajet Berisiko Rabun Pakai Cermin Mata Di Awal Usia

Lebih 2 Jam Sehari Anak Dengan Gajet Berisiko Rabun Pakai Cermin Mata Di Awal Usia

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 395 hits
Penggunaan gajet berlebihan dalam kalangan kanak kanak boleh membantutkan perkembangan mental dan emosi selain berkemungkinan meningkatkan kadar rabun jauh pada usia muda Dalam aspek kesan penggunaan gajet kepada mata ia boleh menyebabkan k...
Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


7 2567 1 Top 100 By Darlene Ssru Ac Th

Slotxo 3 2567 Xo Slot 24 Top 75 By Tonja Slotxo24hr Win

Rajabhat University 1 Top 73 By Shawnee Ssru Ac Th 8 67

Turning Raw Data Into Stunning Presentations With One Click

Kurangkan Saiz Produk Tanpa Maklum Pembeli Boleh Kena Denda Rm35 000

Kes Pemerasan Rm1 25 Juta 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan