Singapore Revisit A One Day Trip Around Singapore Jalan Jalan Sampai Lebam


Singapore Revisit | A One Day Trip Around Singapore - Jalan Jalan Sampai Lebam | Bulan September, 4 hari sebelum ke India, kami sekeluarga pergi melancong ke Singapura. Alang alang memasing dah ada passport lebih baik maksimakan penggunaannya.
Seperti biasa aku dah list down mana tempat nak pergi dan minta driver susun ikut kesesuaian supaya tak pulang balik membuang masa dan petrol tapi aku ada tambah dua tempat lagi. Sebenarnya nak juga rasa tidur di Singapura tapi hostel pun rm800 untuk enam orang 😓, belum termasuk tambang MRT dan makan lagi. Walaupun masa tu nilai ringgit menguat tapi tetaplah duit kita kurang nilai berbanding dollar Singapura. Keputusan akhir, kami sewa Velfire 9 pagi hingga 9 malam dari Johor Bahru. Nak pandu kereta sendiri kena daftar online dua minggu sebelum masuk ke Temasek. Tak sempat.

Tiga orang anak aku tak ikut. Yang sorang disebabkan komitmen kerja, yang lagi dua orang bagi alasan takde duit, eh macamlah dia yang kena keluar duit. Tak nak ikut sebab tak boleh bawa masuk vape kot. Aku suspect je lah. Aku warned semua yang berkenaan, smoking is only allowed in designated areas, and e-cigarettes are prohibited. Macam-macamlah aku pesan tentang "don't" di Singapura. CCTV merata oih. Karang tak bayar saman tak lepas keluar pula


Seharian Di Kota SingaKami bertolak hari Jumaat malam. Mak aku suruh check-in hotel sebab risau adik aku letih tapi aku tak setuju. Takkan nak check-in pukul dua pagi lepas tu pukul lapan check-out? Tak berbaloi. Lagipun bila dapat tilam empuk soheh terlajak sebab letih. Kami rehat dalam kereta di RnR Kulai je. Pergh...penuh parkir sebab baru mula school semester break

Pemandu jemput kami di kondo Kota Iskandar pada waktu yang dijanjikan. Lengang je sekitar kondo tu sebab cuti hujung minggu negeri Johor (keesokannya pun tetap sendu je tempat tu). Mungkin juga disebabkan lokasi tu masih agak baru, macam Putrajaya masa memula dihuni dulu tapi best jugalah. Jangan tak tahu, banyak unsold properties di Johor - oversupply. Berdasarkan pemerhatian, begitulah.
Tempat tujuan pertama sudah pastilah Resort World Sentosa. Masa ikut pakej sehari ke Singapura dahulu, kami diturunkan Singapore Cruise Centre, kena berjalan 1.1 km. Ai okay je masa tu...kita nak tengok tempat baru kan? Small matter lah.



Ukur tinggi dulu.


Ada restoran halal di sini.
Anak bongsu pun dah sama tinggi dengan mak. Belum sekolah menengah lagi.
Datang sini sekadar bergambar je... lain kalilah masuk Universal Studio Singapore. Harga tiket dewasa bermula SGD83, jadi kalau nak masuk pastikan seharian kat dalam tu. Singapore trip ni kira trip pengenalan kepada anak-anak alang alang dah ada passoprt lagipun nak ziarah keluarga baru di Singapura . Dah dua kali pergi Thailand kita ubah angin pula. Dengan mak hang memang jalan jejauh je...dengan pak hang Port Dckson pun tak sampai. Sedey betul

Sejam di RWS kami ke Masjid Temenggung Daeng Ibrahim di tepi jalan besar kawasan Telok Belangah. Masjid dan makam di sebelahnya masih berada di bawah naungan Malaysia dan ditadbir oleh Jabatan Agama Johor. Kerajaan Johorlah yang menanggung semua kos pembangunan masjid ni. Masjid ini juga menempatkan 32 makam kerabat diraja Johor zaman silam termasuk Sultanah Khadijah Khanum, Temenggong Abdul Rahman dan Temenggong Daeng Ibrahim. Teringin juga melawat makam tapi tali kuning direntang di tangga kerana ada renovasi. Kite risau nak buat bebukan di negara orang





Kami terus dibawa ke souvenir shop di Pahang Road tapi kami masuk dari pintu belakang yang dari Istana Kg Gelam tu. Jeng jeng jeng...

Aku hulur not SGD10 untuk bayar barang berharga SGD8. Duit tu dari sampul dan mata aku tak lepas memandang pergerakan tangan dia. Dia kata nak bungkus dalam beg (paper bag) yang cantik. Dari mesin duit tu dia bawa barang dan resit ke hadapan aku sebab kat situlah begnya. Sesudah tu aku minta baki duit, dia kata, "tu dalam envelope". Aku memang ada not 2 dollar

Aku pun, eh ye ke? Rasa macam belum lagi sebab mata aku memang pandang tangan dia je. Eh.. aku pula confuse. Aku tanya anak, anak kata dia belum bagi lagi. Kecik besar kecik besar je aku pandang dia. Walaupun sekadar 2 Singapore Dollar, keberanian dia menipu secara terang-terangan dan memanipulasi pelanggan tu sangat biadap eh. Satu PENIPUAN. Boleh pula dia nampak duit dalam sampul aku

Kemudian pelanggan seterusnya hand over SGD10 untuk bayar t-shirt SGD8. Dia buat bodo tutup cash mesin. Bila diminta baru dia bagi dua dollar. Cilanat betul! Agak agak dah berapa ramai pelancong kena kelepet? Biasalah pelancong ada yang terkial-kial membayar guna matawang asing. Aku dari sehari ke sehari nak report to Singapore authority tapi tak buat lagi. Orang macam ni perlu diajar. Hishhsh.

Panas hati tapi aku tak bagitau driver

Destinasi seterusnya ni rasa wow sangat dapat menjejakkan kaki. Walau hanya melihat bangunan tinggalan tapi tak sangka akhirnya sampai ke bekas Studio Jalan Ampas. Bayangkan dahulu kita tengok di tv hitam putih je sekarang berada depan mata. Cuma aktor-aktornya sudah tiada 😢
Kite dah sampai di no 8, Jalan Ampas. Very nostalgic.
Tapak bekas studio Jalan Ampas.


Kemudian kami makan tengahari di Restoran Tasneem. Driver turunkan kat kan situ kami pun terus naik tak banyak cakap nak makan kat sekian-sekian restoran. Aku pun baru tiga kali ke Singapura, dua kali yang pertama tu makan murtabak je.. portion besar jadi aku simpan setengah bahagian untuk dinner. Kali ni aku seorang je perempuan, para lelaki dalam kumpulan aku sakan makan. Aku kata makan bagi perabih mahal ni oih
Lepas tu masuk masjid dan solat.  Tak mengukur jalan pun ke kedai-kedai depan masjid, bosan eh berjalan dengan bebudak lelaki 😏. Berdekatan Restoran Tasneem ada sebuah muzium persendirian - haji yusoff Museum, bagus juga kalau kita dapat meluangkan masa di situ barang sejam dua.
Kami makan di Restoran Tasneem di belakang Masjid Sultan. Dulu dah pernah cuba Zam Zam.
Pandangan sisi Masjid Sultan.

Pandangan dari ruang solat wanita Masjid Sultan.
Masjid Sultan dari tingkat satu Restoran Tasneem.
Belakang Masjid Sultan dari Restoran Tasneem.
Haji Yusoff Museum berdekatan Restoran Tasneem (private museum).


Malabar Mosque
Tempat yang tak patut jika tak termasuk dalam senarai lawatan ialah Bugis Street. Nak buat apa kat situ? SHOPPING souvenir yang menarik dengan harga berpatutan. Awal awal lagi sebelum ke kedai hamlau tu aku cakap nak ke Bugis Street tapi pemandu bawa ke sana dulu. 
Dari bulan September 2024 ke Januari 2025 tinggal empat bulan je lagi jadi aku beli souvenir sesiap untuk cikgu-cikgu anak-anak aku, jadi habis penggal persekolahan nanti tak kalut. Arahannya, sorang bagi tiga cikgu je hehehe.... Tak mampu kite nak bagi cikgu semua subjek. Banyak souvenirs yang pocket friendly di sini

Kalau cari duit di Singapura dan habiskan di Singapura, harga ni memang sangat murah. Oleh kerana cari duit di Malaysia, aku tak belilah sebab di Malaysia pun ada.

Gardens By The Bay"Taman bandar" ini seluas 105 hektar bersebelahan Marina Reservoir. Ada tiga taman tepi laut dalam ni- Bay South Garden di Marina South, Bay East Garden dengan Founders' Memorial di Marina East dan Bay Central Garden di Downtown Core dan Kallang (kami pergi sini kot 😇). 
Flower Dome seluas 1.2 hektar dengan suhu mediteranian yang sejuk dan kering di sini direkodkan sebagai rumah kaca yang terbesar di dunia. Ada lapan taman dalam Flower Dome yang diberi nama The Baobabs, Succulent Garden, Australian Garden, South African Garden, South American Garden, Olive Grove, California Garden and the Mediterranean Garden. Taman-taman ini mempamerkan bunga-bunga eksotik dan tumbuhan dari negara Mediterranean and kawasan separa gersang dari lima benua

Gardens by the bay.
Gardens by the bay.
Gambar iconic Gardens by the Bay.
Eye on Singapore.
Marina Bay Sands dari Gardens by the Bay.
Dalam trip tahun 2018 dulu, lepas Gardens by the Bay kami ke Marina Bay Sands untuk melihat Spectra – A Light & Water Show - persembahan air pancut dengan simbahan cahaya lampu warna-warni. Lokasi paling dekat ialah di Event Plaza.
Spectra dipersembahkan setiap jam lapan malam selama 15 minit. Nak dapat posisi paling strategik kena datang awal.

The Merlion ParkSesiapa yang melancong ke Singapura tetapi tak singgah sini dikira tak lengkap lawatannya.
The Merlion is the official mascot of Singapore. It is depicted as a mythical creature with the head of a lion and the body of a fish.
Marina Bay Sands Singapore. Bangunan ikonik yang banyak terdapat dalam cenderahati Singapura.
Esplanade - Theatres on the Bay, Singapore.
Kiri sekali, adik. Anak yang tengah tu kemain susah bergambar, kalau dapat pun muka masam je 😏

Pejabat The Malayan Council.

Lokasi seterusnya, the Rain Vortex, Jewel Changi Airport

Jewel Changi ialah tempat hiburan dan kompleks membeli-belah bertemakan alam semulajadi di Changi Airport, Singapore. Fasad kaca-dan-keluli toroidal telah direka oleh konsortium arkitek diketuai oleh Moshe Safdie, yang juga merekacipta Marina Bay Sands. Ia adalah air terjun dalam bangunan yang tertinggi dunia

Di Singapura ni hanya ada penerbangan antarabangsa. Untuk urusan pengangkutan seharian sila guna metro, bas, teksi dan e-hailing yang cekap dan menepati masa

Sampai juga sini. Alhamdulillah


The Rain Vortex, Jewel Changi Airport.
Bersama the three boys dan apaknya.
Lokasi terakhir ialah rumah besan mak😁. Selain hendak melawat negara baharu, tujuan lain ke sini ialah untuk menziarahi keluarga baharu. Eh...lif kat perumahan ni ada nombor 4! 👀 #ytjt

Begitu;ah perjalanan sehari suntuk kami di Singapura. Aku rasa puas hati dapat bawa anak-anak dan suami ke sini. Walau sekejap sekurang-kurangnya mereka tahu dan dapat melihat sendiri Singapura atau Temasek yang pernah bersatu dengan Malaysia sebelum dipisahkan dari Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Pengisyhtiharan pemisahan ini telah dibuat oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia pertama di Dewan Rakyat

Setelah perpisahan tersebut, Perdana Menteri Singapura yang pertama, Lee Kuan Yew, bertekad mengubah sebuah negara 'berlumpur' kepada negara maju berpendapatan tinggi ketika beliau mengepalai negara tersebut (ada video ceramah yang penuh semangat ini). Beliau sangat tegas dengan pesalah rasuah

Dalam konteks Asia Tenggara, Singapura merupakan sebuah ekonomi dengan nilai lebih AS$500 bilion, yang juga antara 30 ekonomi utama dunia. Dengan rekod Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per capita hampir AS$90,000, ia menempatkan republik di tangga teratas dalam kalangan negara-negara ASEAN.- Astro Awani 6/10/2024

Jemput tengok pos lama di sini yang ada lawatan ke Madame Tussaud



Aku : Adik, best tak pergi Singapore? 
Anak bongsu : Tak, tak boleh beli beli  (😂😂)











































© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2024/11/singapore-revisit-one-day-trip-around.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Day Trip Jalan Jalan Di Songkhla Dan Hatyai

Day Trip Jalan Jalan Di Songkhla Dan Hatyai

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 120 hits
Orite sambung story cuti cuti ke Hatyai Thailand bulan lepas Ni day trip yang adik ipar k fiezz arrange dengan seorang pemandu Maxim Driver tu ada buat day trip untuk bawa pelancong berjalan jalan sekitar Hatyai Songkhla Thailand Kitaorang ...
Trip To Ipoh With Officemate Part 1 Day 1

Trip To Ipoh With Officemate Part 1 Day 1

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 148 hits
Kalau kawan kawan nak tahu ni kali pertama kami buat trip satu Unit sebab biasa aku travel sebelum ni tak satu unit kira rare la heheheh Pada 19 10 2024 Jam 9 15 pagi kami menaiki ETS ke IPOH Aku naik coach A dan memuaskan sebab tempat dudu...
Trip To Ipoh With Officemate Part 2 Day 1

Trip To Ipoh With Officemate Part 2 Day 1

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 177 hits
Sampai je dekat Ipoh aku selaku bahagian Maxim atau Grab terus order kenderaan untuk ke Hotel Citytel Express Ipoh Kami sampai Ipoh lebih kurang pukul 1pm dan perut pun berkeroncong masing masing tandahadir sampai sampai ETS Ipoh wajib ambi...
Elfira Loy Risau Anak Aktif Sampai Asyik Lebam Wargamaya Kongsi Tip Mak Mak

Elfira Loy Risau Anak Aktif Sampai Asyik Lebam Wargamaya Kongsi Tip Mak Mak

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 102 hits
Pelakon Elfira Loy 26 meluahkan rasa sedih dan kesal selepas puteri Nur Aria Mikayla telah mengalami kecederaan selepas terlanggar kabinet Menurut Elfira anaknya kerap lebam di kepala namun kali ini kecederaan anaknya agak teruk kerana meli...
Wedding Decor Ideas Using Custom Neon Signs To Light Up Your Big Day

Wedding Decor Ideas Using Custom Neon Signs To Light Up Your Big Day

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 108 hits
From the bustling streets of the mid 20th century cities to the modern interiors neon signs have an illustrious history LED neon Flex is a new technology which has helped neon signs to be less costly and energy efficient They also bring the...
Day Passes For Rapidkl Services Launched For Visit Malaysia Year 2026

Day Passes For Rapidkl Services Launched For Visit Malaysia Year 2026

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 289 hits
Transport minister Loke Siew Fook at the launching of the new travel day passes as well as the 20th anniversary celebration of Prasarana Malaysia today KUALA LUMPUR Day passes for travel on RapidKL rail and bus services have been launched f...
Suhakam Urges Public Prosecutor To Appeal Child Abusers 14 Day Jail Term

Suhakam Urges Public Prosecutor To Appeal Child Abusers 14 Day Jail Term

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 120 hits
Three women were sentenced to 14 days in jail and fined RM10 000 each for child abuse yesterday PETALING JAYA The Human Rights Commission of Malaysia has called on the public prosecutor to appeal the decision of a court which meted out a 14...
One Man S Trash Fascinating Finds From The Rudi Klein Collection

One Man S Trash Fascinating Finds From The Rudi Klein Collection

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 208 hits
Resourcefulness is a virtue of the most prolific junkmen but the term junkman seems less fitting when talking about a man who probably owned more Porsches than any other in California The man is Rudi Klein a German emigrant who arrived in L...
The Final Day Of Voting In The Us Is Here After Tens Of Millions Have Already Cast Their Ballots

The Final Day Of Voting In The Us Is Here After Tens Of Millions Have Already Cast Their Ballots

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 137 hits
Voters cast their ballots on Election Day inside the City of Detroit Department of Elections in Detroit on Tuesday Nov 5 2024 WASHINGTON Election Day voting was underway across much of the US on Tuesday morning after tens of millions of Ame...
Kedah Menyelongkar Tamadun Kedah Tua Di Tapak Arkeologi Sungai Batu

If Zahid Betrays Anwar It Will Be Anwar S Fault More Than Zahid

Crafting A Catchy Facebook Name

Buli Trend Atau Gaya Hidup

Mostbet O Site Oficial Da L Der Na Apostas Esportiva

The Unique Appeal Of Winfield Optimum Crush For Modern Smokers

Health Financing System Unsustainable Time For A Revamp

French Elegance Meets American Comfort In A Moscow Apartment Designed By Simple Interiors


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Marina 2024 Di Aplikasi Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan


Pn Pantau Masalah Pendalaman Sarawak Jom Bela Rakyat

Umno Silap Besar Benci Pas

Govt To Look Into Bumiputera Status For Indian Muslims Says Pm

Kotak Ayam Goreng Yang Kreatif Dan Fungsional Menjamin Kualiti Makanan Dan Daya Tarik Pelanggan

Ezad Lazim Dalam Kenangan Chord

Ernie Zakri Sabronzo Luv Chord