Trip To Ipoh With Officemate Part 2 Day 1
Sampai je dekat Ipoh aku selaku bahagian Maxim atau Grab terus order kenderaan untuk ke Hotel Citytel Express Ipoh. Kami sampai Ipoh lebih kurang pukul 1pm dan perut pun berkeroncong masing-masing.
#tandahadir
sampai-sampai ETS Ipoh wajib ambik gambar dulu yea gais... heheheh
Setiba nya di hotel kami ingat nak drop je luggage kami tapi bila Nadh tanya kaunter dan mereka cakap kami dah boleh check in. Aku ingat check in pukul 2pm, mereka cakap bilik kami memang dah ready untuk kami.
Hotel kami tak ada lah besar mana tapi yang memuaskan adalah bilik yang selesa dan bersih. Aku bagi 5star.
sementara menunggu check in apa lagi... ambik gambar kenangan lah dulu
dalam 1 bilik ada 3 katil iaitu 2 single dan 1 Queen ckup untuk kami berempat
lepas masukkan semua barang-barang dalam bilik kami terus ke destinasi pertama iaitu mencari makan untuk tengahari walau masa tu dah hampir pukul 2 petang. Sebelum order maxim kami search dulu tempat makan yang berhampiran. Alhamdulillah tempat makan tak jauh dan beraneka juadah di restoran tu. Aku lupa apa nama restoran yang kami search tu memandangkan mata kami hanya pandang makanan depan mata sahaja. Dah makan kami semua bersandar kekenyangan.....
DESTINASI KE-2
lepas makan tengahari kami tak berlengah lagi ke destinasi ke dua iaitu ke PLAN B(nama tempat dia). Dekat sini banyak makan viral, memandangkan kami dah makan tadi so kami jalan-jalan je la sini sambil minum kopi
lupa nak bagi tahu tema untuk hari Sabtu siang adalah warna hitam yang kami bincang sebulat suara...
bersambung ke Part 3 Day 1
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://penulisanyus.blogspot.com/2024/10/trip-to-ipoh-with-officemate-19102024_29.html