Sindrom Menyerang Senyap Ini Antara Punca Kanser Rahim 2 Dari 100 Wanita Mama Perhatikan 7 Gejalanya


Sindrom Ovari Polisistik  atau Polycystic ovary syndrome (PCOS) dialami oleh 2 hingga 26 dalam 100 orang wanita. Sindrom yang terjadi secara senyap ini boleh meningkatkan risiko kanser rahim. Salah satu gejalanya ialah berat badan naik mendadak dan gangguan haid.
Ia mungkin menyebabkan terjadinya tanpa disedari. Dalam senyap dan kealpaan dek kesibukan sehari-hari, tanpa disedari ramai wanita terdedah kepada pelbagai faktor mencetuskan sindrom ini.
Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan wanita & Kehamilan, sindrom ini amat berbahaya kerana memberikan kesan jangka panjang yang dipenghujungnya membabitkan masalah kesihatan kepada wanita. Kanser rahim, tekanan darah tinggi, diabetes, atau kerintangan insulin dan kesan psikologi seperti kemurungan adalah antaranya.

PCOS adalah keadaan yang boleh menganggu kesuburan wanita, hormon dan penampilan seseorang wanita. PCOS mempunyai kesan jangka masa panjang kepada kesihatan. Dalam setiap 100 wanita 2 hingga 26 wanita akan mengalami masalah ini.
 
APAKAH OVARI POLISISTIK? Ovari polisistik adalah ovari yang lebih besar dari ovari yang normal dan mempunyai 2 kali ganda folikel ( ruang kosong dala ovari yang berisi air selepas ovari menetaskan telur dalam setiap ovulasi )
Maka, dengan mempunyai ovari polisistik tak bermakna anda mengalami PCOS. Tetapi wanita yang telah didiagnos dengan PCOS mempunyai ovari polisistik.
APAKAH GEJALA-GEJALA PCOS?  Haid menjadi tak teratur atau tiada langsung Pertumbuhan bulu lebih banyak di muka dan badan ( hirsuitism ) Kepala botak Berat badan menjadi berlebihan – berat badan naik dengan cepat dan susah nak diturunkan Kulit berminyak dan senang naik jerawat Sukar untuk hamil Kemurungan dan masalah psikologi Gejala ini berbeza antara satu pesakit dengan yang lain. Ada yang mengalami gejala yang sedikit, walaubagaimanapun ada yang mengalami gejala yang melampau.

PUNCA PCOS? Tidak diketahui, tapi ianya diwarisi. Jika mak, makcik atau adik beradik mempunyai PCOS, kemungkinan anda mendapat PCOS pun meningkat
Perlu diketahui gejala yang timbul akibat PCOS sebenarnya berpunca dari ketidakseimbangan hormon dalam badan
LEBIH HORMON LELAKI 
Hormon testosteron ( hormon lelaki ) dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit oleh ovari semua wanita. Wanita yang menghidap PCOS mempunyai paras hormon testosteron yang lebih tinggi dari biasa dan menyebabkan seseorang wanita itu ‘menyerupai’ lelaki.
Insulin adalah hormon yang bertanggungjawab mengawal atur paras gula dalam darah. Bagi wanita yang menghidap PCOS, insulin dalam badan menghadapi kerintangan dan tidak dapat berfungsi seperti biasa. Hasilnya paras gula dalam darah meningkat.
Untuk mengatasi masalah ini, badan secara automatik akan menghasilkan lebih banyak insulin. Insulin yang banyak ini menjadi punca kepada masalah kegemukkan, haid tak teratur, masalah kesuburan dan paras hormon lelaki ( testosteron ) yang tinggi.
BAGAIMANAKAH PCOS DIKENALPASTI? Wanita yang menghidap PCOS mempunyai gejala yang datang dan pergi, lebih-lebih lagi jika berat badan mereka bertambah dan berkurang. Keadaan ini menyukarkan doktor membuat diagnosis dan mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk mengenalpasti PCOS.
Walau bagaimanapun, diagnosis PCOS dikenalpasti bila anda mengalami mana-mana 2 simptom di bawah :
Haid tak teratur, atau tiada langsung Pertumbuhan bulu di muka dan badan yang berlebihan atau ujian darah hormon menunjukkan paras testosteron lebih dari biasa Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovari polisistik
KESAN PCOS KEPADA KESIHATAN DALAM JANGKA MASA PANJANG ? #1. Kerintangan Insulin / Diabetes
Jika paras gula darah tidak berada dalam lingkungan yang normal, keadaan ini boleh menyebabkan diabetes. 1 atau 2 dari 10 wanita yang menghidap PCOS akan menghidap kencing manis juga nanti .
Diabetes yang tidak dirawat akan menyebabkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang. Jika anda penghidap PCOS, kemungkinan anda mendapat kencing manis meningkat sekiranya :
Umur lebih 40 tahun Sejarah keluarga mengidap kencing manis Menghidap kencing manis ketika hamil BMI melebihi 30
#2. Tekanan darah tinggi
Wanita yang menghidap PCOS akan mengalami tekanan darah tinggi yang mana disebabkan oleh kerintangan insulin dan berat badan berlebihan untuk mereka yang menghidap PCOS. Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh menyebabkan sakit jantung, masalah buah pinggang dan strok.
#3. Kanser
Jika anda didatangi haid kurang dari 3 kali setahun, dinding rahim akan jadi tebal lebih dari biasa dan boleh menyebabkan kanser rahim pada sebilangan kecil wanita.
Ada banyak cara untuk melindungi dinding rahim menggunakan hormon progesterone. Doktor akan berbincang dengan anda sama ada menggunakan pil hormon selama 5 hari berturut – turut untuk 3 atau 4 bulan, mengamalkan pil perancangan keluarga atau menggunakan alat dalam rahim ( Mirena ) . Cara-cara ini bergantung kepada hasrat pesakit sama ada mahu mengandung lagi atau tidak.
PCOS tidak meningkatkan risiko wanita mendapat kanser payu dara atau kanser ovari.
#4. Kemurungan dan perubahan mood
Simptom PCOS boleh menyebabkan seseorang wanita kemurungan memikirkan perubahan yang terjadi pada diri dan berasa rendah diri
TIP MENGURANGKAN RISIKO KESIHATAN DALAM JANGKA MASA PANJANG
Mengamalkan gaya hidup yang sihat Makan makanan yg seimbang Bersenam secara berkala ( 30 minit setiap sesi sekurang kurangnya 3 kali seminggu ) Dapatkan berat badan atau BMI yang ideal Pemeriksaan doktor berkala untuk saringan kencing manis, darah tinggi, kanser rahim atau masalah kemurungan.
BOLEHKAH PCOS SEMBUH PCOS tiada penawar dan tidak boleh sembuh. Rawatan perubatan yang diberikan adalah untuk mengurangkan simptom-simptom PCOS di samping mencegah komplikasi yang boleh timbul akibat PCOS.
Rawatan yang sangat berkesan adalah dengan mengurangkan berat badan dan bersenam dan mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat, bukan bergantung kepada ubat-ubatan semata-mata.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan wanita & kehamilan
The post Sindrom Menyerang Senyap Ini Antara Punca Kanser Rahim 2 Dari 100 Wanita. Mama Perhatikan 7 Gejalanya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/sindrom-menyerang-senyap-ini-antara-punca-kanser-rahim-2-dari-100-wanita-mama-perhatikan-7-gejalanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Import Makanan Ayam Antara Punca Harga Telur Naik Kata Menteri

Import Makanan Ayam Antara Punca Harga Telur Naik Kata Menteri

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 309 hits
Import makanan ayam antara punca harga telur naik kata menteri Dikemas kini 30 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 16 De
Isteri Disebelah Suami Senyap Senyap Buka Zip Butang Penumpang Wanita Lain Dalam Pesawat

Isteri Disebelah Suami Senyap Senyap Buka Zip Butang Penumpang Wanita Lain Dalam Pesawat

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 365 hits
Gila kan Berani berani dia buat kerja terkutuk tu Lelaki warga India ini duduk diantara mangsa dan isterinya Ketika dalam penerbangan menuju ke Detroit dari Las Vegas lelaki ini cuba buka zip buka butang baju dan cuba meraba raba mangsa wan...
Uri Tertinggal Atau Tersisa Punca Rahim Tidak Kecut Pendarahan Jangkitan Kuman Boleh Berlaku

Uri Tertinggal Atau Tersisa Punca Rahim Tidak Kecut Pendarahan Jangkitan Kuman Boleh Berlaku

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 549 hits
Uri tertinggal atau tersisa di dalam rahim selepas bersalin boleh menyebabkan rahim ibu tidak boleh kembali kepada saiz asal Malah ia boleh menjadi toksin dan menyebabkan pendarahan dan risiko jangkitan kuman Uri adalah merupakan selaput da...
Wanita Tampil Sekolahkan Netizen Kutuk Tunang Adib Luah Perasaan Sedih Di Media Sosial

Wanita Tampil Sekolahkan Netizen Kutuk Tunang Adib Luah Perasaan Sedih Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 468 hits
Wanita Tampil Sekolahkan Netizen Kutuk Tunang Adib Luah Perasaan Sedih Di Media Sosial Kehilangan pasangan yang dicintai apatah lagi sudah membilang hari bergelar isteri pastinya perit untuk diterima oleh sesiapa pun Tatkala segala persiapa...
Tuah Si Peluncur Air Kahwini Wanita Inggeris Persis Bintang Hollywood

Tuah Si Peluncur Air Kahwini Wanita Inggeris Persis Bintang Hollywood

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 451 hits
Tuah si peluncur air kahwini wanita Inggeris persis bintang Hollywood Nur Khamid dan Polly Alexandria Robinson berkahwin dalam satu majlis serba sederhana 16 Disember lalu kampung halaman Khamid di Magelang MUNGKIN ada dalam kalangan anda y...
Pendedahan Lelaki Ini Membuktikan Bahawa Wanita Adalah Pisau Cukur Selepas

Pendedahan Lelaki Ini Membuktikan Bahawa Wanita Adalah Pisau Cukur Selepas

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 424 hits
Seorang lelaki membuktikan bahawa wanita adalah pisau cukur selepas dia menyiarkan baki akaunnya yang banyak di Tinder Lelaki ini telah diberi jolokan sebagai Lagenda Tinder tetapi dia membongkar kebenaran yang pahit mengenai wanita dan per...
Dua Jenazah Wanita Ditemui Di Pergunungan Atlas Dengan Kesan Kelar Di Leher

Dua Jenazah Wanita Ditemui Di Pergunungan Atlas Dengan Kesan Kelar Di Leher

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 366 hits
Rabu 19 Disember 2018 MOROKO Otorita berwenang di Moroko mengatakan telah menemui dua mayat perempuan Skandinavia di Pergunungan Atlas yang merupakan lokasi pendakian terkenal di negara itu Menurut pernyataan Kementerian Dalam Negeri Moroko...
20 Tip Masuk Ke Raudhah Buat Jemaah Wanita

20 Tip Masuk Ke Raudhah Buat Jemaah Wanita

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 605 hits
Menziarahi Rasulullah di bumi Madinah adalah salah satu impian yang ada pada setiap orang Islam Sementelah dalam beberapa hadith Nabi pernah mengatakan bahawa sesiapa yang menziarahi baginda selepas kewafatan baginda maka mereka seolah olah...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization