Wanita Tampil Sekolahkan Netizen Kutuk Tunang Adib Luah Perasaan Sedih Di Media Sosial


Wanita Tampil Sekolahkan Netizen Kutuk Tunang Adib Luah Perasaan Sedih Di Media Sosial. Kehilangan pasangan yang dicintai apatah lagi sudah membilang hari bergelar isteri pastinya perit untuk diterima oleh sesiapa pun. Tatkala segala persiapan sudah siap dilakukan, takdir tuhan menentukan sebaliknya. Hari bahagia yang ditunggu diiringi dengan air mata apabila insan tersayang pergi sebelum sempat disatukan.
Hati siapa yang tidak hancur. Saat seperti ini sokongan dan nasihat amat diperlukan untuk bangun meneruskan hidup. Seperti yang dilalui oleh tunang Allahyarham Muhammad Adib, wira negara yang meninggal dunia isnin lalu. Sepatutnya sabtu ini mereka bakal diijabkalbulkan.
Namun, terdapat segelintir komen dari netizen atau status yang dimuatnaik di laman sosial mengecam gadis ini. Tampil membidas, seorang wanita memberikan pandangan. Ada wajarnya apa yang dikatakan ini.
BELIAU BUKAN TUNGGUL…
Saya terpanggil untuk menulis perihal beliau kerana satu asbab iaitu komentar kejam dari netizen.
Beliau, seorang gadis yang berstatus tunangan orang di mana mengikut perancangan asal, beliau dan tunangannya akan mendirikan rumahtangga pada tanggal 22.12.2018, iaitu hari sabtu ini.
Di antara ajal dan jodoh, ajal terlebih dahulu menjemput tunangannya. Seorang ahli bomba, wira negara yang berkhidmat untuk membantu masyarakat. Pemergian arwah tunangannya dirasai oleh semua rakyat Malaysia.
Malah, saat artikel mengenai arwah berlegar di dada media dan dibaca seantero malaysia, kita semua mengalirkan airmata. Kerana apa? Kerana kita sebak di atas asbab pemergiannya walhal dia bukanlah siapa-siapa pada kita.
TETAPI, saya silap menelaah. Rupanya, bukan semua masyarakat punya rasa simpati dan berbelas ehsan. Beberapa kali, saya scroll ruangan komentar di beberapa artikel, ada yang menurunkan komen;
‘Alah.. Tunang je pun, nak nangis beriya bagai..’
‘Cukup-cukuplah nak menangis pun, bukan tunang awak je mati..hari-hari ada kematian.’
‘Sikit-sikit citer dia, dah takda kisah orang lain ke? Nak sedih pun nak beritahu orang. Meluat!’
‘Arwah ni anak yatim ka? Kenapa duk tunjuk tunang dia je menangis? Ahli keluarga dia yang lain takda ka?’
‘Aduhh, meluat pulak asyik tengok tunang dia ni je. Tunjuklah mak ayah adib pulak.’
ALLAHU….
Sampainya hati kalian… Kenapa? Beliau tidak boleh bersedihkah? Sedangkan majoriti masyarakat malaysia boleh menitiskan airmata di atas pemergian arwah, kenapa tidak beliau? Kalau masyarakat malaysia punya emosi, beliau tidak layak bermosikah? Tunggul kayukah beliau?
Puas saya cari dan belek, saya tidak nampak langsung dari mana-mana gambar atau video yang diambil wartawan media menunjukkan beliau menangis meronta-ronta, memukul-mukul dada atau berguling-guling di atas tanah seperti orang jahiliyah yang meratap kematian.
Beliau hanya terlihat mengalirkan airmata dan mencium baju arwah. Ini perkara biasa yang kita nampak dan mungkin pernah kita atau mana-mana orang lain lalui akibat kesedihan yang melampau. Menasihatkan orang lain untuk tidak melayan emosi itu mudah, tetapi kebanyakan dari kita sebenarnya tewas dalam usaha melenturkan emosi sendiri.
Saat inilah pentingnya sokongan dan doa. Bukan kata nista dan mengaktifkan komen berunsur bawang dan negatif!
Siapa kata mak ayah dan ahli keluarga arwah tidak bersedih? Ingat mereka itu batu? Tiang letrik? Bersepah artikel yang saya baca, komentar dan cerita dari keluarga arwah yang begitu bersedih; menceritakan detik-detik akhir bersama arwah serta mengharapkan keadilan tertegak buat arwah.
Tetapi, artikel dan cerita perihal beliau lebih mendapat liputan. Sementelah, hari bahagia mereka seperti yang dirancang hampir tiba, maka ia lebih menjentik emosi.
Wajarlah beliau bersedih kerana beliau telah kehilangan orang tersayang. Ada di antara kita yang kematian kucing pun sudah menggugu tangis apatah lagi kehilangan insan. Beliau.. Sepatutnya dalam tempoh 3 hari lagi, status tunangan yang dipegang akan bertukar kepada status isteri – belahan jiwa kepada seorang suami. Tetapi, semuanya terkubur. Allahu… Berat ujian beliau.
Entah apa janji yang pernah termeterai di antara mereka. Entah apa pengorbanan yang mereka lalui untuk sampai ke tempoh ini. Wallahi, kita tidak tahu, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.
KITA, tidak berada di tempat mereka. Kita hanya berkongsi kesedihan, tetapi mereka yang melaluinya dari hari malam pertama adib tidak sedarkan diri hinggalah arwah dijemput illahi.
Jika kita tidak mampu memberi sokongan di sebelah beliau dan ahli keluarga arwah, maka kita hantarkan lah doa buat mereka. Mohon kepada Yang Esa agar menitipkan kekuatan dan ketenangan buat mereka. Kita hadiahkanlah ummul kitab buat arwah.
Jika tidak mahu melakukan dua perkara ini, maka berdiamlah dan tahan jari iblis anda dari melakukan dosa percuma dan menyakiti hati orang lain.
Adib… Semoga lena tidurmu di dunia abadi, dalam dakapan Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga syurga buatmu. Amin allahumma amin.
Al-Fatihah.
# JusticeForAdib
Sumber : Dee Edot
The post Wanita Tampil Sekolahkan Netizen Kutuk Tunang Adib Luah Perasaan Sedih Di Media Sosial appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/wanita-tampil-sekolahkan-netizen-kutuk-tunang-adib-luah-perasaan-sedih-di-media-sosial/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Netizen Luah Perasaan Meluat Dengan Perangai Tunang Asyik Merintih Mengalahkan Ibu Bapa Adib

Netizen Luah Perasaan Meluat Dengan Perangai Tunang Asyik Merintih Mengalahkan Ibu Bapa Adib

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 1621 hits
Muhammad Adib anggota bomba yang cedera dibelasah ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman dah mula tunjuk perubahan positif sejak beberapa hari lalu Terbaru Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin beritahu beliau yakin ...
Perasaan Aku Dipermainkan Tunang Muhammad Adib Berang Kewujudan Akaun Palsu

Perasaan Aku Dipermainkan Tunang Muhammad Adib Berang Kewujudan Akaun Palsu

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 475 hits
Perasaan aku dimainkan tunang Muhammad Adib berang kewujudan akaun palsu NURUL NAJIHAH RADZI tunang kepada aggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim 24 yang meninggal dunia akibat parah dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri ...
Model Taiwan Viral Di Media Sosial Selepas Bantu Ibunya Jual Ikan

Model Taiwan Viral Di Media Sosial Selepas Bantu Ibunya Jual Ikan

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 1069 hits
Model Taiwan viral di media sosial selepas bantu ibunya jual ikanSeorang model dari Taiwan menjadi bahan bualan netizen selepas video dan gambar dia membantu ibunya menjual ikan tersebar Liu Pengpeng 26 yang bekerja sebagai model dirakam ol...
Pelajar Diajak Sebarkan Konten Positif Di Media Sosial

Pelajar Diajak Sebarkan Konten Positif Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 211 hits
Konten positif ini tidak hanya berupa tulisan tetapi juga foto grafis dan video
Netizen Puji Polis Wanita Ini Menyusukan Bayi Yang Ditinggalkan Walaupun Doktor Kata Kotor

Netizen Puji Polis Wanita Ini Menyusukan Bayi Yang Ditinggalkan Walaupun Doktor Kata Kotor

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 562 hits
Rupanya ada lagi manusia yang baik hati dan berperikemanusiaan kat dunia ni ingatkan dah tak ada Kisah ni mengenai seorang anggota polis wanita di Argentina Celeste Ayala yang bertugas di Hospital Kanak Kanak Sor Maria Ludovica di Buenos Ai...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut